Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Allah SWT dengan jelas menjanjikan kehidupan yang baik buat hamba-hambaNya yang melakukan amal soleh.
Ibnu ‘Athiyyah berpendapat amal soleh adalah merangkumi segala bentuk ketaatan, yang disyaratkan mesti dilakukan dengan keimanan.
Baca : 12 Amalan Harian Yang Perlu Kita Buat
Ibnu Kathir pula menjelaskan amal soleh adalah amalan yang sesuai dengan Al-Quran sunnah. Tiga syarat amal soleh ialah; selari dengan petunjuk Nabi SAW ikhlas kerana Allah disertai dengan akidah yang benar.
Para ulama’ mentafsirkan kehidupan yang baik sebagai kehidupan yang diredhai Allah dan dikurniakan:
- Rezeki yang halal
- Kebahagiaan
- Kecukupan keperluankemanisan dalam ketaatan
- Ketenangan hati
- Kelapangan dalam berbagai perkara
- Kebaikan di akhirat berupa syurga.
Rasulullah SAW juga telah bersabda:
Sungguh beruntunglah orang yang masuk Islam, lalu diberi rezeki yang cukup, dan berasa cukup dengan apa yang Allah berikan.”
(HR Muslim)
Dan sentiasalah melakukan segala sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian kita. Jangan tinggalkan amalan-amalan kebaikan. Kerana amalan kebaikan itulah yang akan membawa kita ke Syurga kelak. InsyAllah.
Baca : 7 Sunnah ‘Power’ Yang Patut Kita Amalkan
Wallahua’alam. Sebarkan jika bermanfaat. 🙂
2 Comments
Insya-Allah. Kehidupan kita semua terutama admin, penulis dan pembaca blog ini akan mendapat kebahagian dan berkah yan berpanjangan dalam kehidupan masing-masing.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Pintu Masuk Ke Kampung Luat Yang Kini Hanya Jadi Kenangan
Semoga hidup saya dan kalian dirahmati dan diberkati Allah, biar hidup dalam keredhaan daripada hidup dalam istidraj.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan Produk RM28 Juta Dari Shopee
Comments are closed.