Nisfu Syaaban antara yang dilarang

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pada entri tahun lepas aku ada menyentuh tentang amalan membaca Yassin 3x pada malam Nisfu Syaaban yang sering diamalkan pada 15 Syaaban setiap tahun. Kepada yang belum baca isu bacaan Yassin 3x boleh je terus ke entri Nisfu Syaaban Malam Pengampunan. Selain daripada amalan membaca Yassin 3x ada juga amalan solat sunat Nisfu Syaaban yang dilakukan secara berjemaah di surau atau masjid tertentu.

Mengikut petikan di buku Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh tulisan Usman AlKhaibawi alih bahasa oleh Dr. Syamsudin Manap solat sunat Nisfu Syaaban antara yang dilarang diamalkan pada malam Nisfu Syaaban :

Demikianlah anggapan perbuatan sunat di malam itu dengan mengerjakan solat berjemaah adalah bid’ah yang buruk dan wajib ditentang. Kerana ahli Fikah telah sepakat akan makruhnya solat sunat berjemaah selain solat Terawih, Istisqo’, Khusuf (Gerhana), dari pendapat Imam yang empat selainnya di luar pendapat mereka. Dan solat yang dikerjakan dengan berjemaah yang banyak pada malam itu kemudian dinamakan solat Bara’ah, juga hukumnya bida’ah, kerana tidak pernah ada di masa sahabat dan tidak pula ada pada masa Tabi’in.

Maka sebaiknya untuk orang yang lemah, supaya menghindari perbuatan yang mungkar ini, dengan tidak mendatangi jemaah di malam pertengahan bulan Syaaban, cukup mencukupkan solat di rumah sahaja, kalaulah tidak didapatkan Masjid yang terhindar dari perbuatan bida’ah tersebut, kerana solat berjemaah di Masjid itu hukumnya pun sunat dan wajib untuk solat fardu.

Ramai Ulama yang tidak melarang untuk memperbanyakan solat sunat seperti solat sunat taubat, tahjud dan istiqarah di rumah sebagaimana yang telah diamalkan pada malam-malam yang lain tetapi tidak solat sunat Nisfu Syaaban. Selain itu melebihkan bacaan Al Quran, Dzikir dan banyak berdoa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana pintu rahmat dibuka luas pada malam Nisfu Syaaban.

Kelebihan bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban terlalu banyak walaupun ada KHILAFnya, mungkin rakan blogger ada membaca dari sumber lain yang boleh dikongsikan bersama untuk menambahkan ilmu kita bersama.

Bacaan yang lain :


Spread the love

45 Comments

  1. Alhamdulillah.
    Tak salah amalan sunat tapi jangan sampai perkara wajid tak diutamakan.
    Cukup sekadar buat dirumah. Pernah terbaca rakan perjuangan Ustaz Asri (Hijjaz) cakap Ustaz Asri pernah berpesan bacalah Yassin setiap kali lepas solat. Mudah²an mendapat Syafaat dari Allah s.w.t. Amin,

    SEKADAR BERKONGSI

  2. selagi ianya tak bertentangan dengan hukum Allah,selagi itulah kita boleh mengamalkannya.namun mestilah dalam kadar yang bersederhana…
    kalau nak diikutkan banyak lagi perkara bida’ah dalam budaya melayu ni.termasuklah sambutan maal hijrah, awal muharram, dan sebagainya…
    Curahan rasa Pacifista – X @ ..Sains: Mengenal BumiMy Profile

    1. Amalan solat sunat lebih baik dibuat di rumah kerana menurut Alim Ulama adalah untuk imarahkan rumah kita sendiri. Bukan setakat solat sunat malah membaca Al Quran dan Dzikir siang dan malam mesti banyak dilakukan di rumah supaya lebih banyak Allah turunkan rahmat untuk rumah kita dan keluarga kita. Kekurangan amalan di urmah adalah salah satu sebab masalah sosial yang sedang melanda terutama keluarga Islam sekarang.
      Curahan rasa denaihati @ ..Syaaban dan kelebihannyaMy Profile

  3. Beberapa riwayat menjelaskan bahwa pada bulan Sya’ban beliau berpuasa sebulan penuh, sehingga menyambung puasanya itu dengan puasa Ramadhan. Riwayat yang menjelaskan hal ini di antaranya adalah :
    Dari Abu Salamah , bahwa Aisyah telah memberitahunya, ”Rasulullah tidak pernah berpuasa pada suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya’ban, sesungguhnya beliau berpuasa Sya’ban sebulan penuh…” (HR Bukhari ).
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Inilah Pemenang FTV Awards 2011My Profile

  4. “Kerana ahli Fikah telah sepakat akan makruhnya solat sunat berjemaah selain solat Terawih, Istisqo’, Khusuf (Gerhana), dari pendapat Imam yang empat selainnya di luar pendapat mereka.”

    di Kelantan masjid2 biasa buat solat sunat tasbih secara berjemaah. jadi rasanya boleh jatuh hukum makruh jugalah sebab tak termasuk dalam senarai di atas.

    pada dasarnya, solat sunat selain yang dinyatakan tu makruh sebab tak pernah dibuat pada zaman sahabat dan tabi’in. aku pertah tanya pasal benda ni dengan lecturer aku. ulasan dia, ada sesetengah benda yang dulunya memang tak ada pada zaman sahabat dan tabi’in yang boleh dilakukan pada zaman sekarang disebabkan umat Islam yang semakin jauh dari agama Islam tu sendiri, asalkan tidak bertentangan dengan syara’.

    nak diharapkan umat Islam tahu kewujudan solat2 sunat ni semua sendiri, tanpa disebabkan oleh mereka yang mengamalkkan solat sunat ni secara berjemaah, memang takkan tahu la rasanya. sahabat dan tabi’in sangat dekat zaman hidup Rasulullah. kita sekarang umat akhir zaman. banyak bezanya.

    macam tu juga dengan sambutan Maulidul Rasul. even kita buat sambutan Maulidul Rasul pun, masih ramai yang tak tahu sebab sebenar dibuat benda tu. cuba bayangkan kalau kita tak buat langsung. agak2 apa jadi?

    apa2 pun, ini cuma pendapat aku yang dhaif. aku dulu pun terfikir yang kita sekarang kalau diikutkan memang banyak buat benda yang tak dibuat pada zaman Rasulullah, sahabat dan tabi’in tapi bertujuan untuk mendekatkan kita dengan Tuhan dan lebih mengenali Islam.

    kalau salah, harap diperbetulkan. kita umat akhir zaman. kena sama2 belajar.
    Curahan rasa Nasih @ ..Ikut Gerak HatiMy Profile

    1. Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: “Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa’ Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya… Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid’ah dan setiap perkara bid’ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur’an dan hadis yang seumpamanya.
      Curahan rasa denaihati @ ..Syaaban dan kelebihannyaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!