Musolla ‘rooftop’ KLIA kini dibuka, ruang solat jumaat untuk 1000 orang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Asalnya sebelum ini, ada Ura-ura mengenai penggunaan rooftop di KLIA  sebagai ruang Solat Jumaat telah berlegar sejak April lagi, namun Malaysia Airports menegaskan bahawa ia tidak akan dibuka selagi tidak mendapat kelulusan.

Namun kemudian mengesahkan ruangan tersebut sudah pun dapat kelulusan Pejabat Agama Islam Daerah Sepang dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk dibuka kepada masyarakat Islam bagi menunaikan solat jemaah berkenaan.

Uniknya solat Jumaat yang pertama dilaksanakan di musolla bumbung terminal utama itu sudah bermula pada 10 Mei lalu iaitu bersamaan hari kelima umat Islam di Malaysia berpuasa fardu Ramadan sekali gus ia jadi satu lagi imej tarikan baharu di KLIA sendiri.

Keselesaan para jemaah diutamakan dengan penyediaan lebih 50 unit paip bagi pengambilan wuduk, pendingin hawa mudah alih, kipas gergasi dan kipas berwap sejuk di kesemua sudut musolla.

Ruang ibadah berkenaan menurut MAHB, malah dapat memuatkan antara 800 hingga 1,000 orang pada satu-satu masa selain untuk elak kesesakan, musolla moden ini turut dilengkapi dengan lebih 50 unit paip bagi pengambilan wuduk para jemaah.

Meskipun terletak di bahagian bumbung yang terdedah cuaca panas dan hujan, MAHB turut pelihara keselesaan jemaah dengan disediakan atap lengkung untuk aliran angin di samping pendingin hawa mudah alih, kipas gergasi dan berwap sejuk di semua sudut.

Bahkan ambal dan sejadah juga disediakan untuk jemaah yang datang lewat menunaikan solat Jumaat di kawasan tiada hamparan permaidani.

Setakat ini MAHB memaklumkan ruangan ini hanya dibuka untuk kegunaan pada waktu sembahyang Jumaat.

Manakala pada solat fardu yang lain, umat Islam masih boleh menunaikan kewajipan tersebut di mana-mana surau ditempatkan strategik di sekitar terminal itu selain di klia2 dan lazimnya ia malah mampu muat lebih kurang 100 orang jemaah dalam setiap masa.

Inisiatif MAHB mewujudkan ruang solat Jumaat di rooftop lapangan terbang utama negara itu merupakan salah satu usaha murni bertujuan bagi memudahkan umat Islam khususnya staf dan penumpang yang hadapi kekangan masa pergi ke masjid berdekatan.

https://www.instagram.com/p/By6cUkxg92_/

Sebelum ini MAHB ada menyediakan empat buah bas perantara secara percuma iaitu masing-masing diletakkan dua di KLIA dan dua lagi di klia2 bagi angkut pengguna yang ingin tunai solat Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad KLIA.

Says, FB MAHB


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!