Mangsa Banjir bukan sekadar perlukan bantuan material

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, keadaan status banjir terkini di Malaysia memang menyentuh hati seluruh rakyat Malaysia sehingga berbondong-bondong pertolongan samada menjadi sukarelawan juga sumbangan harta benda serta wang ringgit mengalir tanpa henti. Masa inilah rakyat Malaysia mesti bersatu tanpa ada sempadan politik yang telah digaris selama ini. Cukup-cukuplah kalau kita suka menghentam di laman sosial kerana mungkin orang yang kita hentam itu lebih banyak jasanya daripada kita tanpa kita ketahui.

Terpanggil untuk berkongsi luahan rasa sahabat ku saudara Mu’adz Dzulkefly yang telah turun padang membantu mangsa banjir yang perlu diambil perhatian oleh Datuk Seri Najib Razak dan semua pemimpin politik Islam, NGO Islam, Ustaz, Ustazah dan individu Islam yang berkemampuan.

[box type=”shadow”]

Assalamualaikum

Seruan dakwah di lapangan. Bukan omong kosong atau jemari ucap simpati. Misi.kemanusiaan adalah misi menyeluruh.

MANGSA BANJIR (Kuantan, Kemaman, Johor) KOSONG TANPA INPUT SPIRITUAL.

Di sana memerlukan org yg boleh:

  1. Naik pentas, dan berceloteh santai.
  2. Menjadi pengkuliah yg boleh ingatkan ttg qada qadar dan ayat2 quran ttg musibah
  3. Jika yg brbakat walaupun sekadar bergendang. Palulah utk jadi tarikan anak2 yg mmg duduk saja main kejar2 dan ISI dengan cerita2 seerah para nabi yg org dewasa juga perlu.

KETAHUILAH Allah telah siapkan mad’u paling ramai dan serentak. makanan semua alhamdulillah diuruskan oleh urusetia..stok mknn juga nampak ok. Tapi makanan roh tak ada.langsung. mari cipta imam muda sendiri di klgn kita.mari cipta street busker sendiri. Rawat hati mangsa. Itu yg mrk tak ada. Solat jemaah tak ada.waktu solat hanya penuh dgn kami sukarelawan.

Pohon hubungi NGO yg pergi ke sana dan tawarkan prkhidmatan dakwah ini ATAU atas inisiatif sendiri..hubungi sms staff saya MUZ dibawah utk koordinasi.

banjir di kuantan perlukan sukarelawan

Kalian tau dewan skolah kan. Mmg dah siap pentas. Sound system ada utk announcement. Isilah tanpa tunggu ustaz lain yg datang krn tak ada ustaz yg disitu selalunya. Kita ustaz kerana kita ada didikan agama. Mohon difikirkan. Now its time to pickup the microphone and go. Jika anda mmg ahli misi tertentu juga..terus lakukan ini. Jgn fikir dua kali.

Boleh sms hubungi en Muz 0182810470 jika ada bakat tertentu utk rawat hati dan jiwa mangsa2 dgn gelak ketawa yg bermanfaat. Staff saya akan cuba hubungi NGO lain tawarkn prkhidmatan ini.

Ini adalah usaha peribadi di atas pengamatan hampir sehari suntuk di dewan SK Bunut Rendang..inderpura Kuantan 6-8hb Dec. Misi bawah Global Peace Mission Malaysia seramai 40 org. Bantuan separuh bus kami bawa dan agihkan alhmdlh di Sg Isap. Di kauntan tidak seteruk sebelum ini. Pls get updated msg bukan msg2 hari pertama (Kecauli impak gelombang kedua) . Kami juga sempat basuh and clear/buang perabut2 rosak. Hampir 90% barangan rumah kena buang. Hati mereka remuk. Selain makanan minuman dan tenaga. Jika.dapat dicetuskan spiritualiti. Ia amar bermakna..ujian yg Allah beri ini.

Mu’adz Dzulkefly

Penghibur, Penasyid

Dakwah ‘unconventional’

sumber: www.facebook.com/muadz.dzulkefly.page

Nota : Sudikan mengundi untuk Saudara Mu’adz Dzulkefly “Rindukan Cahaya” untuk carta lagu Ikimfm di SINI dan dapatkan CD terbaru di SINI.

[/box]

Biasa kita dengar sukarelawan profesional di luar negara yang membantu bila berlaku tragedi alam bukan sahaja datang membawa makanan, peralatan dan kewangan tetapi pasti ada pasukan khas untuk merawat jiwa mangsa yang terganggu. Tidak kurang juga biasa kita dengar ada yang membawa pendakwah-pendakwah untuk merawat roh mangsa tragedi yang sedang berduka.

Siapa yang tidak susah hati apabila rumah terendam air habis harta benda yang bukan mudah untuk diganti balik. Usaha dakwah mesti dijalankan di pusat banjir dengan menyediakan surau dan aktiviti dakwah seperti ceramah agama untuk mengisi kekosongan masa ketika mangsa menunggu banjir reda. Bagus juga kalau disetiap pusat banjir ada seorang ustaz dan ustazah yang bertugas untuk mendengar luahan perasaan setiap mangsa banjir. Memang betul banjir ini ujian dari Allah untuk meningkatkan iman hambanya tetapi kalau dibiar begitu pasti hanyut iman kepada mangsa yang tidak ada kekuatan diri.

