Skip to content
Denaihati
  • DENAIHATI
  • Islam
  • Semasa
  • Kehidupan
  • Teknologi
  • Travelog
  • Lain-lainExpand
    • Kesihatan
    • Hiburan
    • Sosial Media
    • Ekonomi
    • Blogging
  • Denaisell
Denaihati
  • Teknologi

Mampukah manusia hidup tanpa wang tunai?

  • Picture of admin DHN admin DHN
  • October 15, 2018
Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Duit oh duit.

Itulah yang sentiasa dicari, diburu, dan difikirkan oleh majoriti manusia. Duit memang bukan segalanya tetapi kita kena pandai menilai dan menghargai. Bila dah susah baru tahu nilai sebenarnya. Takkan menunggu waktu susah baru kita nak bertindak nak mencari duit.

Kali ini, nak dikongsikan pengalaman beberapa hari dalam kehidupan harian yang mungkin hampir sama dengan orang lain.

Setiap pagi akan ke Kajang dahulu dan kemudian ke lokasi kerja. Isian minyak petrol RM50 perlu dilakukan dan juga sempat menggapai Combo Mesra sarapan pagi di Petronas yang berharga RM4.70. Tidak gunakan wang tunai, hanya berikan kad debit di kaunter, tekan nombor pin dan selesai.

Barang dapur sampai depan pintu rumah

Sarapan pun selesai, kita pun dapat membuat kerja seharian sambil melihat dan membaca berita terkini tentang dunia. Kisah di media sosial sudah pastinya menjadi tarikan dan sentiasa ada yang viral khususnya di Malaysia. Video parodi, kisah tajuk headline serta tidak kurang juga ada kisah politik dan ekonomi dunia.

Setiap minggu atau bulan, sudah pastinya kita perlu membeli barangan dapur untuk memasak mahupun barangan keperluan di rumah. Beras, susu formula, lampin pakai buang, ikan, sayur, perencah dan 1001 lagi macam barangan itu dibeli oleh ramai orang setiap hari.

Sekarang sudah tidak perlu sibukkan diri dan bersesak untuk membeli barangan tersebut kerana ada Happy Fresh. Sudah 7 kali gunakannya untuk membeli barang-barang dan semua barang yang dipesan dibayar secara talian dan dihantar ke depan pintu rumah. Yang menarik sekali adakalanya promosi diskaun sehingga 20% untuk belian. Jimat tak?

Khidmat bersihkan rumah daripada eRezeki

Sama sahaja dengan belian di Mydin, Cold Storage atau Tesco jika di Putrajaya ini. Itulah seronoknya gunakan aplikasi di smartphone dan jimat duit dengan Happy Fresh.

Dah masuk waktu petang pula, isteri beritahu nak minta khidmat bersihkan rumah, mencuci kipas, dan membuang habuk. Mudah sahaja, semuanya sudah di dalam kepala dan di hujung jari. MaidEasy kan ada. Satu servis yang dijelmakan daripada eRezeki, MaGIC, MDEC dan Axiata.

Cuci tandas, buang sawang, lap tingkap, menyapu, mengemop, pindah rumah, menggosok baju dan anda boleh pilih seorang atau dua orang selama dua jam atau empat jam untuk servis tersebut. Bayaran sudah dibuat secara dalam talian kadi debit atau kad kredit. Kita hanya sediakan bahan-bahan untuk kerja mencuci tersebut.

Mudah? Jimat tenaga? Isteri pun tak letih. Gunakan khidmat Maid Easy.

Gandakan duit bila belanjakan duit

Masuk waktu petang pula, tak sempat nak memasak dan teringat apa pula nak makan di waktu malam untuk keluarga. Telefon anak, dia kata apa-apa sahaja untuk makan. Hidup mesti dipermudahkan. Kita guna aplikasi Boost.

Apa yang seronoknya aplikasi ini? Muat turun Boost dengan Code hisp3eq untuk mendapat lebih nilai untuk anda!

Boost ini ada reward dan cashback. Contohnya tambah nilai prepaid RM30, dapat pula dikembalikan RM3. Shake reward 50 sen. Untung tak?

Nak beli nasi ayam? Ayam Nandos? Beli barang di KK Mart 24 jam dan Mydin? Gunakan saja aplikasi Boost sebagai eWallet. Aplikasi Boost ini semakin mendapat sambutan hangat di kalangan peniaga bukan sahaja pengguna kerana ia menyelesaikan beberapa masalah seperti menyediakan baki wang kecil dan mengurangkan risiko rompakan wang tunai.

