Asslamualaikum dan Selamat sejahtera,
Berhubung pelaksanaan bayaran perkhidmatan kepada pengguna platform e-dagang, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) belum mengadakan perbincangan tersebut.
Walaubagaimana pun, kenyataan yang dikeluarkan KKMM itu sebagai reaksi kepada kenyataan awal yang dikeluarkan Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin di Kelantan semalam (Selasa, 8 September).
“Merujuk kepada kenyataan yang dibuat pada 8 September 2020 di Kelantan, KKMM ingin menjelaskan bahawa belum ada perbincangan untuk mengenakan bayaran perkhidmatan kepada pengguna dalam platform e-dagang (pembelian dalam talian) sebanyak 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 serta tambahan 20 sen bagi gandaan RM1,000 berikutnya,” memetik kenyataan tersebut.
BACA: PM tepi dan tak letak harga, peniaga online bakal didenda sehingga RM50,000
Ketika ditemui media dalam sebuah program di Bachok pada Selasa, Zahidi berkata kerajaan bercadang untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembelian yang dibuat secara dalam talian.
Ia termasuk transaksi melalui portal e-dagang seperti Lazada dan Shopee.
Kata Zahidi, kutipan wang berkenaan dapat digunakan kerajaan untuk menangani isu keselamatan siber yang menelan belanja tinggi.
Bagaimanapun, kenyataan beliau itu mendapat tentangan dan kecaman para pengguna platform tersebut termasuk Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa.
Service charge for online transaction?…no matter how much,GOVT HAVE NEVER MADE SUCH DECISION…ITS POLICY MATTER…if it comes to cabinet,I would surely object!
— Annuar Musa (@AnnuarMusa) September 8, 2020
Sumber: Awani
2 Comments
Seorang pelanggan kena caj 20 sen, kalau 1 bilion dah banyak kutipan yang dikenakan pada rakyat, ada harapan tukar menteri lepas ni.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Cabaran Utama Berniaga Di Shopee
menimbulkan kemarahan betul lah. harap tak dilaksanakan. kesianlah pada rakyat yang ambil peluang shopping online sebab kedai fizikal agak mahal.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Berniaga di Shopee
Comments are closed.