Assalamualaikum dan salam sejahtera, dua hari lepas ketika Abang Denaihati singgah di toilet RnR Senawang dalam perjalanan pulang dari Simpang Renggam, terlihat seorang pak cik jangkaan umurnya melebihi 55 tahun. Bekerja sebagai pencuci toilet, memang tidak hina malahan rezeki yang lebih halal daripada kebanyakan insan lain.
Cuma terfikir adakah Abang Denaihai juga terpaksa bekerja kuat ketika berusia begitu. Semuanya kita sendiri yang menentukan kerana apa yang berlaku kepada kita di masa hadapan bukan kebetulan. ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya yang merancang dengan baik masa hadapan.
Kalau sekarang kita merancang dengan baik insyaa Allah pada usia tua kita boleh fokus pada aktiviti ibadah yang sesuai dengan usia bukan lagi membanting tulang untuk meneruskan kehidupan. Kepada rakan-rakan yang muda biar susah semasa muda asalkan senang di masa tua nanti. Memang benar pepatah orang tua, “susah-susah dahulu, senang-senang kemudian”.
Pantun daripada blogger dan pakar Hartanah Malaysia saudara AbangEnsem.com di bawah ini boleh dijadikan panduan.
RUMAH ITU SIMPANAN
Semalam aku bertemu dengan rakan lama.
Tegap orangnya walaupun berusia.
Mengadu akan keluh kesahnya.
Tiada simpanan walaupun sesen cuma.
Aku yakin beliau tidak keseorangan.
Ramai lagi berkongsi angan-angan.
Berangankan hajat memiliki simpanan.
Hakikatnya perbelanjaan melebihi pendapatan.
Usia mudaku turut tidak terkecuali.
Nasibku baik bertemu Azizi Ali.
Belilah rumah nasihat diberi.
Sebagai ganti simpanan sendiri.
Asalnya berpinar cuba memahami.
Akan nasihat yang telah diberi.
Akhirnya faham setelah diselidiki.
Rumah dibeli berkali-kali.
Awalnya dibeli dengan duit sendiri.
Pantas dan tuntas penyewa dicari.
Kerana merekalah sebagai pengganti.
Menukarkannya ke aset dari liabiliti.
Apabila hutang berlalu pergi.
Barulah tenang rasa di hati.
Simpanan yang besar semakin dinikmati.
Ditambah dengan nilai hartanah yang tinggi.
Orang muda jangan sekadar memandang sepi.
Nasihat sebegini jarang anda dengari.
Mulakan tindakan sedari saat ini.
Agar tidak menyesal di kemudian hari.
– AE –
Bertindaklah sekarang sebelum menyesal kemudian hari. Jangan lupa baca juga artikel yg tersenarai di bawah banyak faedahnya dan share kalau bagus.
41 Comments
Kena merancang dari sekarang mengenai simpanan untuk masa depan kita bagi jaminan untuk kita.
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya yang merancang dengan baik masa hadapan. memang setuju sungguh dengan ayat nih…
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya yang merancang dengan baik masa hadapan. setuju sgt dengan ayat nih…
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya yang merancang dengan baik masa hadapan. memang setuju dengan ayat nih….
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
lebih baik penat sekarang.. 10 tahun lagi siapa tahu macam mana nasb kita
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sinopsis Lara Terindah di Tv3
Bersusah-susah dahulu.. bersenang-senang kemudian… baru lah boleh kita menikmati nikmatnya di kemudian hari.
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
betul jugak tuh, fikir fikir bimbang juga hari tua kalau duduk kat bandar bandar. Kalau kat kampung ok lagi la.
kena buat sesuatu ni.
Curahan rasa encikarman @ ..Bayaran dari program jobdirumah July 2016 – RM750
masa muda ni la kita perlu kerja keras cari bekalan ketika tua nanti. kederat ketika tua dah lain dah
Curahan rasa nikkhazami @ ..Fakta Menarik Pokemon Go
Gunakan masa sihat ini untuk “bekalan” ketika kita sakit nanti. perlu harus sentiasa beringat.
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
dalam maksud abg Ensem..pantun yang ensem..semoga makin ramai anak muda makin sedar..masih belum terlambat.
Curahan rasa JMR @ ..What Can Children Remind Us?
memang biasalah hutang menyebabkan orang akan rasa runsing..
sebab itu kalau hutang dah selesai maka hati akan jadi tenang..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Main Pokemon Go Atau Aplikasi Buat Duit
Bila berhutang nih, kita akan sentiasa di belenggu dengan perasaan takut… takut sebab nak carik duit nak bayar utang…
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
Nasihat yang berguna daripada AE amat berguna. Buat simapan sebaiknya waktu muda.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Di Rumah Yang Boleh Dipercayai
semua kita patut ambik serius perkara ini..bila dah tua baru akan rasa dan menyesal..
pada ketika tidak berguna lagi
Curahan rasa mrhanafi @ ..Main Pokemon Go Atau Aplikasi Buat Duit
Bila dah tua, ada simpanan, anak2 dah berjaya… kita boleh tumpukan perhatian kepada amal ibadat tanpa nak risau apa2 masalh dah..
Curahan rasa Supernifz @ ..Perkara Yang Perlu Diketahui Oleh Bakal Ibu Apabila Kontraksi Bermula
Kena ready gak. Cuma tinggal brp tahun lagi & then pencen. Kalau tak cukup simpanan, aduh susah jugak nanti.
Curahan rasa Ismail N @ ..Panduan Pokémon Go Malaysia
eh biar betul ni.. takkan dah dekat nak pencen dah kot?
Curahan rasa anuar @ ..[RAHSIA] Sebenarnya saya Tak pandai Buat Laman Web!
yup betul tu..kite merancang apa yang kita nk untuk masa depan kita.
Curahan rasa ahmad hasif @ ..18 tips Pengurusan Kewangan Peribadi
Merancang lebih baik dari tidak merancang. Biar susah dulu. Jangan bersusah kemudian. Bagus tips yang diberikan AE.
Curahan rasa Jobdirumah Buat Duit @ ..Kerja Sambilan Di Rumah Yang Boleh Dipercayai
Blog merupakan hartanah maya yg boleh dijadikan sebagai salah satu aset untuk pelaburan hari tua nanti..
Curahan rasa anuar @ ..[RAHSIA] Sebenarnya saya Tak pandai Buat Laman Web!
Rasa nak balas jer pantun Abang Ensem tu.. tapi tunggulah kena cari masa yg sesuai..
Curahan rasa anuar @ ..[RAHSIA] Sebenarnya saya Tak pandai Buat Laman Web!
Ya betul.. saya setuju.. anak muda sekarang perlu bekerja keras sebagai persiapan menempuhi hari tua..
Curahan rasa anuar @ ..[RAHSIA] Sebenarnya saya Tak pandai Buat Laman Web!
Comments are closed.