Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, untuk pertama kali Blogger Melastik Bintang yang terkenal dikalangan rakan blogger sebagai blogger parenting diberi ruang untuk berkongsi tips blogging di sini. Kemahiran teknik berblog secara online dan offline mesti ada untuk semua blogger tanpa mengira niche. Jom lah kita baca apa yang nak disampaikan oleh MB.
Ranking Alexa merupakan perkara yang sering menjadi topik bualan blogger selain berbicara tentang SEO, Wordpress, Wordpress Security, Content Post dan pelbagai lagi isu tentang teknikal blog. Bagi aku ranking Alexa penting dalam menjenamakan dan memantapkan lagi blog anda dan adakalanya ranking Alexa ini memberikan impak yang besar terhadap para pengiklan di luar sana.
Aku masih ingat lagi seawal aku mula-mula melibatkan diri di dalam blogging, apa yang sering aku lihat di blog blogger blogger, di laman media sosial dan malah perbincangan di luar juga akan menyentuh isu ranking Alexa. Waktu itu aku masih lagi segar dalam dunia blog profesional dimana aku masih kurang memahami apa itu ranking Alexa. Persoalannya ialah penting ke ranking Alexa ni? Bagaimana hendak menaikkan ranking Alexa ? Untuk mendapatkan jawapan tersebut, blog denaihati.com juga ada berkongsi bagaimana hendak meningkatkan ranking Alexa di Malaysia.
Siapa Alexa
Alexa merupakan pembekal terkemuka web metrik global yang percuma. Carian Alexa adalah untuk mencari laman web yang paling berjaya di web dengan kata kunci, kategori, atau negara. Sumber dari Alexa.
Daripada definisi tersebut dan bantuan penerangan dari rakan rakan blogger yang lain aku mulai faham maksud sebenar ranking Alexa secara teori dan praktikalnya. Bermula dari saat itulah aku mula berusaha untuk menaikkan ranking Alexa blog aku untuk mencapai tahap yang lebih baik. Pelbagai teknik sudah aku aplikasikan pada blog aku untuk melihat hasilnya. Alhamdulillah setelah beberapa bulan melakukan beberapa teknik, tahap ranking Alexa blog aku mula menunjukkan sesuatu yang positif. Ranking Alexa blog aku pernah mencapai 400 ke bawah di dalam Malaysia. Di bawah aku kongsikan beberapa teknik untuk mendapatkan bacaan Alexa yang baik.
Semak Ranking Alexa Blog Anda
Bagaimana menaikkan Ranking Alexa blog :
1. Gunakan Alexa Toolbar Pada Blog Anda
Alexa hanya memfokuskan pada laman-laman web yang berada di bawah pemantauan mereka, menfokuskan bermaksud diutamakan berbanding blog yang tidak menggunakan widget Alexa Toolbar. Tidak bermakna jika anda tidak menggunakan Alexa Toolbar tersebut, blog anda tidak dipantau Alexa. Tujuan utama memasang widget Alexa Toolbar ini adalah supaya Alexa dapat mengesan kedudukan blog / laman web anda. Anda boleh muat turun di Alexa Toolbar.
2. Memberi Backlink Kepada Alexa
Wujudkan pautan balik (backlink) ke Alexa dengan menulis tentang Alexa dan membuat post di blog anda seperti apa yang aku lakukan dalam artikel Kenali Alexa. Pelbagai jenis topik atau informasi yang anda boleh ceritakan. Seperti apa yang aku lakukan dahulu dimana aku menceritakan beberapa perkara yang kita boleh dapat dari Alexa, jangan lupa juga selitkan pautan balik (backlink) di dalam artikel anda. Secara tidak langsung dapat mendekatkan blog anda dengan Alexa.
3. Perlu Mengemaskini Blog Anda
Kekerapan menghasilkan artikel dalam blog anda amat memberi kesan kepada kedudukan Alexa blog anda. Ada yang turut mengatakan kekerapan menghasilkan artikel di blog juga mempengaruhi tahap ranking blog anda. Pada pandangan aku jika anda mengemaskini blog anda dengan kerap, anda akan mendapat kedudukan ranking yang lebih baik, tetapi sebagai blogger anda harus memahami konsep ranking Alexa iaitu jika sekali ranking Alexa anda turun ( Nilai membesar), agak sukar juga untuk menaikkannya kembali ( Nilai mengecil).
Apa yang aku pernah alami dahulu telah membuktikan bahawa memang benar kekerapan kita menghasilkan artikel di blog mempengaruhi tahap ranking Alexa. Salah satu cabaran bergelar blogger ialah bagaimana anda hendak mengekalkan momentum menghasilkan artikel setiap hari. Blog denaihati.com juga menjadi rujukan aku , kerana blog ini dapat meningkatkan ranking Alexa dengan cepat dan mengekalkan prestasi yang baik dengan melakukan beberapa cara tingkatkan ranking alexa .
4. Menulis Artikel Yang Berkualiti
Faktor ini juga memberi kesan kepada ranking blog anda, artikel yang berkualiti dan mempunyai isi kandungan yang unik dapat membantu anda untuk mendapatkan kedudukan ranking Alexa yang baik. Jangan biasakan menulis seperti ‘Melepaskan Batuk Di Tangga‘ sahaja kerana setiap penulisan mencerminkan identiti dan sikap anda sebagai blogger dan penulis. Ambil masa untuk menulis sesuatu artikel dan kalau boleh lakukan kajian, cari maklumat tambahan sebagai bahan penulisan artikel kita nanti. Pendek kata persediaan sebelum menulis amat penting untuk menghasilkan artikel yang bermanfaat.
