Mohon Restu BONDA

Spread the love

Hari ini Hari Ibu @ Mothers’ Day..alhamdulillah aku dapat bertemu ibu, bersalam dan cium pipinya. Jasa mu ibu tidak akan dapat ku balas walau segunung emas aku berikan kepada mu. Terima kasih segalanya.

Allah swt berfirman dalam Surah Al-Ahqaf ayat 15 yang ertinya :

Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa : Ya Tuhanku tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan memberi kebaikan kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.
Nota : Juga Doa khas bagi yang menyambut usia 40 tahun.

Apa yang telah kita lakukan pada ibu kita?
1. Menziarahi Nya sebulan sekali.
2. Menalefon Nya setiap hari
3. Memberi duit setiap bulan
4. Memberi hadiah di hari ulang tahun nya.

Aku sering menasihati adik aku supaya memberi duit walau sedikit mana pun kepada ibu setiap bulan walaupun kita kekurangan duit. Insyallah dengan pemberian yang ikhlas bertambah murah rezeki kita. Jangan jadikan alasan tak cukup duit untuk tidak memberi duit kepada ibu kita..ingat semasa kecil dulu ibu berusaha untuk mencari rezeki walau sesukar mana sekali pun bagi memastikan anak-anaknya makan dan bersekolah.

Percayalah apa yang kita buat sekarang kepada ibu kita begitulah yang anak kita akan lakukan kepada kita. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

Fahana – Mutiara


Spread the love

100 Comments

  1. Terima Kasih kerana mengingatkan.. saya memang selalu lupa akan jasa ibu dan bapa.. kadang2 saya berkasar kalau bercakap dengan dorang… mungkin kerana saya ni masih muda, darah masih panas lagi.. tu la sekejap jer nak tinggikan suara.
    Curahan rasa Steward John @ ..I hate Celcom BroadbandMy Profile

  2. Tanpa disadari, seringkali seorang anak berbuat maksiat kepada orang tuanya. Padahal, keberadaannya di dunia tak lepas dari keikhlasan kasih sayang keduanya, terlebih sang ibu yang telah mempertaruhkan nyawa dalam persalinan.
    Curahan rasa Bang Iwan @ ..Implementasi Nilai Ibadah PuasaMy Profile

    1. Nah. tidak dinafikan saya juga seperti itu.. selalu juga kurang ajar dekat ibubapa… tu saya mau ubah sikap saya ni.. tak pe la orang tahu ker tak pasal diri saya, yang penting saya mau cuba untuk ubah..
      Curahan rasa Steward John @ ..I hate Celcom BroadbandMy Profile

  3. Ribuan kilo jalan yang kau tempuh
    Lewati rintang untuk aku anakmu
    Ibuku sayang masih terus berjalan
    Walau tapak kaki, penuh darah… penuh nanah

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!