Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, daripada berita terkini kehilangan pesawat B777 penerbangan MH370 masih menjadi misteri. Bukan sahaja keluarga mangsa dari 15 buah negara malahan dunia menanti-nanti apa sebenarnya berlaku. Tekanan yang amat sangat kepada pasukan penyelamat kerana ramai yang mengharap keajaiban akan berlaku walaupun sudah lebih empat hari kehilangan berlaku.
BREAKING NEWS : KENYATAAN AKHBAR PM NAJIB RAZAK PENGESAHAN KEHILANGAN MH370 DI LAUTAN HINDI.
Aku dan pasti ramai pembaca sangat pelik dengan sikap fanatik politik yang bagaikan tiada sensitiviti dengan tragedi apabila tidak dapat memisahkan dengan komen-komen politik. Tak terfikirkah mereka perasaan keluarga mangsa dan pasukan penyelamat yang bekerja siang malam bersengkang mata tetapi kita sesuka hati berkongsi idea bodoh di sosial media.
Apa perasaan mereka yang ada kaitan dengan tragedi misteri MH370 apabila membaca komen mengutuk seperti berikut :
[box type=”shadow”]Sebaik saja Anwar Ibrahim dihukum secara zalim dalam suatu perbicaraan hanya untuk mensabitkannya supaya boleh dipenjarakan, maka terjadilah mala petaka ini. Orang Islam boleh membaca dengan mudah isyaraat ini: Kejadian ini menunjukkan bahawa inilah akibat kezaliman pemerintah untuk menjadi peringatan kepada orang ramai bahawa balasannya tidak semestinya diterima secara terus oleh kerajaan yang zalim, tetapi lahir dalam bentuk tanda yang jelas bahawa negara ini sedang berada dalam tangan pentadbir yang zalim. Kalau orang Islam tidak percaya lagi kepada tafsiran begini, maka mereka akan terus dizalimi seterusnya dan para pemimpin yang zalim ini akan terus berleluasa – Ariff Budiman
Sejuk rase ati dan satu badan bila tengok tv3 2- 3 ari ni, tak henti2 mulut pengacara depa menyebut nama Allah dan mohon pertunjuknyeee, tapi hampa tunggu laa pas nii, memang dasar munafik puak2 niii. tawaduk sangat laa tuuu kononnyee, kangkongg – Pakatan Rakyat Pakatan
The deceases’ families are waiting to claim the bodies..and the FUCKING SCORPENE is not put into charge for the rescue mission. Then what the fuck spending million of ringgit ( DUIT RAKYAT) to buy that fucking SCORPENE with NAJIBTUYA nuclear head engine!!??? – Panah Hijau
Banyak berlaku ketirisan dan skandal penyelewengan dalam pentadbiran Mas maka beginilah jadinya adalah malang bagi mereka menaiki perkhidmatan Mas apa pun kami rakyat mendoakan semuga waris dan keluarga masing2 bersabar kerana ini juga adalah ketentuan Allah tapi bagi pemimpin umno ini adalah amaran dari Allah jika najis rasuah dan penyelewengan bermaharaja lela rakyat juga yang dipertaruhkan nasibnya sekarang negara sedang menanggung malu disebab negara jiran menawarkan bantuan kapal selam sedangkan Malaysia mempunyai dua kapal selam kemana perginya ??? Allah mengetahui semuanya dan akan mendedahkan juga kepada rakyat nanti insya”allah. – Kayucemeti kc
Beijing’s state media lashed out at Malaysia and MAS over their handling of the crisis…Apamacam Perkasa..dan NGO2 tolol lain, .China yang ada 2 biliun lebih dah libas tu…bila kau orang nak demo sembelih ayam dan lumur darah untuk bela NMalaysia..Jangan tak bela. masa nilah yang sesuai untuk tunjuk kejantanan. – Keindahan Alamsekitar [/box]
Ini hanya sebahagian kecil dari beribu-ribu komen politik yang tiada faedah kepada keluarga mangsa dan pasukan penyelamat. Ramai yang memberi komen dan analisa mengikut akan fikir mereka atau akal fikir ketua politik mereka yang mempunyai kepentingan politik. Tak kena batang hidung sendiri bolehlah tulis macam-macam di sosial media lagi pun tak guna nama sebenar jadi tak rugi apa pun. Tragedi kehilangan pesawat MH370 benar-benar menurunkan kepercayaan masyarakat kepada berita dari sosial media yang sebelum ini menjadi rujukan kepada semua. Nak berpolitik ada tempatnya seperti di atas pentas kempen Pilihan Raya DUN Kajang tapi bukan semua tempat terutama seperti tragedi kehilangan MH370.
Kepada yang mempersoalkan kenapa Kerajaan Malaysia tidak mengunakan Kapal Selam dalam misi penyelamat MH370 sila baca penjelasan teknikal dalam entri “Tragedi MH370 : Persoalan Penggunaan Teknologi Terkini Dan Menangkis Salah Faham Umum“. Kalau kita tak faham atau tak tahu lebih baik berdiam diri dan terus berdoa semuga kita semua mendapat bantuan dari ALLAH, itu lebih baik.
Mari kita sama-sama berdoa dan merayu kepada ALLAH semuga pasukan penyelamat dari berbagai negara dipertemukan dengan 239 mangsa yang hilang bersama pesawat MH370. Tiada yang mustahil boleh berlaku dengan kehendak ALLAH kerana KAU lah yang Maha Agung dan Maha Kuasa … manusia ini lemah walaupun menggunakkan berbagai peralatan canggih dan teknologi terkini. Teruskan berdoa jangan sekali putus asa khasnyaa kepada kaum keluarga dan sahabat- sahabat mangsa yang menanti kepulangan MH370.
