Assalamualaikum dan salam 1Dunia, update perlawanan ulangan persahabatan Malaysia vs Singapore pada 12/6/2012, 8.45 pm waktu Malaysia di Stadium Shah Alam. Live Malaysia vs Singapore juga di Astro 801 dan live streaming Malaysia vs Singapore di Stadium Twitter dengan hashtag Malaysia vs Singapore.
Live Malaysia vs Singapore AFF Suzuki CUP 2012 @ SINI.
Keputusan Malaysia vs Singapore : 2 – 0
Update perlawanan pesahabatan Malaysia vs Singapore pada 8/6/2012, 7.45 pm di Stadium Jalan Besar, Singapore. Live Malaysia vs Singapore di Astro 801 atau live streaming di Goal.com atau live streaming Malaysia vs Singapore di Stadium Twitter dengan hashtag Malaysia vs Singapore.
Keputusan Malaysia vs Singapore : 2 – 2
Update Pusingan Kedua Kelayakan kedua Piala Dunia 2014 @ Malaysia vs Singapore.
Pasukan bola sepak Malaysia, Harimau Malaya menunjukkan prestasi yang baik ketika perlawanan persahabatan menentang team besar BPL, Arsenal dan Liverpool tetapi semuanya tiada makna sekira prestasi tidak dapat dicurahkan semasa perlawanan Malaysia menentang Singapore untuk Kelayakan Piala Dunia 2014.
Malaysia layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 setelah dapat menewaskan Taiwan dengan away goal. Kelemahan yang paling ketara semasa perlawanan menentang Taiwan, Arsenal dan Liverpool adalah pertahanan yang rapuh dan lalai. Jurulatih Malaysia, K. Rajagopal mesti memilih pemain pertahanan yang mantap bagi memastikan gawang goal Malaysia tidak ditembusi ketika menentang Singapore di Stadium Jalan Besar yang menggunakan rumput sintatik.
Aku seperti biasa akan mengikut keputusan terkini Malaysia lawan Singapore melalui live streaming di stadium Twitter dengan hashtag #Malaysia vs Singapore yang akan di update setiap saat oleh penyokong tegar Malaysia dan Singapore. Pasti Pasukan Harimau Malaya dengan jersi kebanggaan akan memberi tentangan yang hebat untuk memastikan perlawanan kedua di Stadium Bukit Jalil pada jam 8.45pm, 28/7/2011 lebih selesa.
Bersama-samalah kita semua rakyat 1Malaysia meyokong team Harimau Malaya yang akan menentang Singapore pada jam 7.30pm, 23/7/2011.
KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA vs SINGAPORE : 3 – 5
Kelemahan pertahanan Malaysia terlalu ketara yang mesti diperbaiki menjelang pertemuan kedua. Berjumpa kita di Stadium Bukit Jalil Khamis ini.
[ad#Yieldads]
Update untuk beli tiket untuk pelawanan pusingan kedua Malaysia vs Singapore kelayakan kedua piala dunia 2014 pada 28/7/2011 jam 8.45pm.
Selain Stadium Nasional, Bukit Jalil, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut membuka kaunter tiket di Pintu Utama, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.
Tiket-tiket dijual pada harga RM50 untuk tempat duduk utama, RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
Selain itu, peminat-peminat boleh membeli tiket secara dalam talian melalui laman web www.tickethotline.com.my
68 Comments
pertahanan yang kurang mantap…sharbinee seakan2 tidak menjadi seperti selalu..tidak cergas…ape2 pown congrts to shafiee sali,hadi,amirul and kunalan….all the bez 0n 28th nnty at bukit jalil….harimau malaya BOLEHHHHHH!
Yup…Harimau Malaya pasti Boleh!
Pemain kite nie cepat sangat putus asa and emosi nak main body contact huhu…tak pasal2 main 10 orang….arap2 boleh menang kat b,jalil nanti..
Malaysia Boleh!!!
Scaniaz Post…..
Wang Tunai Untuk Dimenangi!!! Peraduan Erti RAMADHAN Di Blog ScaniaZ
Curahan rasa scaniaz @ ..ScaniaZ: (1)Peraduan Erti RAMADHAN.
Salam,
gol pertama dr malaysia betul2 mengkagumkan, tapi selepas itu yg payah dipertahankan, keputusan rasmi singapore 5 malaysia 3, hope kat bukit jalil nanti malaysia berjaya menewaskan singapore dengan melebih pungutan mata dari singapore 😀
Curahan rasa yanmie @ ..Testing Post for Cache Setting
gol ke 2 dan ke 3 malaysia memang mantap!jarak masa antara dua gol tu pun tak lama 🙂
Inilah yang dikatakan semangan Harimau Malaya!
Curahan rasa KDN @ ..What is acne?
Sukses buat timnas Malaysia…
Curahan rasa Rina As @ ..Cara Mendapatkan Backlink Google
Harimau Malaya Insya Allah akan berjaya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Tendangan Dari Langit
amin.. amin.. amin..
dah 1-4 malaysia ketinggalan. waa..
gudluck MALAYSIA~!
Curahan rasa syu90 @ ..Lena Park- More Than Anyone in the World (Eng Translation Lyrics)
Dah tak ada harapan nampaknya… 🙁
Curahan rasa Shahrulsite @ ..Boleh ke Orang Ramai Boikot Astro?
asal pulak..harapan akan sentiase ade selagi lom ade penamat..pertahanan kene tukar…serangan kene lagi tajam..insyaAllah leh menang….
Sekarang dah 2-1. Malaysia cepat serang
Curahan rasa Blogger @ ..Live Streaming Malaysia VS Singapura
malaysia dah gol satu..best betul..
hehe
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?
Go Malaysia Go…!!!
betul tu..kena tingkatkan pertahanan..
Curahan rasa naimulfirdaus @ ..kisah hamba Allah berdoa di bulan ramadhan
Malaysia boleh
Curahan rasa Blogger @ ..Live Streaming Malaysia VS Singapura
Go Harimau Go Tiger! Malaysia Boleh! 😀
Curahan rasa Azah @ ..Dipatuk Ular
Comments are closed.