Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sepanjang menulis blog sejak tahun 2008, AKU memang lebih mempromosi blog Denaihati daripada promosi diri. Tidak juga merahsiakan diri kerana sudah ramai Blogger yang telah bersua di Majlis eQurban dan Test Drive Honda. Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge mengubah segalanya kerana semua pembaca setia blog Denaihati berpeluang menonton wajah sebenar Founder Denaihati.
Untuk julung kalinya video Founder Denaihati ditontonkan di blog Denaihati (terima kasih semua yang sudi menonton video, klik LIKE dan tinggalkan komen).
Masih ingat lagi entri debaran hati 8 Blogger Malaysia dan Singapore untuk menjalankan pengambaran Toshiba Intel Ultrabook Challenge. Toshiba Intel Ultrabook Challenge memang mencabar minda dan daya tahan. Daripada awal pagi hingga awal malam berkampung di Country Heights memang meletihkan kepada yang tidak biasa menjalankan pengambaran secara profesional. Suatu pengalaman yang menyeronokan dan banyak ilmu kualiti diri yang boleh dipelajari seperti menepati waktu, taat dengan program yang telah ditetapkan dan tidak mementingkan diri sendiri.
Toshiba Intel Ultrabook Challenge bermula di awal pagi dengan outdoor game. Pemainan pertama ini memang unik di mana Blogger perlu bermain Ping Pong dengan menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook. Mendebarkan sebab dah lama tak main Ping Pong tapi lebih mendebarkan menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook sebagai bat Ping Pong. Bermain sehingga peringkat separuh akhir tewas kepada Blogger Badang Perkasa Ben Ashaari dan pada pemainan penentuan 3/4 menang tempat ke tiga menewaskan Blogger Cun Malaysia Nicole Tan.
Pada awal permainan memang agak kekok bermain ping pong menggunakan Toshiba Portege Z830 Ultrabook tetapi semakin lama terasa ringan dan tidak terasa bermain menggunakan Ultrabook. Bermacam aksi Blogger lakukan untuk menang lagak pemain ping pong profesional tak percaya saksikan video Toshiba Intel Ultrabook Challenge – Ping Pong Challenge di DenaihatiTV. Selepas game ini memang aku yakin Toshiba Portege Z830 Ultrabook bukan sahaja ringan tetapi mempunya daya tahan yang tidak ada pada kebanyakan laptop yang lain.
Toshiba Intel Ultrabook Challenge permainan pertama indoor ala-ala treasure hunt di mana Blogger perlu mencari lapan buah Toshiba Ultrabook Portege Z830 yang disembunyikan dalam sebuah bilik dan perlu menyambungkan tiga Toshiba Ultrabook ke tiga port berbeza iaitu LAN, HDMI dan VGA dalam tempoh 120 minit. Toshiba Intel Ultrabook Challenge – Treasure Hunt Challenge memang sangat mencabar minda dan kepantasan membuat keputusan. Bukan mudah nak mencari Toshiba Portege Z830 Ultrabook dengan ketebalan 15.9mm dicelah-celah buku, majalah dan perabot bilik. Bila tengok kembali video Toshiba Intel Ultrabook Challenge – Treasure Hunt Challenge kelakar pulak masing-masing lintang pukang kehulu dan kehilir mencari Toshiba Portege Z830 Ultrabook sehingga ada yang terlupa nak sambung port yang disediakan.
Alhamdulillah aku dapat menyempurnakan tugasan dengan baik dan mendapat mata paling tinggi. Daripada game ini memang ternyata Toshiba Portege Z830 Ultrabook sangat nipis dan ringan sehingga aku tidak dapat mencari tiga buah yang hanya diletak dicelah majalah di atas meja dan di dalam beg sekolah yang ditolak begitu sahaja. Satu lagi ilmu yang diperolehi port HDMI, LAN dan VGA sangat mudah disambung walaupun dalam masa yang sangat pendek. Kejayaan game ini menaikkan ranking keseluruhan aku ke tangga ketiga.
