Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Google baru update pagerank dan seperti dijangka pagerank blog Denaihati turun dari PR4 ke PR3. Tak ada apa yang nak dikecewakan kerana tiada usaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan apatah lagi nak menaikkan pagerank yang lebih tinggi. Banyak juga blog yang mempunyai PR tinggi juga turun antaranya blog Amanz.my dari PR6 turun ke PR4, blog 1Malaysia turun dari PR10 ke PR8 dan Paultan.org dari PR5 turun ke PR4. Banyak juga blog kawan-kawan turun pangkat dari PR4 ke PR3 dan PR3 ke PR2.
Ramai Blogger baru yang tak kisah pun dengan status pagerank sebab tak ada kepentingan. Kalau tujuan berblog untuk santai memang tak penting tetapi kalau tujuan untuk gandakan duit pagerank sangat penting. Lebih tinggi pagerank sesebuah blog bermakna lebih mesralah google dengan blog kita dan hasilnya kedudukan entri lebih stabil di google SERP maka lebih mudah nak main SEO. Bila entri kita banyak di top 10 google makanya pengiklan akan jatuh cinta pada kita dan bolehlah kita letak harga mahal sikit. Lagi satu bila entri blog senang nak masuk top 10 google barulah best nak main program affiliate macam Cikgu Titan tu. Selain tu trafik organik pun pasti akan merayap masuk ke blog kita tanpa diundang seperti blog travel Denai.my yang dah naik pangkat ke PR2.
2014 ini azam nak naikkan semula pagerank blog Denaihati ke PR4. Antara perancangan yang akan dibuat adalah :
- Menulis entri yang lebih berkualiti dengan memasukan backlinks website, blog dan forum yang tinggi status PR. Menulis entri seperti ini perlukan lebih masa, fokus dan penyelidikan. Menulis entri yang berkualiti dan berinformasi juga boleh menyebabkan banyak blog lain akan memberi backlinks kepada entri tersebut dan ini memang google suka.
- Meninggalkan komen di website, blog dan forum yang tinggi PR dengan mengharap tuan website, blog dan forum tersebut tidak membuat kunjugan balas ke blog Denaihati kira macam one way ticket lah.
- Kalau tujuan untuk menaikan pagerank sangat silap kita berasa kecil hati apabila backlinks dan komen yang kita buat di website, blog dan forum tidak mendapat maklumbalas. Cara yang paling baik untuk menaikan pagerank blog kita adalah dengan komunikasi satu hala dari blog PR rendah ke blog PR lebih tinggi.
- Paling bagus jangan sesekali memberi backlinks dan meninggalkan komen di blog yang mempunyai PR lebih rendah tetapi ini seperti berlawan pulak dengan tagline blog ini “Hidupkan untuk memberi”. Jadinya backlinks dan komen kepada blog yang lebih rendah PR masih diberi tetapi hanya kepada entri yang berkualiti sahaja.
Satu lagi kelebihan blog yang mempunyai pagerank tinggi adalah selalu dicalonkan untuk berbagai anugerah. 2013 blog Denaihati telah masuk final untuk pencalonan tiga anugerah iaitu MSMW awards, Tourism Blog Malaysia awards dan DiGi WWWOW Awards. Blog Denaihati telah mendapat anugerah dari MSMW untuk katogeri “the most creative blog 2013”. JANGAN tak tahu anugerah juga menaikan jenama blog dan paling penting menaikan nilai iklan yang akan mengandakan rezeki sesebuah blog.
Untuk penutup 2013 blog Denaihati sekali lagi terpilih masuk final untuk Blogrrr awards yang dianjurkan oleh MyNic untuk katogeri “best personal blog” bersama Broframestone, Benashaari, Cik Epal dan Irine Nadia. Menang kalah tak kisah semuanya terserah pada kepakaran juri, dah masuk final memang kira terbaik sebab dapat menjenamaan percuma. Ramai juga rakan blogger lain yang terpilih masuk final untuk 10 kategori yang lain.
