Pelajar digantung sekolah, cikgu kena maki dan dikasari ahli keluarga

Lagi kisah cikgu di sekolah.

Satu klip video memaparkan beberapa lelaki memarahi dan mengasari seorang guru dalam kawasan sekolah dipercayai di Gunung, Bachok, tersebar di Facebook malam ini.

Video berdurasi tiga minit 31 saat itu memaparkan lelaki terbabit memarahi guru berkenaan.

Kejadian itu turut disaksikan beberapa pelajar sekolah berkenaan.

Menerusi rakaman video itu, lelaki yang berbaju hitam memarahi dan mengajak guru itu supaya menyelesaikan masalah mereka di luar sekolah sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Bagaimanapun, guru itu enggan keluar dari kawasan sekolah dan mahu menyelesaikan masalah mereka di situ. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada seorang pelajar sekolah juga ahli keluarga lelaki itu digantung persekolahan.

Lelaki itu mendakwa tidak mendapat surat daripada pihak sekolah, namun guru berkenaan memaklumkan sudah memberi surat kepada pelajar terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

Polis sedang membuat semakan kes itu yang dipercayai berlaku di sebuah sekolah di Gunung, Bachok.

Pihak polis juga sedang mengesan kedua-dua individu berkenaan untuk siasatan lanjut. Pertengkaran itu turut menyebabkan mangsa calar di badan kerana dikasari suspek.

Berdasarkan maklumat awal, didapati pertengkaran berpunca daripada anak saudara suspek digantung sekolah hingga berlaku salah faham antara guru dan keluarga.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 447 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dan menceroboh kawasan sekolah.

Terdahulu, satu klip video memaparkan seorang guru dimarahi dan dikasari dalam kawasan sekolah di Gunong tersebar di Facebook.

Video berdurasi tiga minit itu memaparkan dua lelaki berkenaan memarahi guru dan kejadian itu disaksikan beberapa pelajar sekolah berkenaan.

3 Comments

  1. Susah juga jadi guru zaman ni, nak layan kerenah murid lagi, kerenah emak bapak lagi. Tindakan diambil untuk mendidik anak bangsa, tetapi ibu bapa yang tidak boleh terima salahkan guru pula.

  2. nampaknya tugas guru amat mencabar…

    anak-anak dan ibubapa semakin semakin kurang adap dengan guru.

    sedangkan guru adalah pembimbing untuk membetulkan kesalahan anak murid.

    jika begitu keadannya…jangan hantar anak ke sekolah dan biarlah ibu atau bapa sendiri yang jadi guru…

    hilang sudah rasa cinta, kasih dan sayang
    Curahan rasa mrhanafi @ ..Hukum layar minda satu keajaibanMy Profile

  3. Mak/Pak zaman la ni bangang, dah la dulu mengaji tak pandai, diwarisi pada anak anak sedara plak, bodoh sikap parent mcm ni

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!