Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada tarikh 7/8/2015 nilai matawang Ringgit berbanding $1 jatuh ketahap paling rendah dalam tempoh 17 tahun kepada RM3.92. Dalam kecelaruan politik Malaysia adakah nilai matawang segaja dibiarkan turun untuk menjadi asas kepada pertukaran Gabenor Bank Negara? Berita politik terkini dua pegawai atasan SPRM di tukar ke Jabatan Perdana Menteri secara tergesa-gesa.
Berdasar pengalaman aku kembara banyak negara kejatuhan matawang bukan sahaja ringgit juga banyak matawang negara lain berbanding USD. Contohnya dahulu Rupiah berbanding $1 lebih kurang IDR8000 tapi kini dah menyusut ke IDR13500 begitu juga Euro sudah menyusut kepada Euro 0.91. Bukan sahaja nilai matawang malah kalau ikut entri harga minyak mentah dan harga emas terkini juga merosot banyak.
Kadar Matawang Dollar Terkini
Kemerosotan nilai matawang Ringgit ada buruk dan baiknya. Menurunan nilai ringgit boleh menarik ramai pelancong untuk datang melancong ke destinasi menarik di Malaysia yang akan membawa masuk banyak wang melalui beli belah yang mereka lakukan. Lihat sahaja di Johor Bahru setiap hujung minggu penuh pasaraya dengan warga Singapore yang menghabiskan duit untuk membeli belah. Aktiviti ini sudah pasti akan meningkatkan ekonomi setempat dan kepada rakyat Malaysia yang pandai mengambil kesempatan sudah pasti mereka boleh buat duit daripada kejatuhan nilai ringgit.
Nilai Matawang Ringgit Terkini
Kepada rakyat Malaysia yang suka melancong ke luar negara sekarang bukanlah masa yang sesuai melainkan pergi ke negara yang matawang lebih rendah daripada Malaysia seperti Indonesia dan Thailand. Kepada syarikat yang banyak membeli produk daripada luar pasti akan terkesan dan masa inilah produk tempatan sangat berharga.
Klik sini utk belajar cara Jana income dengan MENULIS
Apa juga keadaan pasti ada yang untung dan ada yang rugi jadi joom kita menjadi mereka yang mendapat manafaat daripada kejatuhan nilai Ringgit dengan buat income dalam USD bukan menjadi mereka yang merungut tetapi tidak berbuat sesuatu untuk merubah.
150 Comments
kunjungan pertama…..
Nice Blog…..
ijin lihat-lihat blog/website nya…..
Daftar rumah Murah Subsidi Bekasi tahun 2015-2016
Curahan rasa daftar rumah murah bekasi @ ..rumah murah kredit ringan subsidi bekasi bumi satria indah tahap 5
Sejak ringgit jatuh ni pikir banyak kali sebelum shopping online guna usd.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Semak Tarikh Lahir Mengikut Kalendar Islam
Sejak kecoh pasal RM ni, serba sedikit aku dah tahu maklumat macam mana RM boleh jatuh dan apa kelebihan dan kekurangan tentang kejatuhan RM. Selepas discus dalam grup, banyak kekurangan daripada kelebihan tentang kejatuhan RM.
Curahan rasa Bahrain @ ..Macam Mana Nak Buat Kalau Kucing Datang Time Tengah Makan Kat Kedai
assalam..
yg baiknyer bagi para ads publisher yg terima US$ mmg sedap lah.. baru² ni bila dpt adsense & h12-media payout senyum lebar jer ☺
lebih ramai yang terkesan dgn mudaratnya berbanding manfaatnya. terutama rakyat marhaen yg dah sedia susah hidupnya. 🙁
Curahan rasa Oja Samid @ ..Resepi Puding Koktel Berkuah Sedap untuk Hidangan Tetamu
Manfaatnya sedikit mudharatnya banyak. Ditambah lagi dengan pengurusan kewangan negara yang tidak amanah, menambahkan lagi beban rakyat.
Curahan rasa Pakar Merawat Sihir @ ..Bagaimana Al-Quran Mampu Menyembuhkan Penyakit?
Untung saya dapat, rugi pun saya dapat. Untung sebab yang di bayar dapat kali 3.9, rugi bila nak beli barang sendiri jual dah mahal.
Curahan rasa rahimah @ ..5 Sebab Rancangan Bercuti Ke Luar Negara Sering Tertangguh
rupiah juga sedang anjlok $1 = IDR13900 ,kesempatan bagi yang mempunyai uang dolar banyak,di tukar pada saat mahal seperti sekarang ini
Curahan rasa ketemulagi @ ..Reshuffle Kabinet Kerja Jokowi
baca artikel terbaru dalam blog kami tentang cara urus wang dan tambahkan pendapatan sampingan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..3 Tips Kewangan Yang Jarang Dilakukan
Sangat terkesan dengan penurunan nilai mata wang kita.. makin meningkat kos ambil barang dari luar negara ..sabor jer lah..
Curahan rasa Azlan @ ..5 Power bank Terbaik Malaysia 2015
menakutkan jugak kalau RM makin turun….harap2 ramailah pelancong datang Malaysia tapi terpaksa tahan diri nak pi bandung…hehehhe
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Bincang-Bincang Kebajikan
Sebenanya nilai RM dalam negara pun dah terasa kejatuhannya. Lihat sahaja nilai RM10 pada masa ini. Kalau nak makan di shopping kompleks + GST, RM10 cuma dapat beli makanan yang simple macam Mee Kari @ nasi goreng biasa. Sedangkan sebelum ini nilainya cuma sekitar RM5-RM6.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Tunaikan Cek Di Tabung Haji ~
kena berjimat cermat disamping tu tambah pendapatan, jangan berbelanja oversea (macam saya selama ini). huh
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..4 Tips Kulit Putih Kemerah-merahan
Bab tambah pendapatan tu memang benar, xdelah kita kering sampai gaji yang akan datang.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Seronoknya Guna Pencuci Muka Nutriwhite 🙂
bencana kepada warga malaysia ke luar negara…syurga kepada negara maju dtg shopping
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Misteri Tragedi Nahas Pesawat Malaysia Airlines Boeing 737 MAS 653 di Tanjung Kupang, Johor Belum Terjawab
Matawang jatuh perlu berjimat cermat. Tak perlu travel ke luar negara. Perlukan pendapatan sampingan
Curahan rasa Ani Haryani @ ..Pengalaman Ani Travel Tidak Perlu Hotel! Sungguh Menjimatkan! 😀
Pasti yang sering travel ke luar negara akan terasa. Betapa keciknya nilai RM.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kisah Tunaikan Cek Di Tabung Haji ~
Betul, sekarang duk kira kira bajet sebab currency kita makin turun.
Curahan rasa rahimah @ ..5 Sebab Rancangan Bercuti Ke Luar Negara Sering Tertangguh
Comments are closed.