Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat yang hebat?
Sifu bisnis Abang kata cara fikir orang biasa memang akan sentiasa tiru apa sahaja orang luar biasa buat, contohnya
- Sifu FB ads buat kelas FB ads dia pergi belajar dan buat juga kelas FB ads walaupun jualan dari FB ads dia suam-suam kuku
- Sifu Google adwords buka kelas Google Adwords dia pergi belajar dan buka juga kelas Google Adwords
- Sekarang ternampak banyak pulak yang mengajar pelaburan saham bila tengok kelas sifu Hj Mohd Asri & bos Yusnizam Yusoff pecah panggung. Nak tahu cara buat duit dengan saham baca sini Teknik buat duit saham.
Sifu bisnis Abang kata selalunya orang yang luar biasa akan memulakan trend tapi tidak ramai yang kreatif, inovasi dan sanggup perah otak memikirkan idea baru. Bila orang mula tiru apa yang kita buat jangan marah-marah kerana ini bermakna kita sudah berjaya dan tiba masa untuk bergerak mencipta trend baru.
Sifu bisnis Abang kata cara fikir usahawan luar biasa seperti Bill Gates, Steve Jobs, Micheal Dell, Jeff Benzos dan Mark Zuckerberg tak sama dengan cara fikir usahawan biasa kerana itu mereka telah mengacau sistem dunia sehingga mengubah budaya kehidupan kita.
Begitu juga cara fikir kita semua sebagai usahawan. Cara fikir kita akan menentukan berapa besar bisnis yang bakal kita buat. Kita tidak akan mampu ubah cara fikir bisnis orang lain walaupun ahli keluarga kita sendiri apatah lagi kekawan.
Dan jangan cuba ubah cara fikir mereka kerana kesannya sangat negatif kerana mereka akan berusaha mempertahankan cara fikir mereka. Yang boleh ubah hanya ALLAH dan kerja kita sebagai manusia hanya kongsi peluang dan ilmu perniagaan kepada mereka.
Adakah kita termasuk dalam golongan Orang Luar Biasa atau Orang Biasa-biasa je?
Abang sentiasa berfikir untuk jadi luar biasa, masih cari formula mencari Rahsia Rezeki.
Abang Denaihati
Usahawan Digital
seminarduitdigital.com
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
96 Comments
Banyak boleh belajar dari kata-kata ini. Apa yang penting, kena rajin belajar dan buat kerja. Insyallah akan ada hasil menanti.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
Nak kena usaha selalu bila nak maju dalam dunia bisnes. Banyak nak kena belajar bila nak buat perubahan dalam sesuatu bendakan.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Waktu Duit Susah Jom Cari Duit Online
satu masalah orang berbisnes ialah tidak mengikut kata hati sendiri. lebih suka mengikut apa orang lain buat dan kata
Curahan rasa jadual @ ..Jadual Gaji Kakitangan Awam 2017
Ada baiknya juga ikut tindakan apa yang orang dah berjaya lakukan.. tapi kena pilih guru yang betul..
Curahan rasa anuar @ ..Siapa Raja Kamil? (Usahawan Internet yang WAJIB anda kenali)
Kalau pilih guru yang salah, tu yang bahaya tu.. tersilap pilih guru buruk padahnya..
Curahan rasa anuar @ ..Siapa Raja Kamil? (Usahawan Internet yang WAJIB anda kenali)
Kena cari guru yang pandai. Insyallah tak terpesong jauh sangat bila salah. Usaha lagi dan lagi.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Jika selalu ikut orang memang susah. Kena cari yang betul-betul boleh datangkan hasil.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Paparan Senarai Blog Jadi Lebih Mudah
Billionaire hari in adalah daripada Start up bisnes yang berjaya iaitu early trend setter kepada masyarakat. Susah nak dapat idea utk berjaya tetapi tidak mustahil. Yang penting ianya memberi manfaat kepada orang dan menyelesaikan kekusutan masyarakat terhadap sesuatu masalah.
Curahan rasa eazaq @ ..Makanan tradisi musim tengkujuh
Betul tu. Cari bisnes yang macam tu insyallah boleh bertahan lama. Ada aje yang suka buat.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
hoho..
rajin-rajin la belajar.
jangan malas.
orang malas selalu rugi, macam anjing dengan bebayang.
Curahan rasa uber lejen @ ..Cara Daftar jadi Pemandu Uber
Betul tu saya setuju… mana ada orang yang malas tetapi berjaya.. sebab tu ada kata pepatah.. orang malas selalu rugi.
