Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, jika bulan Rejab ada Israk dan Mikraj dan bulan Syaaban ada Nisfu Syaaban dengan berbagai kelebihan tersendiri. Bulan Ramadan ada Lailatul Qadar yang dalam Al Quran digambarkan sebagai malam yang lebih baik daripada seru bulan. Malam Lailatul qadar adalah malam yang dinanti oleh umat Islam yang memahami kelebihannya. Ramai juga yang menunggu berbagai keajaiban dan keganjilan di malam Lailatulqadar.
Berikut tips Lailatul qadar dari Ustaz Noehas yang mungkin boleh membetulkan persepsi kita selama ini :
[box type=”info”]MESEJ DARI SAHABAT : Ustaz ingat na klo 10 Ramadan ni nmpk apa2 ganjil habaq mai[/box]
[box type=”shadow”]
JAWAPAN :
Lailatul qadar bukan macam tu..
Itu adalah salah paham pada lailatulqadar
Cuba tengok surah alqadar
“Sejahteralah bagi mereka yg beribadat pada malam itu.. hingga terbitnya fajar (subuh)”
Kita bukan disuruh tunggu perkara yg ganjil.. tapi yg ganjil itu sebenarnya ialah mereka yg boleh beribadat pada setiap malam pada 10 malam terakhir ramadhan.. sehingga subuh..
Kerana itulah nabi s.a.w masuk iktikaf masjid 10 hari akhir ramadhan tanpa keluar dari masjid kecuali untuk buang air dan berwudhuk
Maknanya..
Allah akan kurniakan lailatulqadar pada mereka yg beribadah setiap saat pad 10 hari terakhir itu.. sebagai bukti mereka sangat mencintai Allah dan RasulNya
Jadilah manusia yg ‘ganjil’ dan ‘pelik’ itu.. jika kita nak lailatulqadar…
Wallahu a’lam[/box]
Semuga ALLAH SWT pilih kita menjadi hamba-Nya yang mendapat hidayah mengejar malam Lailatul qadar tanpa perlu melihat keajaiban yang berlaku disekeliling kita. Keajaiban bertemu Lailatul qadar itu ada dalam diri kita dan hanya akan dapat dirasai apabila dapat menikmat amalan yang sungguh-sungguh di malam Lailatul qadar.
Tidak ada di dunia ini sesuatu yang datang bergolek tanpa usaha. Marilah kita berusaha berdoa bersungguh-sungguh siang dan malam supaya kita dan keluarga kita terpilih antara jutaan umat manusia yang dapat beramal di malam Lailatul qadar. Doa adalah senjata terbaik manusia untuk memohon pekenan daripada ALLAH SWT. Marilah kita mengangkat tangan merendahkan diri memohon keampunan kerana terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan sepanjang hidup ini.
Semuga di malam Lailatul qadar ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan menjadikan kita manusia bersih yang memberi manafaat kepada seluruh alam. Semuga ALLAH SWT menjadikan kita manusia yang tidak lalai dengan masalah sendiri, keluarga dan kerjaya yang tidak akan selesai selagi ada hayat. Semuga kita menjadi anak yang taat kepada ibubapa, isteri yang taat kepada suami dan hamba yang taat kepada ALLAH SWT dan sentiasa kasih sayang kepada Rasulullah SAW.
Malam lailatul qadar mempunyai tanda-tanda, diantaranya:
Pertama: Malam itu udaranya sedang, tidak terlalu dingin dan tidak terlalu panas. Dalilnya adalah sabda Rasulullah saw :
ﺇﻧﻲ ﻛﻨﺖ ﺃﺭﻳﺖ ﻟﻴﻠﺔ ﺍﻟﻘﺪﺭ ، ﺛﻢ ﻧﺴﻴﺘﻬﺎ ، ﻭﻫﻲ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﺸﺮ ﺍﻷﻭﺍﺧﺮ ﻣﻦ ﻟﻴﻠﺘﻬﺎ ، ﻭﻫﻲ ﻟﻴﻠﺔ
ﻃﻠﻘﺔ ﺑﻠﺠﺔ ﻻ ﺣﺎﺭﺓ ﻭ ﻻ ﺑﺎﺭﺓ
“Saya pernah diperlihatkan Lailatul Qadar, akan tetapi saya lupa, malam itu jatuh pada malam sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, suasana malam itu cerah dan indah, tidak panas dan tidak dingin.” (Hadits shahih riwayat Ahmad ,Ibnu Khuzaimah, dan Ibnu Hibban).
