Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
Selepas dikritik dan dikecam di media sosial berikutan keputusan menangguhkan proses pendaftaran dan orientasi pelajar universiti saat-saat akhir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad tampil memohon maaf.
Menurut Noraini, beliau mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak institut pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran fizikal.
“Saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak COVID-19 ini,” kata beliau dalam kenyataan yang dikongsi di laman Facebook pada Sabtu.
Dalam masa sama, Noraini berharap pihak IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan segala hal yang berbangkit berhubung penangguhan ini.
Kepada pelajar yang sudah tiba, boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak universiti.
“Kepada pelajar yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan dulu seketika pergerakan untuk pulang ke universiti.” tulis Noraini dalam catatan itu.
Katanya, sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, Kementerian Pengajian Tinggi mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta.
Menurutnya, cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu.
“Peningkatan kes berkenaan adalah di luar jangka. Kementerian telah berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai agensi utama dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik,” tegas Noraini.
Ekoran penangguhan sesi pendaftaran dan orientasi pelajar IPT, Noraini menjadi tumpuan apabila rata-rata pelajar secara terbuka mengkritik tindakan yang dianggap menyusahkan banyak pihak.
Hashtag #SiswaJagaSiswa Trending
Susulan dengan apa yang berlaku, di twitter trending dengan hashtag #SiswaJagaSiswa susulan penangguhan pendaftaran secara fizikal di kampus.
Hashtag tersebut digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang terkandas dan hasilnya telah mendapat perhatian warganet di twitter.
Any university students yang perlukan financial support you guys can slide into my dm. Especially financial problem. Saya cuba bantu you guys janji dapat pulang ke rumah. #RakyatJagaRakyat#siswajagasiswa
— sarah (@sarahzdn1) October 2, 2020
Any Sarawakian university student being told to leave campus OR stuck in Sarawak because kena game dengan KPT & you need food money, DM me. Limited to 4 students. #RakyatJagaRakyat
— Adam (@Monsieur__Adam) October 2, 2020
OPEN THREAD: Jika anda pelajar IPT dan terkesan secara kewangan akibat keputusan last minute KPT, reply thread ini dengan senarai kerugian anda (tiket, deposit rumah sewa, tol, minyak etc) dan anggaran total kerugian anda kali ini.
— Tuhan, selamatkan Malaysia. (@InjangNation) October 2, 2020
Kalau ada mana-mana pelajar yang perlukan tempat berteduh untuk hari ini dan/atau esok di sekitar Bangi, Kajang, Bandar Sri Putra dll, mohon hubungi saya.
— Talk From Home 🇲🇾 (@AimanPsikologi) October 2, 2020
Kami ada rumah, makanan, 2 bilik kosong dengan bilik air sendiri dll.
It would be our pleasure to help you anyway we can.
Akhir kata, kepada kalian yang membantu pelajar-pelajar dalam kesusahan di luar sana. Moga kalian diberi rezeki yang melimpah ruah.
Kepada pelajar-pelajar yang terkandas, moga kalian tabah dengan situasi yang di hadapi sekarang. Stay strong okay. 💪🏻
2 Comments
Macam macam la menteri ni, masa PKP buat pertandingan Tik Tok, sekarang buat keputusan di saat akhir. Ada pelajar yang pulang ke kampus dari jauh terpaksa balik semula ke kampung.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Jualan Kencang Lepas Guna My Ads Shopee
Kalau tiada Covid-19 pun, buat keputusan saat-saat akhir akan menyusahkan banyak pihak. Kita faham perasaan orang yang sudah ada depan pintu U tapi dapat berita pembatalan.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Pintu Masuk Ke Kampung Luat Yang Kini Hanya Jadi Kenangan
Comments are closed.