Selamat tinggal kad gores parkir

Jadi, kelihatan rutin harian berjalan tanpa menggunakan tunai. Parkir di kompleks membeli belah sudah banyak menggunakan kad touch & go dan Visa Paywave. Bayar kompaun parkir pun boleh dan katakan selamat tinggal kepada kad gores parkir.

Aplikasi Flexi Parking dan Smart Selangor Parking juga sudah lama digunakan dan ternya ia mudah dan efisyen. Bagi parkir di Kuala Lumpur, boleh gunakan di dalam aplikasi Boost. Kertas untuk cetakan kad gores parkir dapat dijimatkan dan pengguna dapat parkir mengikut kadar masa yang diperlukan.

Sekali lagi tanpa wang tunai, hanya membuat pindahan melalui perbankan atas talian atau kad kredit.

BIG PAY wajib dimiliki setiap orang

Hujung minggu atau cuti sekolah yang panjang, pastinya ada yang inginkan keluar mengembara atau bercuti bersama keluarga. Tidak kira di dalam atau di luar negara, pasti kita inginkan sesuatu yang bermakna dan menggembirakan.

Gunakan BIG PAY . Nak percuma RM10, masukkan sahaja refferal code GRGAK2G8Y1 semasa pendaftaran dan kad akan dihantar ke alamat anda. Aktifkan dan selamat mengguna dengan points yang dapat nanti.

Rancang percutian anda hendak tidur di hotel mana dengan diskaun sehingga 70% di Denai Travel Discount. Gunakan kad BIG PAY tadi untuk bayaran dan juga istimewa untuk yang menggunakan penerbangan Air Asia.

Anda akan menerima faedah AirAsia secara eksklusif apabila anda menggunakan kad BigPay dengan AirAsia seperti:

i: RM0.00 yuran pemprosesan pembayaran
ii: Diskaun pada bagasi daftar masuk dan makanan dalam penerbangan pra-tempahan
iii: Akses awal eksklusif untuk jualan AirAsia dan banyak lagi!

Pastikan untuk membeli melalui laman web atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk mendapatkan diskaun.

Teknologi duit pada masa depan?

Itulah serba sedikit pengalaman daripada sebahagian kehidupan harian dan daripada billion manusia yang ada di dunia ini. Berapa banyak transaksi tanpa tunai berlaku dalam sehari dan berapa banyak perkara dapat dipermudahkan. Mungkin ada kawasan-kawasan yang masih belum terdedah dengan lebaran cashless ini namun tidak lama lagi pasti akan laluinya.

Contoh mudah jika dulu hitam ibu jari kita jika nak keluarkan wang secara manual atau buku, tetapi sekarang hanya menggunakan ‘biometric devices’ untuk melaksanakannya. Begitu juga dengan kemajuan teknologi yang lain yang melibatkan arus kemodenan, cukup mudah dan sudah seharusnya ciri-ciri keselamatan perlu diutamakan.

Oh ya, di dalam beg duit tu perlulah juga simpan wang tunai buat masa sekarang sebab belum meluas penggunakan tanpa tunai. Bagi anda yang ingin atau telah mencuba, berapa hari anda boleh menjalani kehidupan tanpa wang tunai fizikal?

Pengurusan wang sangat penting perlu belajar kerana ramai yang boleh kerja kuat kumpul duit dan habiskan begitu sahaja. Memang menarik zaman sekarang sudah maju dan moden. Tim Denaihati juga sedang merancang dan membangunkan satu projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2019 bagi kemudahan manusia di dunia ini. Semoga akan terus sukses dan memberikan manfaat kepada seramai ummat.

Seterusnya adakah kita akan gunakan Teknologi Dunia Masa Hadapan?

