Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, MITBCA 2103 yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia datang lagi. Teringat kes MITBCA 2012 yang melanda Rakan Blogger sehingga ada yang serik nak ikut serta. Aku sendiri hilang seorang Rakan Blogger rapat apabila beliau buang Denaihati dari dunia Blog, Twitter dan Facebook beliau. Kita tidak boleh paksa orang suka dan hormat kepada kita cuma agak terkilan kerana hanya nak menang anugerah boleh jadi macam tu sedangkan anugerah hanyalah anugerah tidak lebih daripada itu.
Untuk MITBCA2013 blog Denaihati telah didaftar oleh seseorang untuk katogeri Tourism Blog of The Year. Terima kasihlah kepada sesiapa yang telah sudi mendaftarkan blog Denaihati. Untuk vote sila klik SINI.
Aku sendiri telah mendaftarkan blog Denai.my untuk katogeri Tourism Travel Blog. Sudikan vote di SINI.
Tujuan utama nominasi ini adalah untuk penjenamaan blog Denaihati.com dan blog Denai.my. Penjenamaan tidak akan pernah berhenti walaupun sudah terkenal.
Penjenamaan atau branding memerlukan kos yang bukan sedikit. Bersaing untuk anugerah adalah cara penjenamaan percuma yang mesti diambil kesempatan oleh Blogger yang layak. Menang kalah itu perkara kedua yang penting kita mesti bersaing dengan sihat dengan strategi yang betul. Persaingan itu adalah proses penjenamaan yang akan memperkenalkan blog kita kepada ramai pembaca baru dan terpulang kepada kita menyusun strategi untuk menjadikan pembaca baru sebagai pembaca setia blog kita.
Selain daripada blog Denaihati.com dan Denai.my berikut adalah senarai Rakan Blogger yang ikut serta MITBCA 2013 :
- Tourism Lifestyle Blog : Achiveoftime.blogspot.com, Azri.my, Akmaomar.com dan Kozumiro.blogspot.com
- Entertainment Blog : Beautifulnara.com, Nizamijam.com
- Food 1Malaysia Blog : Nadot.my, Kakinakl.com
- Tourism Photograhpy/Art Blog : Azmanishak.com
- Tourism Micro Blog of The Year : Earncent.com, iAwani.com
- Tourism Travel Blog : Faizalfredley.com, Kujie2.com dan Akmaomar.com
- Tourism Blog of The Year : Faizalfredley.com, Akmaomar.com, Enveeus.com
- Shopping Blog : Cheezemaz.blogspot.com
- Tourism Destination Blog : Faizalfredley.com
MITBCA 2013 menyediakan 17 katogeri dan setakat ini hanya 9 katogeri Rakan Blogger yang selalu bersama kita ikut serta. Pendaftaran yang dibuka pada 18/1 akan tamat pada 13/2/13. Baca entri INI pasti anda akan tahu kenapa perlu join MITBCA 2013.
Cara Mengundi bukanlah susah sangat :
- Masuk website MITBCA 2013
- Login dengan akaun Facebook
- Pilih katogeri (atau boleh klik link katogeri di atas)
- Pilih blog yang anda suka dan klik button VOTE menjadi warna merah (satu undi untuk satu katogeri)
- Promosi pada Rakan Blogger lain untuk undi Blogger yg kita suka.
- Undian bermula pada 9/2/13 dan akan berakhir pada 11.59 pm 22/2/13.
BOLEHKAH RAKAN BLOGGER KITA MENGUASAI SENARAI PEMENANG SEPERTI MSMW 2013??
Melihat kedudukan sekarang aku cadangkan kita fokus pada blog tertentu untuk katogeri tertentu utk memastikan kawan-kawan kita menang.
Kepada Rakan Blogger yang teringin nak menambah network bagus juga join Conference MITBCA 2013 boleh daftar di SINI. Aku nampak tourism ini peluang baru untuk Blogger membina network dan buat duit online. Bagiamana? Kena fikir-fikirkan tu … sebab industri pelancongan akan terus berkembang pesat di seluruh dunia.
136 Comments
Yang bertanding pun bukan calang-calang. Sedih membaca gara-gara bertanding sanggup buang kawan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Pameran Raja Kita di Istana Negara bahagian 2
Moga saja hal itu tidak terulang Bro..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions : Real Madrid Vs Manchester United
tahniah dinominasikan utk kategori lain pula…
bukan mudah mmbina jenamaye.. kadangkala agak meletihkan, di sinilah outsourcing memainkan peranan penting
Curahan rasa Ummi Hanie @ ..Percutian gaya bajet – Langkawi 2013
penjenamaan..itulah yg cuba dicari skang ni hehe
Curahan rasa Jai @ ..AsiaCube Coupon Giveaways – February 2013
Semoga berjaya sahabat-sahabat semuanya yang mengikuti Malaysia International Tourism Blogger Awards 2013 ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Jadwal Penerimaan CPNS 2013
info yang bagus?ditunggu info selanjutnya
masih ada peluang untuk menominasikan blog sahabat yang layak
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions : Real Madrid Vs Manchester United
Patutlah mendapat penghargaan Blogger-blogger hebat
Curahan rasa Vionetpalu.com @ ..Download Soal UTS Kelas 4 SD Semester Genap
berjaya untuk semua blogger yang disenari…
Curahan rasa Blog Pendidikan @ ..Formulir A1 Pendaftaran Peserta Sertifikasi Guru 2013
Selamat berjaya buat rakan2 blogger yang masuk bertanding
tersenarai bersama denaihati.com dan denai.my…senyum jer lah yg mampu..apapun gd luck bro amir….
hoho..gua rasa susah gua mahu menang. Jadi, gua tak join kot..
Memang susah nak menang ni sebab masuk pun dah lewat tapi join je lah utk branding. Toke cendol tak masuk pun tak pe sebab blog dah mesra SEO.
Sentiasa sokong rakan2 blogger yang join Conference MITBCA 2013.. Good luck utk Denaihati + Akma + Azman + Kujie..
Curahan rasa nurmisnan @ ..Mind and Spirit – penawar stres dan penenang diri
nurmisnan tidak masuk ke?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions : Real Madrid Vs Manchester United
Insha allah akan di vote semua rakan blogger yang dikenali.
Curahan rasa hatiputera @ ..Tak Kunjung Tiba
Jangan lupa ajak sahabat untuk gabung mengundi
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions : Real Madrid Vs Manchester United
semoga mereka yg terpikih berjaya dalam kategori masing2
Curahan rasa hairulafiz @ ..Sambutan Hari Kekasih dilarang
dibutuhkan kerja sama dan network yang besar untuk memenangi event ini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Prediksi Hasil 16 Besar Liga Champions : Real Madrid Vs Manchester United
Semoga rakan2 berjaya mendapat tempat dlm ketagori yg disertai….
Curahan rasa Orang Kampung @ ..Kolagen asli rumpai laut – part 1
Comments are closed.