Luno syarikat pertukaran matawang kripto pertama diluluskan di Malaysia

Spread the love

Berita terbaru lagi tentang dunia wang kripto di Malaysia

Luno adalah sebuah platform pertukaran mata wang kripto yang pertama mendapat kelulusan penuh daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia. Ia kini secara rasmi menawarkan akses kepada warga Malaysia ke untuk pengguna menguruskan aset mata wang kripto melalui platform yang diluluskan.

Sebenarnya, Luno telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2015 dan menjadi platform pertukaran aset digital terbesar di negara ini pada tahun 2017. Operasinya sedikit terbantut apabila akaun Luno dibekukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) pada Januari 2018.

CEO MDEC dan CEO Luno

Luno memberi kerjasama sepenuhnya dengan siasatan tersebut dan seterusnya membantu pengawal selia dalam membentuk rangka undang-undang peraturan mata wang kripto di Malaysia. Selepas pelancaran semula di Malaysia pada bulan Oktober 2019, lebih daripada RM 2.5 juta aset digital telah didagangkan dalam tempoh 10 hari pertama.

Marcus Swanepoel, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Luno, berkata: “Kini, kami sedang memerhatikan sebuah revolusi dalam perkhidmatan kewangan global dengan penggunaan mata wang kripto tetapi perubahan ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.

Badan pengawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah menunjukkan kepimpinan dalam sektor ini dan mula mengadaptasikan aset digital baru dan teknologi blockchain. Mereka telah memberi peluang kepada pelabur, peniaga dan individu di negara ini untuk memaksimumkan faedah sistem kewangan baru ini.”

Pelancaran Luno 29 November 2019

“Malaysia sebagai pasaran yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam penggunaan mata wang kripto dan telah lama mengetahui pentingnya aset digital dalam ekonomi global masakini. Dengan bekerjasama bersama pelanggan, kami akan memastikan mereka boleh membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin dan Ethereum dengan selamat, dan juga apa-apa aset digital yang akan diluluskan oleh SC pada masa hadapan.

Pada masa ini, banyak aset digital digunakan untuk spekulasi tetapi apabila nilai aset digital ini kian berkembang, ia akan memankain peranan penting dalam dunia perniagaan,” kata Encik Swanepoel.

Platform Luno kini boleh digunakan oleh semua warga Malaysia. Ia boleh diakses menerusi laman web www.luno.com serta aplikasi mudah alih.

Perlu diingatkan, Luno bukanlah penyedia mata wang kripto tetapi hanyalah sebuah platform yang membolehkan pengguna untuk menjual, membeli atau menyimpan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum. – Soyacincau –

Boleh lihat Harga terkini Bitcoin dan 10 top cryptocurrency dunia.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!