Kritikan Terhadap Contest Lelaki Kacak

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dah lama sifu SEO bahasa Melayu, Ariffshah tidak menulis di blog Denaihati mungkin sibuk menguruskan jual beli eBook SEO Bahasa Melayu (dah order ke?). Contest SEO memang sesungguhnya banyak membantu melonjakkan nama blog Denaihati tetapi sebenarnya bukan mudah untuk menguruskan contest SEO terutama nak menghadapi pakar-pakar SEO yang ada berbagai strategi. Semuga pandangan Ariffshah untuk contest SEO sedikit sebanyak dapat membantu Rakan Blogger yang merancang untuk menganjurkan contest SEO di masa akan datang. Joom baca ….

Sekarang ni berlangsungnya contest SEO Eyriqazz vs Denaihati dan sebelum ni, contest SEO Lelaki Kacak telah pun tamat. Berdasarkan keputusan contest SEO lelaki kacak, saya kurang berpuas hati dengan keputusan tempat pertama contest tersebut yang dimenangi oleh Lelakikacak.com.

Logik tak?

Pada saya, tak logik sebenarnya penganjur memilih domain Lelakikacak.com sebagai pemenang. Come on la.. Nampak sangat tak adil kepada peserta lain. Pemilik lelakikacak.com dah ada kelebihan yang sangat besar dalam contest tersebut hanya dengan memiliki domain tersebut. Selebihnya, pemilik domain tersebut hanya perlu mendapatkan social vote (Facebook Like, +1 dan ReTweet) untuk domain tersebut, backlinks dan sedikit trafik yang keluar masuk.


Seperti yang diajarkan dalam ebook saya

Kritikan saya adalah kepada penganjur iaitu en. Titan yang mungkin tidak memahami semangat sebenar contest SEO yang dijalankan atau mungkin tidak menyedari bahawa keputusan yang dibuat sangatlah tidak adil kepada peserta lain. Maaf, bukan nak cari gaduh atau apa, cuma pada pandangan saya tentang outcome daripada contest ini sangatlah tidak adil kepada peserta lain yang memperjuangkan domain blogpost mereka untuk mendapat ranking tertinggi bagi keyword lelaki kacak tetapi yang menang tempat pertama adalah top level domain.

URL Entri atau Top Level Domain?

Saya juga nampak keputusan yang tidak konsisten untuk contest tersebut. Adakah URL entri lelaki kacak atau top level domain yang diperjuangkan untuk ranking tertinggi? Pemenang tempat pertama dipilih berdasarkan top level domain lelakikacak.com manakala pemenang tempat kedua dipilih berdasarkan url entrinya www.jomkongsistory.com/2012/03/lelaki-kacak-itu-apa.html. Apakah?

Soalan ini penting kerana kekuatan ranking URL entri adalah tidak sama dengan kekuatan ranking domain untuk keyword. Pada pendapat saya, kalau dah nama contest SEO, maka yang sepatutnya ranking untuk entri yang didaftarkan itulah dinilai untuk mencari pemenang contest sebab naturally, peserta lain akan bertungkus lumus mempromosikan entri penyertaan mereka dan mendapatkan backlink untuk entri tersebut.

Kepada yang lain, anda perlu faham satu je, kenapa orang beli domain dengan keyword yang best dan menjualnya kepada orang lain pada harga yang sangat mahal? Sebabnya adalah orang sanggup beli kerana nilai SEO yang ada pada keyword tersebut boleh mendatangkan keuntungan besar kepada mereka. Bila keyword adalah sebahagian daripada domain, kelebihan besar dah ada kepada pemilik domain tersebut untuk mendapatkan ranking tertinggi.

Nasihat saya kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO, batalkan penyertaan entiti-entiti yang buat blog dan letakkan keyword dalam domain semata-mata untuk join contest SEO. Nak buat boleh, takde masalah cuma gunakan blog tadi untuk berikan backlink kepada entri asal di blog original anda tapi blog baru yang dibuat ni (dengan contest keyword) tidak boleh dipertandingkan dan tidak layak untuk menang.

Kepada en. Titan, ini bukanlah entri cari gaduh atau apa-apa. Maaf kalau terkasar bahasa atau terguris di hati. Saya hormati bro sebagai otai dan blogger yang ada banyak pengalaman cari income dari blog, mungkin isu ni bro dah terlepas pandang. Takpelah. Contest dah pun lepas dan entri ini ditulis sebagai panduan kepada penganjur dan bakal penganjur contest SEO pada masa hadapan.

Personally, saya bosan tengok banyak blog baru wujud semata-mata untuk memenangi contest SEO tapi lepas tu, blog tu dah takde value dan mati macam tu je. No point langsung.


Spread the love

243 Comments

  1. Saya pun setuju dgn pandang bro ariffshah.. Memang tidak adil bg peserta lain yg mepromosikan entri bermati2an.. Rasanya syarat tambhn tu kena letak pada contest seo akn dtg..

