Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri, memang tak dirancang nak ke London secepat ini setelah kembali dari Kembara Musafir Europe. Itulah namanya ketentuan Allah SWT lebih hebat dari perancangan manusia.
Terima kasih kepada three stooges Abang Ensem, Eyriqazz dan Jejai yang sudi datang ke KLIA ngeteh sementara menunggu nak berlepas ke London. Pertama kali berjumpa Jejai selepas majlis Iftar Ramadhan di Shah Alam. Semuga beliau terus kuat semangat dan disembuhkan dari penyakit Kanser Paru-paru yang dihidapi.
Punyalah ramai nak pergi London sehingga semua penerbangan penuh yang ada kosong KLM je. Masa nak checkin punyalah panjang berbaris. Setelah berbaris lama sampai je di kaunter kena reject sebab tak check in lagi. Rupanya tu baris untuk drop bagasi kepada yang dah check in di kiosk. Bukan aku sorang terkena tapi hampir separuh. Sepatutnya adalah seorang staff KLM yang maklumkan ini berdiri tercegat tengok je tak cakap apa-apa.
Alhamdulillah Penerbangan ikut jadual tepat jam 11.15 pm berlepas ke Amsterdam. Pertama kali penerbangan terus selama hampir 13 jam sampai naik kematu punggung duduk tak buat apa. Sampai Airport Schiphol, Amsterdam awal 20 minit jadi ada lebih kurang satu jam setengah untuk transit taklah terkejar-kejar nak ke pintu yang lain. Pertama kali jejak kaki di Amsterdam tapi hanya untuk transit sahaja. Dari Amsterdam menuju ke London City Airport naik City Jet lebih kurang macam AirAsia.
Lebih kurang jam 8.00 am landing London. Alhamdulillah syukur Allah bawa aku ke Kota London untuk pertama kali. Cuaca boleh tahan sejuk lebih kurang 20 darjah celcius. Biasalah nak lepas imigresen macam-macam soalannta, syukur aku dah sediakan dokumen tiket pergi balik, booking hotel dan kad bisnis. Dari airport ambik teksi terus ke hotel yang telah di booking lebih awal. Suasana London 2012 masih terasa lagi dengan berbagai banner dan bendera yang masih berkibar. Oleh kerana terlalu awal bilik pun tak ready sehingga jam 2.00 pm, perut pun dah lapar dengan bantuan Aplikasi iPhone Zabihah pergi mencari tempat makan.
Nak cari makanan Halal di London memang tak risau. Mengikut aplikasi Zabihah sekitar 10 km dari kawasan hotel ada 150 restoran halal, 78 market halal dan 115 masjid. Cuma kalau pagi-pagi ni tak banyak yang buka lagi. Alhamdulillah ada juga restoran arab di Edgware Road yang buka jadi hari pertama pekena nasi arab. Ada banyak Restoran Halal dan Market Halal di Edgware Road ni jadi kepada yang pertama kali datang ke London jangan risau naik je teksi tuju ke jalan ni.
Lepas sarapan pagi merangkap makan tengahari kami pergi Oxford Street nak cuci mata window shopping sementara menunggu check in hotel. Punyalah bagus teksi berhenti depan Nike Store. Apa lagi aku pun serbulah sebab ada orang dah pesan minta belikan jersi MU away siap cetak nama V.Persi. Sebelum beli jersi MU mestilah beli jersi Arsenal dulu heeee.
Jam 3.00 pm baru boleh masuk bilik. Sesiapa yang dah jejak London pasti tahu hotel kat sini punyalah mahal dengan ruang bilik kecik je. Memang letih fly, transit dan fly Kuala Lumpur – London hampir 16 jam. Mata pun dah separuh nak lelap dapat katil apa lagi selamatlah ….
152 Comments
Senangnya bisa ke London
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Infeksi Nosokomial
Tentunya akan banyak pengalaman yang didapat dalam london kembara ini
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Infeksi Nosokomial
Sementara hanya bisa melihat london dalam film saja
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Infeksi Nosokomial
Beli berapa itu kaos Van Persie nya yah
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Infeksi Nosokomial
pengalaman yang tak mungkin dapat di lupakan…
Curahan rasa Nana @ ..Mayat Wanita Bogel Terapung Di Sungai
beli jersi byk2 buat hadiah..hehe
Curahan rasa qadar @ ..Kata-Kata Motivasi: 5/9/12
Siplah kalua begitu sahabat Qadar heheheh
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Faktor Yang Mempengaruhi Nyeri
Boleh…saya juga pasti setuju kalau demikian..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..‘La Culpa’, Meraih Piala Your Film Festival
apalagi saya sangat setuju sekali…hehehe
Curahan rasa Dadan @ ..Foto Eksekusi Mati Kartosoewirjo Imam DI/TII
bro beli la beli jersi podolski pula hehe
Curahan rasa beckhr00y @ ..Fenomena Sink Hole Lubang Gergasi Di Dunia
best jalan2 kat sana, tapi weekend ni xde game..kalau x bro leh g emirates hehe
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Goosfraba Penyokong Liverpool
jersi liverpool xde ke?
Curahan rasa Wan Gerrard @ ..Goosfraba Penyokong Liverpool
Syoknya. Bila la nak jejakkan kaki kat sana… hemm
waa.. bestnya..
ada ole ole dari wenger utk saya tak? he he..
Wah bestnya bro jalan-jalan
Curahan rasa lepakk.com @ ..Wordless Wednesday – #My Touch
Best dan juga senangnya yah bisa jalan-jalan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Faktor Yang Mempengaruhi Nyeri
London, bestnya. bilalah Sya boleh jejak. Baru 2x je pergi oversea. Dah lama tak travel
Curahan rasa Sya Isya @ ..SOALAN PEPERIKSAAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41
Waaaaah…. siapakah yang bertuah untuk mendapat baju RVP itu?
Curahan rasa Malaysia Coin @ ..Duit peringatan Rancangan Malaysia Ke-9
wah wah.. ada projek baru kat London pulak… ada ole2… 😀
Curahan rasa yangbaik @ ..Rasa macam tak nak balik
Wahhh…syiok pi jejalan…nanti bleh bikin entri tips travel ke London plak kot…sbb nampak mcm kena tunjuk dokumen yg relevan utk memudahkan proses imigresen..
hahahahaha.. adakah jersey tu untuk AE kita??hehehehe
Curahan rasa boni kacak @ ..Aura Pelakon Utama Tenggelam
Selamat pergi dan balik buat bro DH….waahhh ada bisness baik ka kat sana nih?…:D
LONDON…harap suatu hari Jun dapat menjejakinya…
14 jam perjalanan yg 2 jam setengah pun dah runsing cam ner nak abihkan masa 14 jam tu ek…
Curahan rasa Jun @ ..Pandora Jewellery – Mengikat Hati
Semoga pula suatu saat bisa menginjakkan kaki di london kelak nanti
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Faktor Yang Mempengaruhi Nyeri
rindu kota london!!! even ramai mat saleh, non muslim tapi diorang sangat friendly bila nampak orang Malaysia. cuma, bab kene dok dalam flight 14 jam je den tak gemor.hahahahaha
Curahan rasa Lizz @ ..Tawaran Pakej Jalur Lebar Serendah RM20
Comments are closed.