Malaysia vs Jepun Kelayakan Olimpik 2012

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kelayakan Olimpik London 2012 sudah bermula. Pasukan Bola Sepak Olimpik Malaysia telah diundi dalam Kumpulan C bersama Jepun, Bahrain dan Syria. Kumpulan yang sangat mencabar kalau nak menang pun mungkin dengan Syria yang sedang bergolak. Tapi bola kan bulat kalau betul strateginya macam-macam boleh jadi.

Perlawana pertama Malaysia menentang Jepun pada 21/9/2011 di Stadium Tosu, Jepun dan pelawanan kedua Malaysia vs Jepun di Stadium Bukit Jalil 22/2/2012, 9.00 pm. Rakyat Malaysia boleh mengikut perlawanan Jepun vs Malaysia secara live streaming twitter dengan hanya search menggunakan hashtag #harimaumuda atau boleh tengok live Malaysia vs Jepun di TV2 atau Astro Arena.

Skuad Olimpik Malaysia 2012

KEPUTUSAN TERKINI JEPUN VS MALAYSIA : 2 – 0

KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS JEPUN : 0 – 0

1MALAYSIA mendoakan kejayaan Pasukan Bola Sepak Olimpik Malaysia. Semuga Khairul Fahmi @ Apek dan teman-teman akan menjadi kebanggan Malaysia. Go Go Go HARIMAU MUDA!

46 Comments

  1. Tak teruk kalahnya, tp kena byk latihan lagi, tak cukup stamina, passing lemah, lama menyimpan bola, takut bertindak, lambat mengasak bila bola di pihak lawan, tendangan tak bertenaga, skil kurang dan byk memberi ruang kerna 1 pemain lawan dikawal 4 org pemain kita, tapi tahniah kerana semangat melawan hinggakan Jepun susah mendapatkan gol. Selamat berjuang pemain kita.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cabaran Malaysia #Merdeka54My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!