Sila hubungi MAS pada talian 03 7884 1234 untuk sebarang maklumat terkini.
Infomasi dan berita terkini kehilangan misteri pesawat MH370 @ Twitter.
89 Comments
mari kita sama-sama berdoa agar kehilangan MH 370 ini akan terjawab secepat mungkin,,famili mereka yang terlibat pasti tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya
Curahan rasa hpmurah2u @ ..Video iPhone 6 Plus tested into liquid nitrogen
Kini rakyat Malaysia semacam melupakan melupakan kehilangan MH370 ini. Di tambah lagi dengan isu-isu hangat seperti kejadian MH17, MB selangor dan Kertas soalan UPSR bocor. Mari kita rakyat Malaysia teruskan berdoa semoga di tunjukkan jalan untuk menjumpai mangsa MH370…
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Mh370 madih lagi senyap tanpa khabar berita hingga kehari ini. Apapun kita rakyat malaysia beragama islam cuba doakan yang terbaik. Kita tak tahu cerita sebenar, usahlah buat apa-apa spekulasi.
Curahan rasa fatihahfazlin @ ..Cabaran 30 Hari | Hari 22 : Destinasi Percutian Impian Nik
Semoga MH370 dijumpai dalam masa yang terdekat ini. Kehilangannya menjadi tanda tanya seluruh dunia….dimana, dimana MH370….
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Sejak berlakunya isu MH370 ini terlalu banyak spekulasi dan tindakan yg meragukan menimbulkan pelbagai persoalan. Mungkin ianya kejadian pertama kali seumpamanya berlaku maka kurangnya pengalaman dalam mengendalikan kes sebegini menyebabkan banyak kelemahan.
Kini ianya telah reda namun tetap meninggalkan pelbagai misteri yg masih tidak terjawab selagi MH370 tidak ditemui.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Cara Mudah Memahami Maksud Bounce rate
Mereka yang mengutuk itu langsung tak prihatin terhadap perasaan keluarga mangsa pesawat MH370 ini. Sepatutnya kita kenalah lebih prihatin akan isu sebegini dan bukannya suka-suka mengeluarkan macam-macam kenyataan yang tidak betul.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Quote: Don’t Compare
Menurut pandangan wawa, sesetengah orang ni dia cuma fikirkan tentang kebaikan diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Sepatutnya mereka kena lebih menghormati dan turut bersimpati dengan kejadiaan ini.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
Orang macam ni cuma nak publisit dan mementingkan diri sendiri. Tanpa mempedulikan perasaan orang lain.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
setiap orang bebas mengeluarkan pendapat masing2…tetapi janganlah kebebasan itu digunakan tanpa wujud perasaan simpati…aku tak apa kepentingan ada golongan yang suka keluarkan kenyataan buruk seperti ini…sekadar meluahkan perasaan atau menanguk di air yang keroh…
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Tips Tugasan Kedua Cabaran iPhone 5s
betul tu, saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh saudara. Kadang-kadang diaorang ni bertindak tanpa berfikir panjang. Last-last makan diri sendiri.
Curahan rasa wawaabdulhadi @ ..CABARAN 30 HARI [HARI 12] : 5 WISHLIST ANDA
sentiasa mendoakan kebaikan kepada setiap musibah yang melanda. Doakan pemimpin agar kuat dalam menhadapi situasi sukar.
Curahan rasa kizmyself @ ..Berjanggut Den Tunggu Haaaa
Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Mungkin juga Tuhan hendak menguji kita.
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Benar Tuan. Saya sendiri rasa pening kepala setiap kali isu MH370 diutarakan di laman sosial, ada sahaja suara-suara sumbang yang kerjanya cuma tahu mengutuk dan mencari kesalahan orang. Aduhai. Sudahlah cari gaduh dengan pengomen lain pula.
Curahan rasa Muhammad Faridzuan Majid @ ..Rehlah 2014 bersama Sahabat Al-Irfan
Sebab tu aku kadang2 malas nak membaca komen2 di facebook. Sentiasa ada suara2 sumbang yang mengutuk dan menyalahkan orang. Cakap ini tak betul, itu tak betul, yang ni salah….
Curahan rasa Wira Merah @ ..3 Cara Meningkatkan Ranking Alexa Berkesan
Mereka yang mengutuk tu menaip menggunakan perasaan dan bukan nya akal. Emosi yang berlebihan tanpa berfikir panjang. Kalau berfikir pnjang, mesti tidak akan mengeluarkan komen-komen seperti itu.
Curahan rasa Fadzi Razak @ ..Piala FIFA World Cup 2014 Dimenangi Oleh Germany
semoga pesawat MAS dapat ditemukan
Curahan rasa CANE BLOG’S @ ..Inilah 7 cara termudah mencari keyword yang paling populer
Bermacam-macam spekulasi pasal MH370 sekarang ni.
Curahan rasa Ammar @ ..Senarai Universiti Terbaik di Malaysia
musibah tak dapat disangka, itu merupakan sebuah kejadian yang tidak diinginkan terjadi oleh semua manusia, tapi di balik semua kejadian pasti ada pelajaran yang bisa kita ambil, jangan mengutuk kejadian, apa lagi musibah yang menimpa saudara kita. Alangkah baiknya kita ikut berdoa agar semuanya bisa selesai dan terungkap sejelas-jelasnya
Curahan rasa batik pekalongan @ ..[Article 135]Grosir Batik Anak
Diam lebih baik dari berkata-kata
Curahan rasa faizal @ ..5 Nikmat Yang Perlu Disyukuri
Semoga penumpang dan anak kapal selamat.
Curahan rasa Asyraf Asnawi @ ..Seminggu Kehilangan MH370, Teruskan Pray for MH370
Comments are closed.