Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama sifu SEO bahasa Melayu, Ariffshah tidak menulis di blog Denaihati mungkin sibuk menguruskan jual beli eBook SEO Bahasa Melayu (dah order ke?). Contest SEO memang sesungguhnya banyak membantu melonjakkan nama blog Denaihati tetapi sebenarnya bukan mudah untuk menguruskan contest SEO terutama nak menghadapi pakar-pakar SEO yang ada berbagai strategi. Semuga pandangan Ariffshah untuk contest SEO sedikit sebanyak dapat membantu Rakan Blogger yang merancang untuk menganjurkan contest SEO di masa akan datang. Joom baca ….

Sekarang ni berlangsungnya contest SEO Eyriqazz vs Denaihati dan sebelum ni, contest SEO Lelaki Kacak telah pun tamat. Berdasarkan keputusan contest SEO lelaki kacak, saya kurang berpuas hati dengan keputusan tempat pertama contest tersebut yang dimenangi oleh Lelakikacak.com.

Logik tak?

Pada saya, tak logik sebenarnya penganjur memilih domain Lelakikacak.com sebagai pemenang. Come on la.. Nampak sangat tak adil kepada peserta lain. Pemilik lelakikacak.com dah ada kelebihan yang sangat besar dalam contest tersebut hanya dengan memiliki domain tersebut. Selebihnya, pemilik domain tersebut hanya perlu mendapatkan social vote (Facebook Like, +1 dan ReTweet) untuk domain tersebut, backlinks dan sedikit trafik yang keluar masuk.


Seperti yang diajarkan dalam ebook saya

Kritikan saya adalah kepada penganjur iaitu en. Titan yang mungkin tidak memahami semangat sebenar contest SEO yang dijalankan atau mungkin tidak menyedari bahawa keputusan yang dibuat sangatlah tidak adil kepada peserta lain. Maaf, bukan nak cari gaduh atau apa, cuma pada pandangan saya tentang outcome daripada contest ini sangatlah tidak adil kepada peserta lain yang memperjuangkan domain blogpost mereka untuk mendapat ranking tertinggi bagi keyword lelaki kacak tetapi yang menang tempat pertama adalah top level domain.

URL Entri atau Top Level Domain?

Saya juga nampak keputusan yang tidak konsisten untuk contest tersebut. Adakah URL entri lelaki kacak atau top level domain yang diperjuangkan untuk ranking tertinggi? Pemenang tempat pertama dipilih berdasarkan top level domain lelakikacak.com manakala pemenang tempat kedua dipilih berdasarkan url entrinya www.jomkongsistory.com/2012/03/lelaki-kacak-itu-apa.html. Apakah?

Soalan ini penting kerana kekuatan ranking URL entri adalah tidak sama dengan kekuatan ranking domain untuk keyword. Pada pendapat saya, kalau dah nama contest SEO, maka yang sepatutnya ranking untuk entri yang didaftarkan itulah dinilai untuk mencari pemenang contest sebab naturally, peserta lain akan bertungkus lumus mempromosikan entri penyertaan mereka dan mendapatkan backlink untuk entri tersebut.

Kepada yang lain, anda perlu faham satu je, kenapa orang beli domain dengan keyword yang best dan menjualnya kepada orang lain pada harga yang sangat mahal? Sebabnya adalah orang sanggup beli kerana nilai SEO yang ada pada keyword tersebut boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka. Bila keyword adalah sebahagian daripada domain, kelebihan besar dah ada kepada pemilik domain tersebut untuk mendapatkan ranking tertinggi.

Nasihat saya kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO, batalkan penyertaan entiti-entiti yang buat blog dan letakkan keyword dalam domain semata-mata untuk join contest SEO. Nak buat boleh, takde masalah cuma gunakan blog tadi untuk berikan backlink kepada entri asal di blog original anda tapi blog baru yang dibuat ni (dengan contest keyword) tidak boleh dipertandingkan dan tidak layak untuk menang.