Kedua: Matahari pada pagi harinya terbit berwarna merah dan sinarnya tidak menyengat. Dalilnya adalah hadits yang diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab:
ﺃﺧﺒﺮﻧﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺃﻥ ﺍﻟﺸﻤﺲ ﺗﻄﻠﻊ ﻣﻦ ﺫﻟﻚ ﺍﻟﻴﻮﻡ ﻻ ﺷﻌﺎﻉ ﻟﻬﺎ
“Rasulullah saw telah memberitahukan kita bahwa matahari terbit pada hari itu tidak bercahaya (sinarnya tidak menyengat).” (HR. Muslim).
Marilah kita mengembara mencari Lailatul qadar di sepuluh malam terakhir Ramadan kerana kelebihanya terlalu hebat yang dapat mengubah kehidupan diri kita dan keluarga. Kemanisan mengejar Lailatul qadar lebih indah dari mengejar pasaraya untuk persiapan hari raya. Tahun depan belum tentu ada lagi Ramadan untuk kita kejar Lailatul qadar.
57 Comments
jom jom.. lebihkan ibadat, kurangkan tido.
Curahan rasa encikarman @ ..Pendapatan adsense Julai 13
mari kita menjadi pemburu malam lailatul qodar, di sepuluh terakhir ini
Curahan rasa tips diet cepat @ ..Tips Menghilangkan Selulit
mudah mudahan bisa dipertemukan dalam malam lailatul qodar.amiin
Curahan rasa cara diet aman @ ..Agen herbalife Pekanbaru
ada boss kat office saya setiap tahun akan ambil cuti 10 ramadhan terakhir dan start kerja setelah habis cuti raya. tapi ramai antara kita yang ambil cuti yang lebih selepas hari raya… Boss saya mmg antara yang pelik…
Curahan rasa sepol @ ..TIPS MERAKAM GAMBAR HARI RAYA
terima kasih kerana memperingatkan…bersama kita mencari lailatulqadar
Curahan rasa daddydee @ ..Hina Agama : Sekali Lagi Umat Islam Malaysia Dicabar
malam yang ditunggu-tunggu.. yang di cari cari dalam bulan penuh keberkatan ini..
Curahan rasa KiD @ ..Hadiah Raya dari SAMSUNG
pengembaraan mencari lailatul qadar satu kembara yang menarik. semoga kita semua beroleh kekuatan utk itu..
Curahan rasa JMR @ ..Iftar Bersama Blogger dan Pemenang ‘Raya Moments of Closeness with Samsung’ di Paparich Bangsar
Sama2 kita kuatkan tekad dan pasang niat utk kejar baki Ramadan.
Terima kasih tuan DH berkongsi
Curahan rasa hafizmd @ ..Dengarlah Rintihan Si Berongga
salam mohon copy …sebagai perkongsian & ingatan & rujukan diri sendiri ^^
Curahan rasa NAT @ ..Blog not Found
Dipersilakan semuga mendapat redha Allah.
kalau bab-bab misteri dan mistik memang sesuai dengan orang melayu… jom kita misteri kan diri kita.
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Iklan Raya Samsung 2013 – Menyentuh Jiwa
insyaallah akan ditingkatkan ibadah 10 malam terakhir ni
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Liverpool Kini: Dah Bosan Transfer Suarez?
orang kita memang suka benda pelik-pelik macam ni..
Curahan rasa titan @ ..Duit raya dari Hafiz Wasa.
sempoi jawapan ustaz noehas..hehe
moga kita diizinkan berjumpa malam yang ditunggu-tunggu itu
Curahan rasa cikgu naman @ ..Nak Tips SEO
masa kecik2 dulu, bila sebut je malam lailatul qadar, mesti malam tu stand by kat luar rumah nak tengok pokok sujud..sebab ustaz kat sekolah kata pokok pun sujud menyembah Allah pada malam ni..tu yang berusaha nak tengok pokok sujud tu..tapi x pernah2 pon berhasil..hehe
Curahan rasa Fakarepain @ ..( GAMBAR ) WATAK KARTUN YANG DI BOGELKAN
Time kecik kecik selalu ada yg bercerita kisah kisah lailatul radar ni semuanya pelik pelik
Curahan rasa weschairs @ ..Pantun lawak Hari Raya (2013)
patutnya kita yang berebut p sujud kan? aduh…lemahnya kita
Curahan rasa hafizmd @ ..Servis Diri Sempena Madrasah Ramadhan!
Comments are closed.