Toshiba Portege Z830 Ultrabook selain ringan 1.12kg, nipis 15.9mm, kelebaran skrin 13.3 inci dan menggunakan Windows 7 Professional ada satu lagi kelebihan yang ingin dikongsikan dengan pembaca iaitu boleh digunakan untuk charge hand phone tanpa perlu on power. Joom baca pengalaman Blogger Emila Yusof yang tertulis di wall Facebook beliau : “I could not find a socket to charge my hand phone. So what I did was, take out my Toshiba Ultrabook from my handbag (yes, it fits in my big handbag) and use it to charge my phone using phone USB cable. Yes, Ultrabook does that while on its sleeping mode. How cool is that?!!”
Tunggukan entri akan datang pasti lagi banyak kisah menarik sepanjang menjalankan pengambaran Mark of Perfection – Toshiba Intel Ultrabook Challenge. Pasti semua nak tahu adakah semua Blogger dapat Toshiba Portege Z830 Ultrabook yang kami uji guna ini?
This post is brought to you by Toshiba and Intel. Join the conversation on the Toshiba Portégé Z830 Ultrabook, Inspired by Intel at www.facebook.com/ToshibaNotebookPC.
250 Comments
Bukan sekadar membaca entri dia saja,
Harus mengikut setiap langkah dengan betul juga,
Supaya bukan saja kita ingin pelajari lebih ceria,
Tapi dapat lebih dikenali sesama teman bersama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Ini salah satu jalan yang perlu dilakukan kita,
Mengikuti setiap perjalanan DH kita sayangi bersama,
Bukan sekadar membaca entri dia saja,
Harus mengikut setiap langkah dengan betul juga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Dapat memberi satu inspirasi kepada kita,
Kalau nak berjaya kena ikut gaya style dia,
Ini salah satu jalan yang perlu dilakukan kita,
Mengikuti setiap perjalanan DH kita sayangi bersama.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Kerana pertandingan ini banyak maknanya,
Menjadi lebih dikenali di mata dunia,
Dapat memberi satu inspirasi kepada kita,
Kalau nak berjaya kena ikut gaya style dia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Kepada yang lain yang bertanding bersamanya,
Anda semua juga menyeri lagi suasana blogger di Asia,
Kerana pertandingan ini banyak maknanya,
Menjadi lebih dikenali di mata dunia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Lebih memantapkan lagi aura DH kita,
Untuk terus menyokong untuk selamanya,
Kepada yang lain yang bertanding bersamanya,
Anda semua juga menyeri lagi suasana blogger di Asia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Moga dalam Mark Of Perfection tempat pertama,
Untuk lebih berjaya di seluruh dunia,
Lebih memantapkan lagi aura DH kita,
Untuk terus menyokong untuk selamanya.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Denaihati si blogger berjaya,
Dalam pertandingan ni dapat tempat ketiga,
Moga dalam Mark Of Perfection tempat pertama,
Untuk lebih berjaya di seluruh dunia.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Denaihati si blogger berjaya,
Dalam pertandingan ni dapat tempat ketiga.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Senarai Terbaik 5 Entri Daripada Denaihati Di Google Search Malaysia
Toshiba Intel Ultrabook Challenge,
Memang power bro..lagi pawer je.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Pertama Kali Tersenarai Page 1 Di Search Enjin Google Malaysia mengatasi Denaihati.
macam macam teknologi sekarang ini
Curahan rasa paksu @ ..BACAAN AL QURAN DAN TERJEMAHANNYA – MARI BACA SURAH AL FATH
lagi musim ultrabook. ..
Curahan rasa hot @ ..Foto Cewek Bugil Terbaru
toshiba selalu di depan
Curahan rasa anime @ ..Beelzebub Wallpaper HD
pokoknya intel mank palink bagus. ..
Curahan rasa auni @ ..Mencoba Mencintai Sinar Mentari
Ble tahan juga En Ben kita ye
Curahan rasa Razifred @ ..Model Baru
sama mata dengan denaihati kan?
Curahan rasa boni @ ..[PT1] Sekitar Majlis Sepetang Bersama Blogger Denaihati.com
Comments are closed.