Assalamualaikum dan salam 1Dunia.
Masih teringat lagi pada tahun lepas di mana Lazada Malaysia telah mengejutkan pemenang bertuah, Musa Sabri sebagai pemenang hadiah utama Peraduan Giveaway Extravaganza Lazada Malaysia. Kemenangan yang tidak diduga dengan kekerapan beliau membeli barang-barang di laman sesawang Lazada Malaysia, sebuah kereta Mazda2 Hatchback menjadi milik beliau.
Lazada Malaysia kini menjadi salah satu laman sesawang yang menjadi tumpuan mereka yang ingin membeli-belah secara atas talian. Tidak lagi perlu susah untuk keluar rumah, beratur dan masa juga dapat dijimatkan. Antara yang menarik perhatian adalah kepelbagaian produk yang dijual, kaedah pembayaran yang mudah dan penghantaran barang yang cepat kepada kita.
Baru-baru ini, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDec) di bawah inisiatif Digital Malaysia akan menganjurkan satu jualan dalam talian terbesar dan juga merupakan anjuran pertama kerajaan di dunia iaitu #MYCyberSale .Pembeli dalam talian berpeluang untuk membeli-belah di antara 225,000 tawaran membabitkan 4500 penjual online dengan potongan harga sehingga 94 peratus.
Promosi #MYCyberSALE akan berfungsi sebagai pemangkin untuk membangunkan perdagangan elektronik (e-dagang) dan memupuk budaya membeli-belah secara talian di kalangan rakyat. Lazada Malaysia juga merupakan antara penjual online yang turut serta dalam jualan siber besar-besaran ini dan menjanjikan potongan harga yang hebat khas iaitu 95% untuk pembeli di talian.
Lazada Malaysia akan menawarkan potongan harga terbaik serta promosi hebat untuk pelbagai jenis barangan antaranya barangan dapur rumah, barangan hiasan rumah, alatan elektronik, kamera, komputer, telefon bimbit dan tab, jam tangan dan fesyen, beg dan
travel accessories, barangan sukan dan banyak lagi.
Ada peminat Apple yang hendak membeli iPhone 6 dengan rebet RM200 ? Jangan lepaskan peluang untuk membelinya hanya di Lazada Malaysia.
Pembeli boleh mula membeli-belah dengan melawati laman web ini apabila promosi jualan bermula dengan click #MYCyberSale di Lazada Malaysia. Sila layari laman web Lazada Malaysia untuk status terkini tentang jualan hebat besar-besaran ini.
Hanya untuk hari ini sahaja dengan peomosi Black Friday, Lazada Malaysia memberi tawaran hebat sehingga 94% jadi jangan lepaskan peluang untuk shopping.
No related posts.
1,630 Comments
setiap jam ada sahaja barangan yang dipotong harga nya ada yang sampai 90%
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
sebab tu lazada ni sentiasa mendapat perhatian. ada je promosi kat situ
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
yelah anis..kalau tak kuat iman,rasa macam nak borong semua je barang yang sales tu
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Baru baru ni pun Lazada ada buat sale pada 11.11.14 kan , memang murah gila
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
sebab tu tak heran kalau yang datang satu hari kat website beratus ribu orang..
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Nak sangat beli iphone 6 , tapi wang yang dikumpul belum cukup lagi
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
sama la anis. terlalu mahal. masih belum mampu lagi nak beli hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
nak kumpul wang beli iphone 6 tu tak taulah bila boleh cukup anis..hehhe
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Bagus la kalau tolong promote lepas tu kita dibayar pula dengan usaha kita kan
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
banyak cara ktia boleh buat dengan lazada ni..lagi lagi lazada dah buat afiiliate kan..lagi senang
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Nampaknya pengurus pengurus besar Lazada orang orang putih belaka bila tengok dalam pic atas
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
patut la company tu berjaya. rupanya diterajui oleh orang putih rupanya
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
tak taulah pulak manager orang luar …pandai betul diorang berbisness kat sini kan
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Bestnya kalau boleh menjana duit daripada affiliate terutamanya di Lazada tapi tak reti ;(
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
saya pernah mendaftar dengan affiliate lazada tapi belum ada respon dari mereka
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kena belajar anis,sambil ktia berblog .ada jugak income tambahan..at least boleh la nanti menabung untuk iphone kan
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Dengar kata affiliate program di Lazada adalah percuma , kalau berbayar tak dapat nak join
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
yup,just sing up je anis,dan letakkan banner kat blog..kalau rajin.time diorang buat promotion tu,buatlah entry..mana tau dari situ ramai yang membeli
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Sebenarnya Lazda ada sediakan affiliate program kan, macam mana nak join ya
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
lazada mmeg ada sediakan prgram affiliate. boleh rujuk blog hasrul hassan kalau nak join
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
boleh google je anis.ramai blogger yang dah join program ni
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Saya pernah juga lihat harga Ipad dan Macbook di Lazada macam nak beli
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
harganya sama sahaja degan d pasaran tapi kena bijak beli bila time promosi
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
nak jimat sikit,kena beli masa diorang buat promosi anis,barulah berbaloi
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Tak sangka gadjet mahal mahal pun Lazada sediakan bagus la
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
di lazada, semua jenis gajet ada. dari jenama terbaik hingga lah produk dr cina
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
semua brang keperluan dah ada kat lazada.nasib baik keperluan barang basah lazada tak jual
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Dulu lazada memang femes di facebook , jual banyak barang yang murah
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
sekarang ni lazada memang tengah popular kan..sekarang pun dah ada iklan kat tv
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Nak beli barang elektronik macam tak berani sikit sebab tak boleh test dahulu
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
tapi setakat ni respon dari pengguna memang positif. boleh tukar kalau rosak
Curahan rasa nikkhazami @ ..(Sinopsis) Zahira di Tv3
saya lebih suka COD untuk barang yang mahal macam tu anis..boleh tengok sendiri kan
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Teringin juga nak beli apa apa dari Lazada tapi belum jumpa yang sesua
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
setakat ni belum jumpa yang berkenan. kalau ada pun mahal sgt mcm iphone. haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
kena belek time promotion,mana tau ada yang berkenan di hati anis.,.boleh la beli.tapi belilah ikut keperluan..jadi tak membazir
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Klau saya pon saya nk juga , beli barang keperluan pastu dapat kereta
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
seronok kan dapat kereta,.siapa yang taknak…beli barang tak sampai harga kereta..tapi pulangan kereta yang mahal tu
Curahan rasa Kisah si Dairy @ ..Dah Berkejaran Dengan Dia!
Agak agak En. Musa ni beli apa lah banyak sangat sampai boleh menang kerreta
Curahan rasa Blurrr4evablurr @ ..Keywords Nuffnang Hari ni dan My November CPUV
Hai. Saya orang kat atas tu. Saya hanya beli bean bag dengan harga RM150 je. Alhamdulillah rezeki bulan puasa dapat menang kereta. hehe.
Comments are closed.