Curahan rasa anuar @ ..Siapa Raja Kamil? (Usahawan Internet yang WAJIB anda kenali)
Betul tu. Kena rajin belajar insyallah boleh berjaya. usaha lagi dan lagi sampai berjaya.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
sy biasa biasa je tapi nak jugak jadi luar biasa 🙂
Samalah kita.. Impian untuk menjadi luar biasa tu memang ada.. tapi tak tahulah bila boleh menjadi kenyataan… ish.. ish… ish…
Curahan rasa anuar @ ..Siapa Raja Kamil? (Usahawan Internet yang WAJIB anda kenali)
Rajin berusaha insyallah boleh jadi luar biasa. Belajar sambil berusaha akan dapat hasilnya.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
sekarang mcm2 dah dipermudahkan utk mencwri rejeki melalui online. yg penting nak usaha lakukan.
tq abang kongsi bersama kami.
Curahan rasa nurmisnan @ ..Minyak herba asmak wajib ada disetiap rumah anda
Cari rezeki secara online ni ramai yang boleh buat. rajin buat kerja insyallah boleh dapat hasil.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
Lain guru lain ajarannya, yang penting kita boleh saling terima pendapat dan tidak berbalah dalam ilmu pengetahuan.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Komisyen Kelapan Dari Uber
Menuntut ilmu dengan banyak guru adalah sangat digalakkan…. tapi, sebagai pelajar kita kena bijak memanfaatkan ilmu yang dipelajari dengan sebaiknya..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Betul tu. Mana yang rasa mudah nak buat yang tu kita cuba dulu. Sesuai dengan masa yang ada.
Curahan rasa OhPanduan @ ..Pekerjaan Mudah Untuk Pelajar
mesti la nak jadi luar biasa. dlm bisnes kena jadi lebih kreatif dari pesaing
Curahan rasa nikkhazami @ ..Domain Terbaik di Malaysia
Betul tu.. best man is a winner..
Setiap komponen pemasaran yang dimiliki oleh pesaing, kita juga perlu memilikinya..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Bukan mudah nak menjadi yang berfikir di luar kotak. Ia memerlukan reseach yang baik. Juga trail & error. Jadikan impian sebagai kenyataan adalah terhebat, bagaimana? mesti dengan kerja yang bersunguh-sungguh dan tidak cepat putus asa.
Curahan rasa Terviral @ ..Review Proton Ertiga MPV Kecil Amat Wow!
Betul tu tuan..cara berfikir trend setters ni luar biasa kerana mereka orang luar biasa..bukan senang nak buat tapi tak mustahil..
Btul kata DH..ramai yang tiru dan suam-suam kuku..huhu.. Harap jie pun jadi yang luar biasa..
Curahan rasa Jie Susanos @ ..Bagaimana Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Suam suam kuku ni sama erti dengan hanfat-hangat tahi ayam.. tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara.. macamana nak berjaya?
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
peribahasa sekarang hangat2 tahi kucing orang kata lah….heee. itu yg payahnya. istiqamah tu semestinya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Ekonomi Digital di Malaysia semakin pesat, sudahkah anda bermula?
Setiap apa yang kita usahakan pada hari ini… Asalkan kita yakin dan terus Istiqamah… In Shaa Allah, kita akan dapat menuai hasilnya pada kemudian hari..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Sememangnya diakui nak jadi orang biasa-biasa itu mudah.. tapi nak jadi orang yang luar biasa itu bukan mudah..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Nak jadi orang yang luar biasa memerlukan kesungguhan, komitmen yang tinggi, dan tidak pernah berputus asa..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Kalau kita tanya kepada mereka yang telah berjaya, apa yang telah mereka lakukan sehingga mencapai kejayaan seperti sekarang?
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Jawapan yang diberikan pastinya tidak semudah seperti yang kita sangka… sudah tentu ada pengorbanan.. sekurang-kurangnya pengorbanan masa dan wang ringgit..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
ya, itulah kalau mudah kita dah tak payah nak berguru..heee. pengorbanan masa dan wang ringgit yg boleh tahan banyaknya.
Curahan rasa Denaihati @ ..#GECommunity2016 – Perkongsian ilmu keusahawanan peringkat antarabangsa
Saya setuju.. nak jadi usahawan yang berjaya kena sentiasa berfikir secara kreatif..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Belajar dan tiru teknik serta strategi yang usahawan lain buat tak salah… tapi dalam masa yang sama kena generate idea-idea baru supaya ada kelainan berbanding orang lain..
Curahan rasa anuar @ ..5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blog
Comments are closed.