Rakan Blogger dah daftar ke perjumpaan Blogger terbesar 2013 di The Mines pada 14 – 15 Disember 2013. Aman Firdaus pesan kepada yang belum daftar boleh walk-in je dan kepada yang sudah daftar online tapi belum dapat reply pun boleh datang terus ke dewan seminar dapat macam-macam goodies katanya. Jom lah semua bukan senang nak jumpa mata bertentang mata antara blogger kalau bukan event macam ni cumanya pelik juga sebab majlis sebesar ini tetapi promosi agak tak berapa nak nampak atau mungkin aku yang terlepas pandang.
111 Comments
berapa lama masa di ambil yer untuk sampai capai pr 1 ??
Bagaimanapun , perkongsian yang terbaik…
Curahan rasa Sifu @ ..Top Social Media Marketing Mistakes to Avoid When Involved in Online Marketing
Blog aku masih nilai 0 lagi. Masih berusaha kearah PR yang lebih baik. Nak tahu PR ni rasanya ada masa tertentu PR blog di update. entahlah…aku pun tak berapa pasti.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
makasih denai untuk infonya, gimana ya agar cepat naik trafficnya ?
Curahan rasa langsing sehat @ ..Agen Herbalife Bandung
mohon bantuannya ya agar webku juga bisa naik traffic dan pageranknya
Curahan rasa ade sunandar @ ..Obat Alami Tumor Payudara
Pagerank blog saya pun down gak. Google tak bagi kita ‘selesa’ sangat dan berusaha membuat entri yg berkualiti lagi disukai ramai. Ada hikmah tu.
Curahan rasa Afiffuddin @ ..Cara nak semak baki akaun Maybank
InsyaALLAH… untuk tahun 2014 saya akan perbaiki artikel penulisan di samping melibatkan diri dengan anugerah yang bakal dianjurkan tahun depan
Curahan rasa hazman aka species1980 @ ..Lipton Tea Twist Masterclass bersama Chef Nik Michael Imran
Pertama kali nih saya mampir kesini ,makasih atas informasinya…
Curahan rasa Aully @ ..Rahasia Cerdas Memilih Pemimpin dan Partai yang Berkualitas 2014
dah 2 minggu saya x aktif, kini mahu aktif kembali
Curahan rasa Juan @ ..Panduan Dan Cara Menghasilkan Produk Jenama Sendiri
Baru tau blog 1Malaysia PR10 dulu.hahaha
Curahan rasa Man @ ..4 Kerusi Pejabat Yang Boleh Dipertimbangkan Untuk Beli
Tahniah Tn. Denaihati dah tercalon. All the best 🙂
Curahan rasa Naimah Wahab @ ..5 Kepentingan Mengamal Minyak Ikan Untuk Kurus
memang ramai yang turun PR kali ni. termasuklah Sya. Setelah 2 tahun bertahan, akhirnya tersungkur 1 anak tangga. takpe lah, dalam setahun yang lalu memang kurang blogging. baru ni aktif balik, alexa dah naik, tapi PR pula turun.
Tahun depan pasti akan dinaikkan balik pr tu. Goodluck untuk DH 😀
Curahan rasa Sya Isya @ ..KOMISEN KE-6 & KE-7 JOB DI RUMAH | KERJA DARI RUMAH YANG BEST
tahniah buat Denai Hati kerana memenangi Blogrrr 2013 untuk kategori Best Personal Blog
Curahan rasa iAwani @ ..Google Beli Boston Dynamics, Syarikat Pembuat Robot
Tahniah DH..dgr2 menang Personal Blog Blogrrr Awards..
Curahan rasa UpProfits @ ..Revolusi Bolasepak Johor cetus Fenomena
tahniah tuan!!
Balik dari PD terus ke Mines, sampai sana jem teruk kat trafic light..last² patah balik
Curahan rasa cikgu naman @ ..Icon bisnes online pilihan cikgunaman
tak pegi ke blogrrr tu..
busy sikit.
Curahan rasa zool @ ..Obses pada warna
Google betul-betul main kasar sekarang wehh.. Kasi turun pangkat org.. 😀
Apa-apa pun tahniah dengan pencalonan blogrrr award bro. Semoga berjaya nanti.
Curahan rasa Dulu Lain Sekarang Lain @ ..10 Pemain Badminton Terbaik Di Dunia
Comments are closed.