Komen mengutuk dan mencaci bukan budaya kita

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kalau dulu bila aku menulis entri ilmiah atau isu semasa yang agak panas memang wajib sunyi sepi ruang komen tidak ramai Rakan Blogger yang akan meninggalkan komen berkongsi pendapat. Budaya senyap sepi semakin berubah dimana semakin ramai Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dalam banyak entri yang dulu dipandang sepi.

Aku tidak mengharap semua untuk bersetuju dengan apa yang aku tulis. Sudah pasti kita mempunyai perbezaan pendapat kerana kita dididik dengan cara berbeza, ilmu yang berbeza dan fahaman politik yang berbeza. Perbahasan dengan cara ilmiah dan perbezaan pendapat sangat baik untuk meningkatkan keterbukaan dalam berbagai isu yang dibawa dalam entri-entri terbaru dalan blog Denaihati.

Aku banyak mendapat ilmu baru daripada setiap pendapat yang dikongsikan oleh Rakan Blogger. Terima kasih juga kepada Rakan Blogger yang sudi berkongsi pendapat dengan fakta yang panjang lebar yang mungkin ramai Rakan Blogger lain tidak berkesempatan membaca melalui rujukan-rujukan buku yang lain.

Yang sedih pun ada juga apabila ada dikalangan pendapat yang agak emosi dan menggunakan perkataan yang tidak sepatutnya ketika meninggalkan komen. Paling ketara kebanyakan komen yang marah-marah dan emosi ini selalunya ditulis oleh mereka yang tiada identiti dengan menggunakan nama samaran, email samaran dan link samaran. Tiada siapa yang akan marah kalau Rakan Blogger mempunyai pendapat yang berbeza tetapi dikongsikan dengan cara yang beradab.

Tidak ada salahnya untuk berbeza pendapat tetapi mesti dikongsikan dengan cara yang baik dan beradab kerana itulah budaya Islam bukan mengutuk dan mencaci sesuka hati. Siapalah aku yang boleh mengubah pemikiran Rakan Blogger dengan penulisan di dalam blog Denaihati.


Spread the love

101 Comments

  1. assalamualaikum.pada aku komen kutuk mengutuk memang dah jadi budaya kita. baik isu yang diketengahkan dan didebatkan itu berunsurkan hiburan, politik, isu semasa atau apa saja..pasti tidak akan lari dari cercaan . Dalam soal politik memang la tok sah nak citer. memang biasa la.kedua pihak yang berbeza ideologi politik akan saling kutuk mengutuk. kalo la senario sebegini boleh kita ubah, dari kutuk mengutuk kepada komen yang berbentuk pertukaran sudut pandangan kan bagus. itu akan lebih membuat kita saling mengerti meskipun kita masih tetap berpegang ape yang kita yakini benar. Terkadang2 ape yang orang lain tahu belum tentu ilmu pengetahuan itu ada pada kita.jadi ada elok kalo kita belajar memperluaskan skop bagaimana kita view sesuatu perkara.
    Curahan rasa manja sheila @ ..BAJU KEBAYA MODERN ^__^My Profile

  2. mereka yang suka kutuk2 maki2 nih hanya berani buat kat dunia maya je..secara real life depan2 one to one tak berani dia nak komen macam apa yang dia buat kat alam maya.

  3. Adalah sesuatu yang rugi apabila ruanga komen tidak mampu dijadikan medium untuk berhubung dengan bertukar-tukar fikiran dan menyampai buah fikiran

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!