Semuga Allah memberi kekuatan kepada semua mangsa banjir dan ini bukannya masa menunding jari siapa salah kerana Allah sedang melihat bagaimana hambanya menguruskan ujian yang diberi.

Gambar banjir terkini yang sedang melanda Malaysia

Gambar banjir yang sedang melanda Malaysia

Gambar banjir yang sedang melanda Malaysia

Berita banjir terkini di Malaysia dan Indonesia



Spread the love

67 Comments

  1. Hal-hal seperti banjir ini sepatutnya dilihat sebagai rahmat (blessing in disguise) juga kepada kita. Ia sepatutnya menyatukan rakyat semua utk bersama-sama membantu mangsa-mangsa tanpa mengira asal usul, keturunan, agama dan fahaman politik. Agak dukacita bila ada pihak-pihak yg cuba menangguk ikan di air keruh dalam suasana sebegini. Sama-sama lah kita membantu mereka yang memerlukan di saat ini.
    Curahan rasa Ismail N @ ..Top 10 English Premier League GoalkeepersMy Profile

  2. betul tu tuan. ada yang berjya mengambil pengajaran dan ada juga yang mula menyalahkan.. so, masa ni memang jiwa yang kuat akan bertambah kuat dan jiwa yang lemah bertambah lemah. anak sepupu baru balik dari pahang.. baju pun tak de. sedeyh sangat dengarkan ceritanya. nasib baik rumah maknya kat kelantan ni.. rumah sewa sepanjang tempoh belajar je kat sana. alhamdulillah
    Curahan rasa muja @ ..Mujadafewa, Mastura Rara dan Hazanis BerdatingMy Profile

  3. Dahsyat betul Banjir yang melanda negeri Pahang pada kali ini… Anggaplah ia merupakan salah satu ujian daripada Allah S.W.T kepada hambanya supaya kita dapat sama-sama berfikir tentang kekuasaan Allah yang boleh menarik nikmat yang dikurniakan kepada kita pada bila-bila masa sahaja…

    Apabila difikirkan balik, betul juga apa yang diperkatakan oleh saudara Mu’adz Dzulkefly ini…. Rakyat Malaysia ni memang prihatin… Apabila ada musibah yang menimpa orang lain, ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan… Tetapi tidak ramai yang mempunyai kemampuan untuk berdakwah kepada mereka…
    Curahan rasa Anuar @ ..Penangan Facebook AdsMy Profile

  4. Saya pun turut bersimpati dengan semua mangsa banjir ni , memang menyedihkan apabila ada terputus bekalan makanan dan elektrik serta terpaksa berhimpit-himpit di pusat penempatan sementara . Saya juga bersetuju bantaun dari segi psikologi demi menaikkan kembali semngat mereka yang dilanda musibah banir ini agar dapat meneruskan kehidupan dan tabah serta redha dengan apa yang berlaku .
    Curahan rasa wazy @ ..Contest SEO EridyMy Profile

  5. Sesuatu yang serius DH yang mungkin ramai terlepas pandang. Sebenarnya bila kita ditimpa musibah kita perlu lebih banyak makanan jiwa (ini tak bermaksud bila senang kita lupa ya) kerana inilah masa kita di uji. Dengan harta benda yang musnah bukan sedikit, pastinya mereka memerlukan kekuatan jiwa yang bukan sedikit untuk menghadapi situasi macam ni. Sekurangnya ada pengisian tantang Qada dan Qadar Allah.
    Curahan rasa raudzah @ ..Sistem Pendidikan Malaysia Gagal?My Profile

  6. assalamualikum tuan denai hati, sabtu lepas kami adakan civic awareness di bukit bintang, dan kami bersama team unesco uitm ada buat kutipan untuk pantai timur (mangsa banjir) insyaALLAH secepat mungkin akan hantar ke sana dan saya akan cadangkan tentang apa yang ada di entri ini… sesama kita bantu rakyat malaysia dari segi material dan rohani mereka

  7. bagus juga cadangan macam itu. satu pendekatan yang bagus bagi mendekatkan diri pada yang ESA. Ini membolehkan mereka mendapat kekuatan dalaman. Dengan adanya public speaking, mereka tidaklah terlalu bosan dan dapat input yang baik dari public speaking.
    Curahan rasa Bahrain @ ..Banjir Besar Di Kuantan, PahangMy Profile

  8. Banjir yang sudah berlaku memang ketentuan Allah. Cuma, apa yang diharapkan adalah pada masa depan, perlu kita mengambil langkah-langkah mencegahnya daripada berulang. Alam semakin mengganas dengan bencana lantaran pencemaran yang dilakukan oleh manusia di seluruh dunia.
    Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Kembalikan Bas Mini Kepada RakyatMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!