5. Optimasikan Media Sosial Anda
Banyak kelebihan berkongsi artikel anda di rangkaian media sosial seperti Facebook, Instagram, Digg, Stumbleupon, Twitter, Linkdin dan lain-lain. Ia bukan sahaja akan membawa sejumlah besar trafik ke blog anda, tetapi juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan ranking Alexa anda. Gunakan juga teknik variasi dalam menghebahkan artikel anda di media sosial seperti teknik Video Sharing,Photo Sharing, RSS Feed,Chat Room, Forum atau anda boleh membuat satu aplikasi blog anda menggunakan Android atau iOS seperti Aplikasi Android dan iOS Denaihati .
Klout juga memainkan peranan penting dalam cabang media sosial kerana sesetengah pengiklan memandang kepada nilai Klout anda. Aku pernah berurusan dengan pengiklan yang mengutamakan nilai Klout blogger, semakin tinggi Klout anda semakin tinggi bayaran yang anda bakal terima. Klout merupakan salah satu saluran media sosial yang mengukur betapa kuatnya pengaruh media sosial anda. Tidak dinafikan 60% jumlah trafik blog adalah datangnya dari Media Sosial.
In Syaa Allah, jika dipraktikkan teknik di atas bacaan ranking Alexa blog anda akan menunjukkan bacaan yang baik. Banyak lagi teknik yang boleh diamalkan oleh blogger dan jika ada peluang lagi aku akan kongsikan dengan pembaca. Lain orang lain cara yang diamalkan, tetapi inilah cara yang aku amalkan sehinggalah ranking Alexa blog aku pernah mencapai 388 di dalam Malaysia dalam masa yang singkat. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu pembaca dan blogger di luar sana.
160 Comments
Menarik. Nak2 tips no 2. Tulis ttg alexa. Belum pernah buat. Nampaknya , nak kena tulis lepas ni.
Terima kasih bro MB!
Curahan rasa hafizmd @ ..Dah Baca Buku Denaihati?
wahhh, terbeliak juga biji mata…kene study betul-betul ni 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..Cara Terbaik Habiskan Masa Lapang | Hari #24; Cabaran 30 Hari Entry
Perkongsian yang berguna ini DH. Banyak kena belajar lagi untuk maju dalam dunia blog ini.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Semakan Penempatan Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014
kalau main advertiser luar first thing dia tgk ialah alexa. second ialah page rank yang ketiga ialah kualiti backlink. So siapa nak main USD pastikan 3 benda ni anda master 🙂
Curahan rasa Bean Moreno @ ..Siapa Kata Trafik Blog Sikit Tak Boleh Buat Duit?
Macam-macam lagi yea. Banyak kena belajar ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Semakan Penempatan Pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 11/2014
terima kasih bro berkongsi tips….3 benda penting nak kena belajar…
Curahan rasa hafizmd @ ..Dah Baca Buku Denaihati?
Terima kasih atas perkongsian ni..ada la juga part2 yang selalu jer buat..dah hasilnya menjadi..hehe
Curahan rasa Pondok Papan @ ..Cara Buat Duit Dari Rumah
terbaik perkongsian tentang Alexa ni,setuju dengan semua tips tu
Curahan rasa wazy @ ..Formula Pantas Seru Rezeki
Jadi seperti itu toh gan… Sedang untuk menaikkan visitor gimana…?
Curahan rasa budidaya lele @ ..Cara Budidaya Ikan Lele Di Kolam Terpal
Mungkin dengan menaikan pengunjung juga berpengaruh gan…
thank infonya,,..
setuju dengan input yang diberikan, memang itulah cara untuk menaikkan ranking di alexa
Curahan rasa Juan @ ..Cara Membuka Perniagaan Perusahaan Cendawan
Satu ilmu yang baru.Terima kasih DH 🙂
Curahan rasa Sayang Hati Dot Com @ ..3 Zikir Ringan Dijanjikan Masuk Syurga Tetapi Sangat Sedikit Yang Beramal
Setuju dengan apa yang diutarakan..insyaAllah..ada juga satu dua teknik yang saya tak tahu, tak pernah cuba nanti boleh saya praktikkan..terima kasih MB…
Curahan rasa Hafizul @ ..Duit Gaji Tak Pernah Cukup???
Tahnks DH & Melastik Bintang. Antara teknik yang diparktikkan…Alhamdulillah ranking Alexa Blog Santai semakin baik..tapi nak maintain memang sukar..A lot of hard works..
Curahan rasa Raudzah @ ..GA Mac 2014 By Emas Putih
saling tukar link juga bermanfaat untuk menaikkan pagerank 😀
Bagusnya info..CN pernh tukar domain n rankg alexa terus mmbesar..tp lps buat beberapa kaedah mcm kat ats..alhmdulilah..rankg smakin mengecil 😉
Satu perkongsian yang menarik. Alhamdullilah alexa dah makin meningkat. Sekarang nak aim rank bawah 1juta. Dalam 2,3 hari lagi insyaAllah tercapai. 🙂
Curahan rasa TrendMalaya @ ..Syamsul Yusof Tidak Ingin Dedahkan Percintaan Dengan Puteri Sarah Liyana
Comments are closed.