Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
“Journey of Faith – A Traveller’s Guide” adalah program tahunan yang dijalankan oleh Akademi iMuslim. Program ini dijalankan selama 6 hari dan para peserta kursus akan melalui proses pembelajaran secara intensif dan komprehensif. Peserta kursus akan didedahkan kepada tema dan tajuk yang berbeza sebagai subjek penting setiap tahun di mana tajuk-tajuk ini akan disampaikan semasa 6 hari berkursus bagi meningkatkan intelektual dan spiritual peserta.
Inilah masanya untuk kita habiskan masa dengan ulama antarabangsa untuk belajar, berbincang, dan mendapatkan manfaat daripada kehebatan ilmu mereka sehingga bakal membuatkan kita berasa sukar untuk menamatkan program ini. Program ini juga akan membolehkan para peserta untuk membina rangkaian perhubungan dengan peserta-peserta lain yang hadir sewaktu mengambil bahagian dalam perbincangan, sewaktu sesi soal jawab dan lain-lain.
Tema untuk program “Journey of Faith” pada tahun ini adalah rukun Syahadat dan prinsip-prinsip Tauhid. Dalam hadith Rasulullah salallahu’alaihi wasallam, baginda meminta umatnya untuk hidup di dunia ini sebagai pengembara; lantaran itu, kita seharusnya faham bahawasanya destinasi utama kita adalah akhirat, yang mana menjadikan Aqidah dan prinsip-prinsip Tauhid, ‘panduan’ kita ke destinasi akhirat.
[box type=”shadow”]Dari Ibn Umar r.a., katanya : “Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda : ‘Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara.’
Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati.”
(HR. Bukhari)[/box]
Program ini akan dijalankan di Hotel Everly, Putrajaya pada 9 Disember hingga 14 Disember 2014. Anda semua boleh daftar di laman sesawang www.imuslim.my/jof dan di situ terdapat pelbagai maklumat lanjut mengenai program ini.
Antara penceramah yang akan memberikan ilmu yang cukup bermanfaat kepada semua peserta program Journey of Faith ini adalah:
Sheikh Dr Muhammad Salah
Topik: Foundation Aqidah
Sheikh Dr Ahsan Hanif
Topik: Ulum Quran
Sesi Quran untuk lelaki
Sheikh Abdulbary Yahya
Topik: True Manhaj of a Muslim
Sheikh Shady Al Suleiman
Topik: 99 Names & Attributes of Allah SWT.
Ustadha Salma Shokri
Sesi Quran untuk perempuan
Sessi Tarbiyah Istimewa
Sheikh Tariq Appleby
Sheikh Abdulaziz Ahmed Ateik
Sheikh Zoubir Bouchikhi
Sheikh Dr Isam Rejab
Sheikh Hussain Yee
Pendaftaran
Kos Pembelajaran (termasuk Penginapan + Makanan + Bahan Belajar)
Bilik Seorang – RM 2,000.00 atau USD 700.00
Bilik berdua – RM 1,600.00 atau USD 550.00
Skim pembayaran secara Tunai, Pay Pal, Money Gram, dan Telegraphic Transfer (TT) diterima untuk pendaftaran program Journey of Faith ini.
Bagi sesiapa yang ingin sertai program yang hebat selama enam hari ini, boleh hubungi:
admin@imuslim.my
Nurhadi Zainol
Nombor tel (Whatsapp) – 0166327911
Emel: nurhadi@imuslim.my
Alamat :
4-2-2 Jalan Bazar U8/100, Bukit Jelutong 40150 Shah Alam, Selangor
Laman sesawang @ media sosial
www.imuslim.my
www.facebook.com/imuslimmy
www.twitter.com/imuslimmy
www.instagram.com/imuslimmy
339 Comments
program yg hebat.bagi yang mampu jgn lepaskan peluang hebat ini…
Curahan rasa shamiera osment @ ..Blogger Buat Duit Online
kan kan.. ada orang sanggup terbang dari sarawak untuk join program2 macam ni, kita yang duduk dekat takkan nak lepaskan peluang kot. ye tak?
Curahan rasa Iffah Azhar @ ..Kelas pemasaran online (internet marketing) harga murah tapi HEBAT
Bukan semua orang berkemampuan walau pun memang teringin sangat nak pergi..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Betul tuh.. peluang macam nih bukannya selalu ada.. panel2 jemputan dah bertaraf antarabangsa dah tuh.. pasti berbaloi2..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Hebat program seperti ini. Boleh dapat banyak ilmu dari penceramah yang hebat ni. Jangan lepaskan peluang yang ada ini ya.
