Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, bulan Ogos adalah bulan MERDEKA bukan sahaja untuk Malaysia juga Indonesia dan Singapore. Setiap tahun MERDEKA akan disambut dengan meriah oleh setiap negara. Erti MERDEKA pasti berbeza untuk Generasi Y dan Generasi X serta Gererasi sebelum itu.
Generasi Y lahir dizaman teknologi, zaman senang, zaman tiada pergolakan jadi pasti cara fikir mereka berbeza berbanding dengan Gererasi X yang lahir dikala Malaysia sedang menghadapi kesukaran. Selepas Merdeka komposisi masyarakat Malaysia memang terasing Melayu tinggal di kampung, Cina tinggal di bandar dan India tinggal di ladang. Klimaks kepada perbezaan ini adalah 13 Mie 1969 berlaku pergolakan antara kaum yang mengorbankan banyak nyawa.
Setelah peristiwa 13 Mei Kerajaan telah melaksanakan berbagai polisi baru untuk merapatkan perbezaan yang terlalu ketara antara kaum Bumiputera dan kaum-kaum lain. Berbagai SUBSIDI diperkenalkan untuk membantu Bumiputera antaranya biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti dan subsidi pertanian. Kerajaan juga memperkenalkan kota khas bumiputera untuk berbagai bidang. Selepas tragedi 13 Mei lahirlah FELDA, FELCRA, RISDA dan lain-lain badan kerajaan yang berfungsi membantu Bumiputera. Matlamat utama adalah untuk mencapai 30% ekonomi negara dikuasi oleh Bumiputera.
Kaum Cina dan India tidak mendapat kelebihan yang diperolehi oleh Bumiputera. Mereka perlu berusaha keras untuk terus menguasai semua bidang samada ekonomi dan pembelajaran. Asbab dari itu kaum Cina menjadi kaum yang mempunyai daya tahan dengan budaya kerja kuat yang sebati dalam diri boleh melalui segala rintangan dengan tabah.
Bumiputera sehingga hari ini masih bergantung dengan subsidi. Subsidi yang sepatutnyanya menjadi pencentus motivasi untuk menjadi bangsa yang lebih berjaya tetapi menjadi asbab kepada budaya negatif yang berakar umbi. Sebahagian kecil orang Melayu yang memanafaatkan subsidi secara positif menjadi contoh kejayaan. Sebilangan besar orang Melayu pulak hidup bergantung dengan subsidi tanpa perlu berusaha keras untuk menjadi insan yang lebih berjaya.
Berapa ramai orang Melayu yang menjual baja, disel, lembu, kambing, benih dan macam-macam lagi yang mereka perolehi daripada subsidi. Lambat je dapat subsidi mesti bising satu dunia. Lebih malang sekarang subsidi menjadi buah tangan politik.
Ramai yang tanya aku kenapa Melayu Malaysia lemah. Jawaban peribadi aku kerana SUBSIDI. Subsidi sudah menjadi HAK orang Melayu bukan KEMUDAHAN seperti sebelumnya. Subsidi menjadikan orang Melayu lemah tidak berusaha 100 peratus seperti kaum Cina. Subsidi membina budaya manja yang tidak mempunyai daya tahan kerana di dalam minda bawah sedar sudah tertanam fikiran sebarang kesukaran ada Kerajaan yang akan membantu. Akhirnya subsidi akan meruntuhkan Bangsa Melayu suatu masa nanti.
Malaysia memang sudah MEREKA 55 tahun tetapi adakah orang Melayu sudah Merdeka selagi bergantung pada SUBSIDI.
TETAPI ….
Pemimpin Melayu yang mana berani menarik balik SUBSIDI.
(Di negara mana di Dunia ada banyak SUBSIDI seperti di Malaysia?)
292 Comments
Berilah bantuan subsidi sekadar Mly mampu lakukan, takut nanti tanpa subsidi, kerajaan sekarang akan jatuh, siapa yg akan bertanggungjawab.
Dimana lagi nak diberi bantuan jika tiada subsidi.Rekod pemerintah sekarang semakin menyakinkan. Semoga janji ditepati betul betul ditepati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Saya salah seorg yg berpendapatan sederhana rendah, pasti memerlukan, jika anda semua dah berjaya/kaya alhamdulillah, kadang2 yg ada duit ni, dia cakap lain sikit, tidak spt yg miskin, siapa mahu dengar dgn rintihan hidup mereka? Siapakah yg mahu mendengar setiap detik nadi kesusahan yg ditanggungnya? tiada siapa yg mendengar?
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Semoga subsidi tidak akan meruntuhkan bansa Melayu kita sendiri,
semoga terus maju dgn subsidi yg diberi yg sebenarnya adalah duit rakyat juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Keaman, kemakmuran, kestabilan, kemajuan dicapai dlm sambutan hai kemerdekaan 1 Malaysia, janji ditepati. Semoga Mly terus majujaya dgn subsidi terus dipertahankan utk yg memerlukannya, tongkat sakti utk org Melayu yg lemah longlai berjalan bersama bangsa yg gagah perkasa.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Ekonomi dah begitu cemerlang, apasalahnya subsidi diberikan utk rakyat yg memerlukan, supaya rakyat tidak dibebani dgn kos keperluan asas.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Sanggupkah rakyat Mly yg sanggup beli gula tanpa subsidi dgn harga RM3.10, tentu mahal bukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Setiap barang dgn harga subsidi, kerajan yg tanggung, Semua barang yg kita beli andaikata tiada subsidi, dimana kita nak ambil kos tersebut utk membelinya. Cth harga gula tanpa subsidi RM2.20 , bila di subsidi jadi RM 2.30, ini bermakna kerajaan tanggung setiap 1kg gula RM0.90.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Salah taip RM3.10 utk gula tanpa subsid, bila disubsidi RM2.30, kerajaan tanggung RM0.90 setiap 1 kg gula.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Sahut segala janji PM kita, adakah janji beliau akan ditepati, kita tunggu dan lihat.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Subsidi memberikan taraf ekonomi tidak ketinggalan jauh kebelakang dgn bansa2 lain di Malysia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
S – Sumbangan kerajaan utk rakyat Malaysia.
U – Upama bantuan terus utk yg memerlukan.
B – Bantuan yg mberi ekonomi terus kukuh utk bangsa Melayu.
S – Sumbangan dr hasil bumi Mly.
I – Inilah tongkat sakti bansa Melayu yg sejati
D – Dana nilai saham terus kukuh utk menyaingi dgn bangsa lain.
I – Inspirasi utk rakyat Mly utk terus berjaya di persada dunia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Kita tunggu janji JDT Dato seri terhadap rakyat Mly, adakah akan ditepati.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
kalau subsidi tak salah guna, negara akan lebih maju. insyaAllah
Curahan rasa Amar @ ..10 entri terbaik Denaihati
Betul tu, JDT harus ditepati, subsidi harus diguna sebaik mungkin utk rakyat yg memerlukan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Banyak janji ditepati sedang diucapkan oleh Dato Seri Najib utk rakyat Mly.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Bantulah rakyat Malaysia yg memerlukan, gunakan subsidi dgn sebaiknya, tak usah ditarik, memang ia tongkat sakti bangsa Melayu, tanah air tanah melayu negara air sendiri.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Bantuan daripada kerajaan adalah duit rakyat Malaysia juga, hasil drps bumi Malaysia, minyak, pertanian dan nelayan.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Bulan Kemerdekaan : Kenapa Rakyat Malaysia Dingin Kibarkan Jalur Gemilang?
Comments are closed.