Kepada en. Titan, ini bukanlah entri cari gaduh atau apa-apa. Maaf kalau terkasar bahasa atau terguris di hati. Saya hormati bro sebagai otai dan blogger yang ada banyak pengalaman cari income dari blog, mungkin isu ni bro dah terlepas pandang. Takpelah. Contest dah pun lepas dan entri ini ditulis sebagai panduan kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO pada masa hadapan.

Personally, saya bosan tengok banyak blog baru wujud semata-mata untuk memenangi contest SEO tapi lepas tu, blog tu dah takde value dan mati macam tu je. No point langsung.


Spread the love

243 Comments

  1. Ini mungkin juga atas nama domain yg sesuai utk contest SEO tu, dipilih menjadi pemenang, mungkin juga dia rasakan perlu juga memilih domain yg sesuai dgn contest SEO dan entri yg dianjurkannya. Terma dan syarat ditetapkan oleh penganjur, hadiah tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit dan penganjur berhak menukar dengan hadiah yg sama nilainya sbg ganti.
    Curahan rasa sensasi2020 @ ..Keistimewaan Ramadan Dan Kelebihan BerpuasaMy Profile

  2. Ada kebenaran mengikut pandangan dan kajian masing2. Namun begitu, apabila sesuatu kontes dilaksanakan, ada T & C nya tersendiri, dan terpulang kepada keputusan berdasarkan syarat tersebut. Peserta pun sudah akur akan wujudnya syarat itu dan seterusnya bersetuju untuk menyertainya.

    Cuma mungkin kurangnya penjelasan kerana tiada Post-Mortem berkenaan kontes tersebut. Oleh itu individu bolehlah memberikan pandangan sewajarnya.

    Setuju pendapat, hentikan blog ‘tempelan’ kerana membazir ruang server Google, semata2 dibina untuk kontes. Cuma kebaikannya blog ‘tempelan’ ini adalah, kita peroleh penulis blog yang ‘bermusim’ serta ‘menambahkan’ pendapatan kepada pemilik hosting dan pengurus domain. Terpulang kepada pemilik blog samada ingin menjadi pemilik/penulis ‘bermusim’, penulis terbaik, blog/penulis berjenama, penulis femes atau sebagainya.

    Pentingnya disini, kreativiti. SEO adalah gabungan berbagai faktor seperti kreativiti, penulisan, teknikaliti, strategi dan list-nya akan berterusan. Dan insya-allah penganjur kontes SEO (sedang berlangsung dan bakal dilangsungkan) lebih bersedia jika ada wujudnya post-mortem dan kesimpulan sebegini. Jika ada kesilapan, harus diperbaiki. Sampai bila kita akan mengetahui kesilapan jika tidak menerima kritikan membina? Contoh kreativiti dalam pertandingan – seperti diterangkan commentar sebelumnya.

    Sebagai contoh, dan mungkin ramai sudah mengetahui, pertandingan SEO mempunyai banyak cabang dan kategori tersendiri:-

    1. Tempat pertama dalam enjin carian dalam sesuatu tempoh. (seperti ketika ini dan selalu menjadi petunjuk dan penanda aras sesuatu kontes – mudah dan selenggaran kontes yang minima)
    2. Tahap kebolehcapaian sesuatu artikel/domain dalam mengukuhkan kedudukan dalam enjin pencarian.
    3. Kebolehan sesuatu artikel/domain dalam peningkatan prestasi kedudukan dalam enjin pencarian dalam sesuatu tempoh.
    4. Dan sebagainya mengikut kesesuaian.

    Oleh itu, diharap pada masa akan datang, akan lebih relevan pertandingan SEO ini kerana penganjur lebih bersedia. Lagipun, bukan kah kontes diwujudkan oleh penganjur2 blog, mempunyai matlamat dan ‘kepentingan’ tersendiri. Umum pun sudah mengetahui, dan mereka tetap menyokong kerana itulah antara fungsi kontes dalam dunia blogsfera.

    Ini tidak bermakna penganjuran kontes yang terdahulu adalah tidak bagus atau belum bersedia. Cuma, biarlah ia menjadi penanda aras untuk kontes2 selepas ini dan selanjutnya, insya-allah.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!