Langgan Internet P1 Fiber OnePlan Menang Hadiah Kereta Volkswagen Golf TSI

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, semasa Seminar WordPress hari tu P1 menjadi penaja yang menyediakan sambungan internet kepada semua peserta yang hadir untuk belajar blogging guna WordPress. Speed internet P1 masa tu memang laju. Untuk pengetahuan semua sekarang ni P1 dah melancarkan pakej baru mereka iaitu P1 Fiber, pelan internet yang cukup menarik.

P1 Fiber OnePlan

Pakej P1 Fiber menawarkan pelan internet dipanggil OnePlan™ 169 aku rasa sangat sesuai untuk blogger. Pelan internet OnePlan™ 169 ni berkelajuan 5Mbps dengan 50GB data quota. Speed 5Mbps boleh dikatakan laju juga dan data quota 50GB tu pun dah cukup besar. Harganya pun berpatutan, hanya RM169.

Setiap pelanggan P1 Fiber dengan pakej OnePlan™ ni akan menerima 2 perkhidmatan broadband iaitu satu High Speed Broadband untuk kegunaan dalam rumah, dan satu lagi diberi 4G USB Modem percuma untuk kegunaan “On-The-Go” yang boleh dibawa ke mana-mana. Dapat 2 servis internet dalam dan luar rumah dengan hanya 1 pelan. Bagus tu! Pelanggan pakej OnePlan™ juga akan menerima perkhidmatan P1 Voice untuk panggilan percuma dan P1 NetSecure Service untuk internet security.

OnePlan 169 pakej internet untuk blogger
OnePlan pakej internet untuk blogger

Cara Daftar P1 Fiber OnePlan™

  • Buka website P1 Fiber dan pilih pelan internet OnePlan™ yang ingin dilanggan.
  • Isi butiran diri dengan lengkap dalam borang yang disediakan.
  • Email pengesahan akan dihantar selepas anda selesai mendaftar.

Setelah selesai buat pendaftaran, pihak P1 akan hubungi anda dalam masa 3 hari bekerja untuk kerja-kerja pemasangan internet P1 di kediaman anda.

Gambaran pemasangan internet P1 Fiber
Gambaran pemasangan internet P1 Fiber

Langgan pelan internet P1 Fiber OnePlan™ sekarang. Untuk maklumat lanjut tentang P1 Fiber boleh layari laman web P1 Fiber. Sekiranya inginkan bantuan atau ada sebarang pertanyaan tentang produk boleh hubungi mereka melalui Facebook atau Twitter.

Contest P1 “iPunya! Beli & Menang” Hadiah Kereta Volkswagen Golf TSI

Tawaran hebat! P1 sedang mengadakan peraduan “iPunya! Beli & Menang” yang kini berlangsung bermula dari 20 April hingga 17 Jun 2012. Contest selama 2 bulan ini terbuka kepada para pelanggan baru mana-mana pelan internet P1 sepanjang tempoh peraduan. Syarat untuk menang hadiah menarik ni adalah seperti berikut:

  • Jadi pelanggan baru P1 dengan melanggan mana-mana pelan internet P1.
  • Daftar akaun ‘P1 Self Care’ di laman web P1.com.my dan log masuk ke dalam akaun.
  • Kemudian jawab 2 soalan mudah.

iPunya Contest P1 Fiber

Maklumat selanjutnya tentang contest “iPunya! Beli & Menang” ini boleh lihat di laman web www.p1.com.my/Contest/. Contest yang sangat mudah. Mana la tahu ada rezeki tak disangka-sangka dapat menang hadiah kereta Volkswagen Golf TSI.


Spread the love

128 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!