Dalam dunia bisnes, ramai orang keliru antara marketing dan selling. Ramai yang fikir kedua-duanya sama, sedangkan hakikatnya mereka saling melengkapi tetapi berbeza peranan.
Marketing adalah tentang membina kepercayaan.
Bayangkan kita nak buka pintu hati pelanggan. Marketing ibarat mengetuk pintu itu dengan penuh sopan tunjukkan nilai, kebaikan, dan sebab kenapa mereka patut percaya. Dari cara kita bercerita, testimoni yang kita paparkan, sampai kepada branding yang kita tonjolkan, semuanya adalah langkah untuk menanam keyakinan.

Selling pula menggunakan kepercayaan itu.
Apabila pintu hati pelanggan sudah terbuka, selling bertugas untuk melangkah masuk. Selling bukan tentang memaksa orang membeli, tetapi tentang membantu mereka membuat keputusan dengan yakin. Tanpa kepercayaan, jualan jadi sukar. Dengan kepercayaan, proses close jadi mudah.
Inilah kunci: Bisnes yang hebat bukan sekadar pandai menjual, tetapi pandai membina percaya.
Bisnes AI 24/7: Raih Pendapatan Global Tanpa Had, Eksklusif Di Mega Preview 2025!
Kalau kita fokus pada marketing semata-mata tanpa selling, pelanggan mungkin suka tapi tak membeli. Kalau hanya fokus pada selling tanpa marketing, pelanggan akan rasa tertekan dan ragu-ragu. Kedua-duanya mesti berjalan seiring.
Sebagai usahawan, jadikan marketing sebagai jambatan kepercayaan, dan gunakan selling sebagai jalan untuk membantu pelanggan mencapai apa yang mereka mahu. Bila mindset ini tertanam, kita bukan saja dapat jual produk, tapi juga membina hubungan jangka panjang yang penuh nilai.
- Penerangan Istilah ‘Marketing’ Kepada Para Pelajar
- Wanita ini kongsikan untuk usahawan bagaimana uruskan file wajib dengan betul dan tersusun
- Senarai 10 individu paling kaya di Malaysia menurut Forbes
- 2 juta belia layak tebus kredit RM150 melalui program eBelia
- Tiga Pulau popular di Thailand bakal dibuka kepada pelancong asing













