Baru-baru ni tular telefon pintar jenama Yes meletop angkara digunakan bagi tujuan PdPr.
Telefon pintar YES yang diberikan didakwa berkualiti rendah serta agak sukar pelajar nak guna untuk PdPR.
Di bawah ini merupakan perkongsian Facebook Suryani Abd Ghani. Beliau bukanlah mahu raih simpati cuma mahu kongsi pengalaman apa yang telah terjadi supaya tidak berlaku pada anak-anak lain yang sedang PdPR.
Alhamdulillah. Terima kasih pada pihak XIAOMI MALAYSIA yg sudi memberi peranti baru Redmi Note 10 5G kepada adik Muhammad Shafie selepas peranti dr Yes meletop pada 15/6 tempoh hari.
Saya perhatikan ada segelintir netizen mengatakan saya meraih simpati. Itu bukan niat saya. Hanya sekadar berkongsi pengalaman, semoga semua sedar yg isu ini membahayakan kanak2.
Saya tidak pernah meminta utk digantikan dgn peranti yang baru. Tetapi pihak #XiaomiMalaysia berbesar hati untuk menghulurkan bantuan bagi memudahkan pembelajaran PdPR melalui online.
Mereka ikhlas menolong walaupun telah diterangkan keadaan sebenar. Saya amat terharu dgn keprihatinan pihak #XiaomiMalaysia.
Saya rasa xde masaalah kalau saya terima utk kemudahan adik Shafie. Terima Kasih sekali lagi kepada pihak #XiaomiMalaysia atas keprihatinan syarikat menjalankan tanggungjawab sosial. Xiaomi Malaysia
Sumber: Facebook Suryani Abd Ghani
3 Comments
Sedih dengan perkara ini. Tidak faham kenapa pihak yang berkaitan mahu menjatuh maruah diri dengan pemberian yang tidak beberapa baik kualitinya ini. Isunya akan jadi lebih besar kalau terjadi kemalangan diri.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Dapatkan Panduan Ebay Ini Dengan 50% Dari Harga Biasa Sebelum Kembali Ke Harga Asal
Alhamdulillah, dipermudahkan urusan adik ni dan yang lain waktu PDPR ni. Memang mencabar betul belajar sekarang walaupun ada teknologi.
Curahan rasa Zaini @ ..6 Cara Selesaikan Hutang Dengan Cepat
Risau juga meletop ni. Moga anak anak masa sekarang tabah menghadapi segala pembelajaran di rumah. Pendidikan yang mencabar zaman pandemik ini.
Curahan rasa Geng Borak @ ..Sampel Percuma Susu Dutch Lady Untuk Anak-anak
Comments are closed.