Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah baca entri “15 Tips MeningkatkanTrrafik Blog“. Tips no 11 mengalakkan penulis jemputan menulis di blog anda. Kali ini Afiq Aiman tuan punya blog FokusBlogger.com menjadi penulis jemputan di blog Denaihati. FokusBlogger.com blog status PR1 penuh dengan informasi Tip Blogging Terbaik untuk rujukan semua Rakan Blogger. Teruskan membaca rasa hati Afiq Aiman :
Hari ini mengikut amanz.my, domain .com yang berdaftar adalah sebanyak 98 juta dan dijangkakan melangkaui 100 juta tidak lama lagi. Angka ini hanya melibatkan blog dan juga laman web yang menggunakan domain .com sahaja. Jika dicampur bersama domain .net, .my, dan lain- lain, sudah tentu angkanya lebih besar. Ini menunjukkan pasaran blog dan juga laman web semakin meningkat hari demi hari.
Ramai yang mula menceburi bidang blogging – sama ada secara sepenuh masa atau separuh masa. Ramai juga yang takut untuk mencubanya. Ini kerana adanya mitos-mitos dalam blogging yang memberi impak kepada seseorang itu. Antaranya :
1. Mudahnya Buat Duit Dengan Blog
“Jana pendapatan hanya dari depan laptop”
Siapa tak nak? Sudah tentu ramai yang angkat tangan mengatakan “Saya nak!”. Perkara normal yang berlaku dalam masyarakat sekarang.
Salah satu cara untuk jana pendapatan online adalah dengan blogging. Tetapi anda perlu tahu, kejayaan untuk buat duit dengan blog bukan datang hanya selepas 24 jam blog anda wujud di internet. Anda perlukan masa yang lama. Ya, anda boleh buat duit dengan blog. Ianya fakta! Ramai blogger yang menjana 4 angka sebulan hanya dari blog. Tidak kurang ada yang menjana 6 angka setahun. Tetapi cuba anda tanya mereka, berapa lama tempoh yang mereka ambil untuk sampai ke tahap itu? Anda boleh agak jawapannya.
2. Pembaca Bencikan Iklan
Anda suka lihat iklan yang terpapar di blog? Jika iklan di blog anda, tentu anda suka – ada iklan = ada income untuk bulan ini, kan? Bagaimana jika di blog lain?
Jika saya sebagai pembaca, saya tidak kisah sekiranya pemilik sesuatu blog letakkan iklan di blog. Tetapi, biarlah tersusun dan juga tidak menutup kandungan di sidebar blog – terutama yang meletakkan iklan tergantung. Pengiklanan adalah hak pemilik blog tetapi blog adalah hak pembaca. Jadi, anda perlu bijak mengatur strategi. Jangan sampai pembaca lari dari blog anda hanya disebabkan perkara remeh temeh.
3. Kejayaan Blog Datang Dari Trafik Yang Besar
Tidak…tidak… Kejayaan sesebuah blog tidak boleh diukur hanya dengan trafik yang diterimanya. Trafik yang besar hanya mempengaruhi pendapatan anda dengan Innity, Nuffnang, dan Google Ads. Kejayaan blog berdasarkan beberapa faktor. Antaranya:
- Komuniti – kejayaan sesebuah blog membina pengaruh (komuniti) tersendiri
- Komunikasi – Kejayaan sesebuah blog mewujudkan komunikasi berkesan antara pemilik dan juga pembaca blog
- Profesional – Bagaimana pemilik blog menguruskan blog secara profesional
Bagaimana anda mengukur kejayaan sesebuah blog pula?
4. Blogger Wajib Post Setiap Hari
Ini satu lagi mitos dalam dunia blogging. Blogger tidak perlu post setiap hari. Bergantung mengikut kesesuaian anda. Yang penting post itu berkualiti dan memberi manfaat/informasi berguna buat pembaca, itu sudah memadai. Yang paling bagus ialah penghasilan post berkualiti dalam kuantiti yang banyak.
Bagi saya, jangan “mengajar” blog anda terbitkan post baru setiap hari. Mungkin anda post setiap hari untuk menjaga ranking, trafik dan sebagainya. Bagaimana jika suatu hari nanti anda sibuk dan tidak sempat untuk terbitkan post baru selama seminggu/sebulan? Ini akan memberi kesan buruk terhadap ranking dan juga trafik blog.
Betulkah Mitos Di Atas?
Sekarang anda tentukan sama ada mitos di atas betul atau tidak. Mungkin anda ada hujah tersendiri tentang perkara ini. Ayuh kita bincangkan di bawah.
241 Comments
Update Hari-Hari banyak idea blogger tu.