Biodata admin DHN


Baca artikel yang ditulis oleh admin DHN | Laman Sesawang


Spread the love
  • Pengguna Internet diancam jenayah siber salah sendiri
  • Kamera Sony Alpha 5000 memang sesuai untuk Blogger
  • Ninetology U9Z1T Dengan Sokongan LTE Dilancarkan
  • BlackBerry Z3 Dilancarkan Di Malaysia
  • P1 Internet kini Pilihan tanpa Batas
PrevPrevious PostGempabumi Tsunami Palu dan Donggala, Korban terus meningkat
Next PostKembara tempat menarik di London 2018Next

34 Comments

Comments navigation

Newer comments
  1. Pingback: Elak Saman Parkir? Mudah saja caranya!
  2. Ooh Deo says:
    26 October 2018 at 6:39 am

    Semuanya mudah dah sekarang.. xde cash fizikal dalam kocek still boleh membeli belah n buat mcm² pembayaran.. cumanya kalau masuk kampung terpencil kena la jugak ada skeleng..hehe
    Curahan rasa Ooh Deo @ ..Proses Memindahkan UNIFI ke Rumah BaruMy Profile

  3. Ooh Deo says:
    26 October 2018 at 6:38 am

    Semuanya mudah dah sekarang.. xde cash fizikal dalam kocek still boleh membeli belah n buat mcm² pembayaran..

  4. Mohd Rawi says:
    23 October 2018 at 1:58 am

    Sekarang ni memang jarang bawak cash dah.. nak keluar pakai jer grab and grab pay senang. Nak tengok wayang bayar pakai Boost. Malas nak keluar beli jer barangan di Shopee atau laman ecommerce yang lain.
    Curahan rasa Mohd Rawi @ ..<thrive_headline click tho-post-976 tho-test-14>5 Kelebihan Memulakan Perniagaan Online di Shopee</thrive_headline>My Profile

    1. KiD says:
      23 October 2018 at 12:12 pm

      bab shopping secara atas talian, memang ramai yang kata berhantu. hehehe kan… semuanya mudah untuk di bayar.

  5. Anuar says:
    22 October 2018 at 12:13 pm

    Zaman sekarang ni masih banyak perkara boleh dilakukan tanpa tunai di tangan … Dengan bantuan apps dan sistem online hampir semuanya boleh jadi beres…

    1. KiD says:
      23 October 2018 at 12:13 pm

      betul tu bro. bayar bil dulu nak kena beratur. Sekarang hanya guna gajet di tangan sahaja, bil-bil pun selesai. Jimat masa

  6. Qiya Saad says:
    20 October 2018 at 10:16 am

    Makin canggih da sekarang ni. Sampai tak terkejar semua teknologi yg tersedia. Tapi MaidEasy tu menarik, boleh la rest setiap hujung minggu.

    1. KiD says:
      23 October 2018 at 12:14 pm

      wah, nak mencuci rumah adakalanya kita letih dan tidak mahu meletihkan orang lain. jadi, contoh khidmat sebegini memang ada demand.

  7. Kauthar mohd says:
    19 October 2018 at 3:08 am

    Untuk org yg busy, memberi barangan dapur di talian online memang sangat membantu. Jimat tenaga dan wang.
    Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Pemilihan Pencuci Muka Yang Sesuai Penting Ke Untuk Dapatkan Kulit Sihat?My Profile

  8. Kauthar mohd says:
    18 October 2018 at 11:37 pm

    Wahhh teruja bila baca. Dunia dah maju sgt. Saya pula byk gunakan wang fizikal lagi. Suka window shopping hehe
    Curahan rasa Kauthar mohd @ ..Skincare Viral : Youth Skincare Penemuan Baru Untuk Pengguna Yang Inginkan Produk OrganikMy Profile

  9. Sis Lin says:
    18 October 2018 at 9:21 pm

    Rupanya banyak kemudahan ye dan mudah sebenarnya, alhamdulilah terbaca bacaan ni..
    Terima kasih atas infonya..saya dah bookmark sesiap utk rujukan..

  10. Ikhwan says:
    17 October 2018 at 11:05 pm

    Boleh hidup tanpa wang tunai tapi kena ada medium lain yang boleh gantikan seperti kad debit atau kad kredit.
    Curahan rasa Ikhwan @ ..Juara Affiliate Niche KerjayaMy Profile

    1. admin says:
      18 October 2018 at 9:54 pm

      zaman dah makin maju dan berubah. di luar negara dah lama guna pakai sistem cashless ini.