  2. A’ah la..mcm tak adil je… Kalau camtu senang sgt la utk org berduit, just buat domain baru je, pastu menang..habis contest, tak gune langsung dah.. Sian org lain wat entry susah payah sampai 4-5 post semate2 nak naikkan keyword tu…
    Curahan rasa Nadot @ ..Siapa punya semua ni?!?My Profile

  3. Sejak join last 2 contest SEO blog saya
    banyak dapat URL Spam dari entah mana-mana
    laman ewb serata asia sehingga ke Indon pun ada
    tal faham juga apa niat orang yang buat begitu..
    akhirnya blog saya kena penalty dengan Google..
    sekarang saya agak faham..populariti blog jangan
    di tunjuk sangat, ada je yang cuba buat sesuatu
    menjatuhkan orang lain..adehh..apa nak jadi dunia nih 🙁
    Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Atlet Olimpik London 2012 : Mariam ErzouqiMy Profile

  4. Pendapat peribadi aku:

    1. Sebenarnya bukan tak adil, tapi peserta yang menggunakan domain lelakikacak.com tu bijak.

    2. Dah byk dah aku tgk contest, peserta akan guna keyword yang dipertandingkan sebagai URL. Cuma dlm contest tersebut, peserta tersebut menang mudah sbb ‘peserta lain kurang kreatif’.

    3. Aku pnh tgk beberapa contest (dlm dan luar negara), lagi sengit sebab majoriti peserta akan guna keyword as main domain. Contohnya, untuk keyword lelakikacak, maybe ada more than 50 contestants yg guna domain mcm bloglelakikacak[dot]com, lelakikacak[dot]net, bloglelaki[dot]net, lelakihensem[dot]my dsbnya. Cuba tgk, tak semestinya blog lelakikacak.com akan menang 🙂

    4. Aku rasa Internet Marketer dan blogger mempunyai pemikiran yang berbeza. Majoriti yg masuk aku rasa adalah blogger. Dulu ada contest SEO yang dianjurkan oleh IM, mmg rata-rata peserta guna keyword as domain, dan contest tu jadi sangat sengit + mencabar. Kat forum wangcyber kadang2 byk gak contest seo yang dianjurkan oleh IM, cuba tgk cam mana IM main SEO.

    5. Tahniah pada admin lelakikacak.com, anda menang mudah kerana usaha + kreatif.

    Titan, what say you? 😆

    1. Kreatif memang kreatif tapi point yang perlu dilihat pihak penganjur adakah domain tersebut terhenti kat situ. Rasanya Elok sekiranya domain yang menarik terus dihidupkan. Kalau separuh jalan semata-mata nak menang susah gak tuh bro. Apa2 pon tahniah kepada pemenang
      Curahan rasa JAI @ ..Voucher Diskaun dari Yogen Fruz MalaysiaMy Profile

    2. Terima Kasih Affan…
      Apa yg sy lihat, keyword lelaki kacak tu menarik utk dijadikan domain…
      Sebenarnya, pengalaman bermain dgn contest seo yg menggunakan domain baru, samaada keyword domain (EMD) atau sebaliknya adalah bukan sesuatu yg mudah, bila sebut domain baru mmg sukar utk bersaing dlm masa yg singkat… Sbbnya, ianya terpaksa bersaing dgn blog2 yg dah ber authority (alexa mantap, mempunyai PR, maintain update) dan dah berusia… Jd domain baru walaupun keyword domain sebenarnya tiada kelebihan… sbb domain baru perlu masa 4 bulan keatas utk jadi matang dan menjadi mesra SEO.. tersilap langkah dlm optimasi domain baru blh membawa padah dan terus tenggelam…

      Dan pengalaman sy dalam contest SEO juga, samaada english keyword atau sebaliknya ialah syarat utama biasanya blog yg bakal bertanding ialah blog baru yg masih belum diindex search engine. Syarat ni biasa digunakan oleh IM-IM di luar sana… Teringat dulu contest SEO yg gunakan keyword Busby SEO Test…

      Cuma bila ada rakan blogger yg anjurkan contest seo ni, syaratnya sedikit berbeza, masing2 ada kelebihan dan kekurangan…

      Berbalik kpd contest seo lelakikacak.com, en. Titan awal2 lagi dah bgtau syaratnya mcm mana. Sy juga secara peribadi contact beliau utk bertanyakan dgn lebih detail adakah TLD boleh digunakan.. dan jawapan beliau, sebarang url/blog yg berdaftar boleh menjadi pemenang jika tersenarai dlm ranking..

      Dan apa yg menarik dlm contest SEO lelaki kacak ialah en. titan sentiasa bagi backlink kpd peserta setiap kali dia update entri berkenaan contest seo lelaki kacak.. dari segi backlink, penganjur/penaja untung, peserta pun untung..

      Tetapi cukup berbeza dgn contest SEO Eyriqazz vs Denaihati. Siapa yg nampak, dia akan faham…. 🙂
      Curahan rasa Lelaki Kacak @ ..Untung Sabut Timbul, Untung Batu TenggelamMy Profile

  5. Salam..
    komen yang pandangan peribadi otai blogger..
    selama ini saya join contest SEO, saya pun tak
    tahu kriteria apa sebenarnya yang di cari..adakah
    sekadar tempat pertama SERP atau kriteria lain
    sekarang saya sedikit faham..terima kasih berani
    mewarkan apa yang patut Bro 🙂
    Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Berpuasa Bukan Alasan Islam Itu LemahMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!