Curahan rasa Sally Yatiey @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Tengoklah penceramah yang hadir, semuanya hebat2 belaka. Insya Allah banyak ilmu yang dapat kita peroleh
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Majlis2 ilmu sebegini perlu diperluaskan dan diperbanyakkan.. boleh juga jemput ulama2 tempatan yang terkenal.. pasti akan mendapat sambutan hangat..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Penceramah jemputan banyak dari luar negara, kira bertaraf antarabangsa jugalah program nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Bukan calang2 speakers dalam program nie ya. Mudah2an banyak ilmu n hikmah yg boleh dikutip =)
Curahan rasa Oja Samid @ ..Kenapa Kita Perlukan Makanan Anti Radang?
Penceramah2nya dijemput khas.. masing2 punyai kelebihan tersendiri.. bertuahlah siapa yang dapat menyertainya nanti..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
hebat juga program seperti ini.sayang kalau ktia lepaskan peluang.banyak ilmu yang bakal kita perolehi dalam program inj
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4)
yang hadir pun bukan calang calang orang ni. bila lagi nak jumpa ulama antarabangsa
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul tuh.. penceramah2 jemputan bertaraf antarabangsa nih pasti akan memberikan sesuatu kelainan dan pastinya berbaloi..
Bagi yang berkesempatan, memang patut hadirkan diri. Dapat kongsi ilmu dengan kawan2 lain yang tak dapat join
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Bagus juga kalau yang dah pergi tuh nanti dapat berkongsi apa yang dipelajari dalam program ni dengan yang lain..
Kalau lah bayarannya lebih rendah, mungkin lebih ramai lagi yang mampu sertainya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Program musyawarah yang bagus untuk meningkatkan pengetahuan dan mengetahui cabaran umat islam masa kini. Semoga berjalan dgn lancar hendaknya.
Curahan rasa Relaks Minda @ ..Pameran MAHA 2014 – Agroteknologi Pemangkin Transformasi
semoga ramai yang hadir khususnya dari kalangan belia. sebabgolongan ni jarang hadir ke majlis agama
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Sekarang majlis2 ilmu sebegini juga dah mendapat sambutan dari golongan2 belia.. kena diperbanyakkan lagi program2 sebegini..
Remaja sekarang pun makin sedar tentang kepentingan ilmu agama, lagi2 penceramah moden yang tahu cara untuk pikat hati orang muda
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Betul tuh contohnya macam Ustaz azhar idrus dan ustaz kazim elias.. dua2 punya peminatnya tersendiri..
Harap2nya begitulah.. semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan sepanjang program berlangsung..
Program usrah yang bagus untuk mereka yang mencari-cari kepuasan dalam agama. Mesti ramai volunteer dari generasi muda akan join. In Shaa Allah
Curahan rasa azimah mohd zainuddin @ ..Kepentingan Omega 3 Untuk Ibu Hamil
Seronok bila dapat join volunteer ramai2 dengan kawan. Sambil2 tu dapat ilmu pula! 😀
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Tak tahu lah.. biasanya kalau majlis amal banyaklah volunteer yang akan join..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Betul tuh.. anak2 muda sekarang pun dah semakin ramai yang berminat nak menyertai program2 ilmu macam nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Akhi… Sekiranya engkau meneteskan air matamu atas kepergianku
Dan dengannya engkau menaburi kuburku dengan hening
Maka nyalakanlah bagi mereka obor dari tulang tulangku
Dan majulah dengannya menuju kegemilangan yang menanti
Curahan rasa adna2029 @ ..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Wah.. tiba2 dah bermadah pujangga pulak sis Adna.. apa maksudnya tuh? Sajak ke?
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Akhi… Engkau adalah merdeka walaupun di balik jeruji besi itu
Akhi… Engkau adalah merdeka walau dibelenggu
Bila engkau berpegang teguh kepada Allah
Maka makar manusia tidak akan membahayakanmu
Curahan rasa adna2029 @ ..Segmen 8 Jam Bersama Misya : Siapa terpantas?
Err.. entah sajak apa la yang sis adna sedang baca sekarang nih yer sehingga bermadah pujangga bagai nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
program ilmiah yang pada dan tidak membosankan.jangan lupa rakam ataupun bawa note kecil nanti ya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Cepat Bakar Lemak Perut Dan Peha
bawa buku tu wajib. boleh la catit info atau tips berguna dlm majlis tu nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Kalau pergi sekadar tengok dan dengar jer.. susah ilmu tuh nak melekat.. kena juga salin nota..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
Suka baca blogger-blogger remaja yang selalu kongsi apa yang mereka belajar di program ilmu macam ni 🙂
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Setiap program ilmu yang dianjurkan pastilah tujuannya nak memberi manfaat kepada pesertanya..