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tahniah Negeri Sembilan
org tak pernh kering idea :p
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
kekadang takde idea jap nak buat entry post.,, hehhee
Curahan rasa KiD @ ..Bila anak dah mengantuk
Betul tu
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tahniah Negeri Sembilan
wah…retis lagi la ko afiq 😀
update seminggu sekali pun ok jugak.tak salah pun kalau tak update.tapi lepas tu kalau trafik biasa2 je dan PR pulak jatuh,jangan tanya kenapa.hehe 😀
Curahan rasa Pacifista @ ..Pendekar Laut, Wira Tunggal Final
Kau bila pulak nak jadi Retis ni?
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tahniah Negeri Sembilan
ada juga yang benarnya tentang mitos diatas ni
Curahan rasa semasa @ ..Elaun Sara Hidup Kepada 55,000 Nelayan Tahun Hadapan
setuju sangat-sangat..iklan yang banyak sangat mempengaruhi pembaca melainkan kalau anda menyasarkan blog tersebut bukan untuk dibaca tak pe lah cth blog download :D, letak la iklan banyak pun..
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..4 Langkah Install Microsoft Office 2007 Di Ubuntu 11.10
Nasib baik tak banyak sangat iklan dekat blog, biar blog tu load laju, pembaca pun senang jer nak baca nanti kan
Curahan rasa Steward John @ ..Happy Halloween
paling tak suka bukak blog penuh iklan dlu keluar baru jmpa isi
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Ssh jgak post hari2.. 🙂
Curahan rasa Jebeng @ ..Promosi Bumi Langkawi Homestay
Iya nie, saya sendiri menulis setiap 2 – 4 hari sekali..
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Membersihkan Blog Yang Terinfeksi Malware
selang beberapa hari pn xpe. rest otak cr idea
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
Tak apa juga tu, janji blog update
Curahan rasa Steward John @ ..Be grateful for what you have and never complain
Pembaca membenci iklan
Menurut saya juga demikian namun tergantung juga dengan jumlah iklan yang dipasang dan tempat pemasangannya. Kalau tidak mengganggu pengunjung Insya Allah tidak akan berdampak buruk pada blog kita
Nice share..
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Membersihkan Blog Yang Terinfeksi Malware
Kalau target nak dapat buat duit dengan blog dalam masa yang cepat, pasti akan frust nanti.. Yang penting entri yang berkualiti
Curahan rasa danish @ ..Keputusan Final Piala Malaysia: Negeri Sembilan Juara
Setuju. sebab kebanyakannya terpengaruh dengan word-by-mouth kengkawan and gambar earning yang blogger-blogger letakkan kat blog masing-masing.
Curahan rasa Omar @ ..WOWLOUD – Cara baru mendengar muzik
benar..istiqamah yang paling tinggi…
Curahan rasa arena84 @ ..Nujum Pak Belalang Baru (Serius Lawak!)
* ehhh paling penting…
Curahan rasa arena84 @ ..Video dan Gambar Kemalangan Kancil dan Myvi di Lebuhraya MEX – 1 Mati 1 Parah (Ngeri!)
Terima kasih untuk tips yang berguna nih!!
Curahan rasa Amir @ ..Khairul Fahmi Che Mat & Dahlia Teck Yg Seksi Di Party
ramai betul cakap pasal iklan. aku nk tambah sikit, serious sakit hati baca entri bila iklan banyak dari isi. haha. btw nice artikel dari Afiq Aiman.
Curahan rasa EddyGeek @ ..Aplikasi Android Berbayar Yang Boleh Didapati Secara Percuma Di GetJar
Betul tu. Iklan tutup post
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tahniah Negeri Sembilan
paling tak suka bila ada orang yang gila nak kaut untung dengan letak link yang kita nak tau info tapi terus ke iklan churp2 dan say.s my….tipah tertipu rasanya…
Curahan rasa bubllegumprincess @ ..10 most cute girls and balloons photos : can feel the happiness inside?
sblum klik kene hover mouse dulu tgk link..hehe
Hahah. taktik tu
Curahan rasa Ahmad Hati @ ..Tahniah Negeri Sembilan
saya pn rasa serabut ngn semua tu -.-
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
hehe.. setuju juga.. :p
Curahan rasa CMRatu @ ..Sunset di Pulau Aman
setuju no. 1… dulu mula2 memasuki arena blog memang tak percaya… tapi bila dah dapat sekali…baru lah berfikir nak mulakan blog yang lebih profesional…bukan lagi main-main tulis…
menajana pendapatan melalui blog seperti berniaga juga prosesnya… perlu ada pelan perancangan tersendiri….
Curahan rasa hisham @ ..10 Tips Poyo Ulangkaji Nota untuk pelajar UiTM, Tetapi Berkesan
betul tu, kena ada strategi yang mantap. jangan main kotor semata-mata nak cepat jana duit dengan blog
Curahan rasa afiqaiman @ ..Tips Belajar SEO
saya pun tak berapa gemar dgn org guna taktik kotor
Curahan rasa eyra @ ..Review: Paranormal Activity 3
betul sgt2..iklan yg bnyk menjadi faktor loading page lambat..
Curahan rasa Adib @ ..Unmistakable
Comments are closed.