  11. Belang Tarung says:
    17 October 2018 at 1:47 pm

    mampu sahaja kerana wang yg kini pun berasaskan ‘cryptomoney’…melainkan nilai wang di selarikan dengan nilai hasil emas dalam sesebuah negara
    Curahan rasa Belang Tarung @ ..Memilih Kaca Mata Sesuai Dengan Bentuk WajahMy Profile

  12. aryn fadz lee says:
    17 October 2018 at 12:01 pm

    Memang mudah masa kini kerana banyak kemudahan online. Tapi duit cash kena juga ada untuk hal-hal kecemasan
    Curahan rasa aryn fadz lee @ ..PENGALAMAN SUSU MERUDUM DAN HASIL PERAHAN SEDIKITMy Profile

  13. ahmadyani says:
    16 October 2018 at 10:00 pm

    Kehidupan sekarang seolah-olah tidak menggunakan duit, kerana segalanya digital. Hakikat sebenarnya setiap orang tetap kena ada sumber pendapatan untuk menggunakan segala jenis pembayaran elektronik ini.
    Curahan rasa ahmadyani @ ..5 Sebab Orang Suka Membeli Di Shopee Dan Anda Mesti Gunakan Sebab Itu Untuk Menjual Dan Buat Duit!My Profile

  14. Nur Razali says:
    16 October 2018 at 3:28 pm

    Semua di hujung jari dah sekarang. Jimat masa tenaga bagi yang sibuk hidup di bandar. Lain pula yang ada di kawasan pedalaman mungkin masih perlukan cara lama.
    Curahan rasa Nur Razali @ ..Krim Penjagaan Mata Youth Restoring Eye TreatmentMy Profile

  15. Al-Manna Ameer says:
    16 October 2018 at 9:37 am

    Dunia teknologi merentas kehidupan dari cash ke online. Benar, banyak perkara menjadi mudah dengan urusan online dengan pelbagai aplikasi yang disediakan. Namun ia juga bergantung kepada kawasan seperti bandar dan luar bandar. Di kawasan pedalaman, duit syiling begitu penting.

    1. nazra says:
      16 October 2018 at 11:35 am

      setuju, di kawasan pedalaman kena guna duit kertas/syiling yg nyata. hehe. kfc di pedalaman pun baru tahun ni ada penggunaan kad debit. yg lelain masih guna kan duit yg nyata 🙂

Comments navigation

Newer comments

Comments are closed.

OTHER POSTS
  • Blogging, ibadah korban

Ibadah Korban Aidiladha : usaha untuk laksanakan

  • May 11, 2025
  • Blogging, Kisah Kehidupan

Red Flag Lelaki: Tanda Awal Yang Perlu Diberi Perhatian

  • May 10, 2025
  • Blogging

Aidiladha: Kisah Seorang Ayah, Seorang Anak, dan Sebuah Ketaatan

  • May 9, 2025

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!

Search
POSTS TABS
LATEST
POPULAR
COMMENTS
LATEST

Ibadah Korban Aidiladha : usaha untuk laksanakan

11 May 2025

Red Flag Lelaki: Tanda Awal Yang Perlu Diberi Perhatian

10 May 2025

Aidiladha: Kisah Seorang Ayah, Seorang Anak, dan Sebuah Ketaatan

9 May 2025

Main Blok adalah aktiviti ringkas tapi sangat penting untuk anak 1 Tahun

6 May 2025

Pakej Ibadah Korban 1446H/2025

2 May 2025

POPULAR

  • Semak keputusan UPSR, PMR dan SPM online dan SMS posted on March 21, 2011

  • Fadhilat dan keistimewaan ayat 21-24 surah Al-Hasyr posted on June 13, 2020

  • 10 Entri Popular Denaihati September 2013 posted on October 9, 2013

  • Hafal surah Al-Kahfi dapat terselamat daripada fitnah dajjal posted on January 19, 2022

  • Gempa bumi semakin kerap berlaku, petanda dunia menuju ke penghujungnya posted on December 18, 2018

COMMENTS

DENAIHATI TV

Jenama bersama

DENAI

HATI

Denaihati Network Sdn Bhd (984186-T)
No. 16-2B, Jalan Boling Padang G 13/G,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor D. E.

Facebook-square Twitter Instagram Youtube
INFO

Biodata
Hubungi
Pengiklanan
Penafian
Terma

Rangkaian DH

denai.my
denaisell.com

Hak milik terpelihara © 2009 – 2025 – DENAIHATI NETWORK –

  • DENAIHATI
  • Islam
  • Semasa
  • Kehidupan
  • Teknologi
  • Travelog
  • Lain-lain
    • Kesihatan
    • Hiburan
    • Sosial Media
    • Ekonomi
    • Blogging
  • Denaisell
Search