Itu sudah semestinya.. apa yang dikongsikan perlu dicatat agar mudah untuk diimbas kembali setiap ilmu yang dikongsikan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
indahnya program ini bila dapat bertemu dengan orang bijak pandai ilmuan segala dapat kongsi bersama
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Buat Jubah Pengantin Muslimah !
Panel penceramah jemputan pastinya seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidangnya..
datu tajuk yang menarik untuk kupas satu persatu pelung tak akan datang lagi sekali
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Cepat Bakar Lemak Perut Dan Peha
Jangan terlalu berharap peluang akan datang untuk kedua kalinya.. peluang yang ada kalau boleh grab, grab ler..
ini kursus lakukan dalam bentuk ceramah bahasa arab ke melayu ya boleh bagi penjelasan lebih
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cahayacinta Layan Geram Homemade Resepi Cendol Melaka
Betul juga tu. Biasanya bahasa Inggeris, apa2 pun seronok juga sesekali dengar bahasa orang & dah tentu ada penterjemah
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
kalau dah penceramahnya bertaraf antarabangsa, kena lah buat dalam bahasa inggeris.. kalau tak nanti penceramahnya ternganga pulak tak faham..
Rasanya lebih kepada bahasa inggeris kot sebab panel penceramah jemputannya dari luar negara..
Memang besh kalau dapat join nih…. Kalau ada kawan-kawan yang kesempatan leh aaa join nih…. banyak ilmu leh dapt nih….
bayaran boleh tahan mahalnya juga pada ada itu boleh selam ilmu banyak -banyak ya
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Buat Jubah Pengantin Muslimah !
walaupun mahal, tapi saya rasa ia memang berbaloi dengan ilmu yang bakal peserta dapat nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul tuh.. kos tuh dah termasuk semua.. penginapan, makan minum selama 6 hari dan juga panel penceramah antarabangsa..
Mahal pun mungkin sebab jangka masa yang agak panjang. Selain duit, bagi yang dapat luangkan masa, mmg patut join
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Betul tuh.. kalau ada kemampuan dan kesempatan memang patut join majlis ilmu sebegini..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Kalau dapat join bersama kawan2 lagi ler meriah.. takder la segan sangat.. sama2 mendapat manfaatnya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Syria International Friendly 12 November
semoga info ini sampai kepada mereka memerlukan dan orang yang cintakan ilmu..memang terbaiklah kalau dapat pergi
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Cara Terbaik Untuk Kekal Bermotivasi
allah akan permudahkan urusan mereka yang dahagakan ilmu agama contohnya yag nak pergi ke majlis mcm ni
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Betul tuh.. segalanya kena bermula dengan niat.. niat yang baik pasti akan dipermudahkan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Insya Allah, Allah akan permudahkan usaha sesiapa yang ingin mencari ilmu
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Betul tuh.. semuanya bermula dari niat yang baik.. pasti akan dipermudahkan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Orang yang cintakan ilmu pasti dahagakan majlis2 ilmu macam nih.. pasti ada jalan untuk sertainya..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
bagus program-program macam ini, dapat meningkatkan kefahaman dan pengukuhan dalam diri kita
Curahan rasa siti hazreen @ ..Program Persediaan Diploma Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) 2015
semoga lebih bnyk lagi program ilmiah macam ni diadakan. lebih baik dari konsert yang tah apa2
Curahan rasa nikkhazami @ ..Blogger Buat Duit Online
Betul tuh.. sepatutnya program macam nih yang perlu diperbanyakkan untuk anak muda generasi sekarang dan bukannya konsert hiburan yang melalaikan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Harga pun lagi berpatutan dari konsert. Sesekali apa salahnya kan, bawa anak2 semua pergi, mesti seronok
Curahan rasa Rara Zack @ ..Blogger buat duit online
Konsert2 hiburan yang melalaikan anak2 muda memang sepatutnya dikurangkan atau dihentikan terus.. sebaliknya digantikan dengan program2 ilmu macam nih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Majlis2 macam nih pun dah semakin mendapat tempat di hati masyarakat kita sekarang nih.. ini perkembangan yang bagus..
Curahan rasa UpProfits @ ..Malaysia vs Myanmar AFF Suzuki Cup 2014
Comments are closed.