Wajib vaksin bagi petugas kesihatan dan sukarelawan haji 2021

Spread the love

Menurut sumber astro Awani, semua pekerja kesihatan dan sukarelawan yang terlibat dalam musim haji 2021 diwajibkan mengambil vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr. Tawfiq Al-Rabiah memaklumkan, pihak yang terlibat perlu melakukan persiapan lebih awal bagi memudahkan operasi kemudahan kesihatan di Makkah, Madinah dan lokasi berkaitan bagi jemaah haji musim 2021.

Tambahnya, satu jawatankuasa perlu dibentuk untuk musim haji dan umrah 2021 yang mewajibkan suntikan vaksin kepada semua pekerja kesihatan yang terlibat.

Jurucakap Kementerian Kesihatan negara itu, Dr. Mohammed Al-Abd Al-Aly dalam satu sidang media pada Selasa berkata, individu yang telah divaksin dan melepasi tempoh yang ditetapkan, tidak perlu melalui proses kuarantin sekiranya mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19.

“Sesiapa yang menerima vaksin dan lulus dua hingga tiga minggu selepas divaksin tidak diharuskan kuarantin apabila bersentuhan dengan orang yang dijangkiti,” katanya.

Tambahnya, keluk jangkitan COVID-19 sedang melalui fasa turun dan naik memaksa pihak berkuasa memberi perhatian dengan teliti.

Baca juga: SOP ibadah umrah norma baharu 2021 – Ahmad Ruzman

Sumber: Astro Awani


Spread the love
OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!