Assalamualaikum dan Salam Ramadhan, kecoh 1Malaysia kisah pelanggan mengamuk di Low Yat Plaza Bukit Bintang katanya kena tipu oleh peniaga. Pemuda tersebut dikatakan telah ditipu oleh peniaga yang telah menjual smartphone Oppo tiruan dan tidak mahu menukar semula apabila diminta oleh pelanggan tersebut. Malah budak Melayu itu pulak dituduh mencuri. dipukul dan diserahkan kepada pegawai keselamatan. Penyiasatan sedang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Teringat pengalaman sendiri kena tipu beribu dollar beli iPhone 5s di Sim Lim Square Singapore. Kepada yang pernah menjejaki Sim Lim Square pasti setuju kalau aku katakan tiada bezanya dengan Low Yat Plaza yang menjadi pusat produk teknologi dan gajet terkenal. Semua gajet dan produk teknologi dari sekecik anak hingga sebesar emak semua produk dan jenama ada dijual.
Ramai kawan-kawan kata mereka pernah tertipu membeli produk tiruan di Sim Lim Square seperti kes terbaru penipuan produk Oppo tiruan di Low Yat Plaza. Berbagai sungutan telah disuarakan pelanggan yang tertipu di sosial media tetapi tidak mendapat respond daripada pihak berkuasa. Pelanggan yang sering menjadi mangsa penipuan adalah mereka yang zero ilmu teknologi.
Semuga kejadian terbaru di Low Yat Plaza akan membuka mata penguatkuasa dan Kementerian yang terlibat untuk bertindak. Jangan biarkan samseng bisnis mengaut keuntungan sewenang-wenang dengan menipu pengguna. Kisah penipuan di Low Yate Plaza bukan perkara baru tetapi sudah maklum di kalangan pelanggan.
Mengikut kata polis budak tu memang mencuri dan sudah didakwa di makmah tapi ini bukan bermakna tiada penipuan di Low Yat Plaza. Kisah terkini penipuan di Low yat Plaza di SINI.
103 Comments
Sebenarnya kes penipuan begini banyak berlaku di mana mana..hanya mereka yg pakar boleh elakkan diri dari si penipu..kalau nak yang ori beli dari pengedar yang sah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Rahsia Jana Pendapatan RM9 Ribu Terbongkar
Isu ni dah melibatkan sentimen perkauman. Tu yang tak best tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Semak Oppo Original
dah bertahun-tahun tak pergi lowyat.. dulu pergi pun sebab kawan ajak.. macam krik krik jer lowyat ni. Menakutkan pun ye gak,
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Rezeki Itu Milik Allah
kalau nak beli fon mahal, sebaiknya pergi dengan kawan yang arif dalam gajet. nanti kena tipu, duit habis. hati pun sakit.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Daftar Affiliate Lazada
Tak pernah shopping kat Low Yat Plaza walau dok KL. Semoga kejadian ini tidak bertambah teruk situasinya
Curahan rasa emalinmohd @ ..20 Sumber Milk Booster Atau Penggalak Susu Ibu Semulajadi
Dah jadi besar kisah ini. Sampai ada yang mengaitkan dengan perkauman 🙁
Curahan rasa Nia Mk @ ..Tips Untuk Anak Selalu Sakit Batuk dan Selsema
marah juga kala kta kumpul duit utk beli yang ori. alih2 dpt yan clone. siapa tak sakit hati
Curahan rasa nikkhazami @ ..Daftar Affiliate Lazada
X berani nak beli tepun kedai biasa
Biasa beli kedai wakil.sah jualan walaupun orang kata kedai biasa boleh negara dan dapat free gift.
Curahan rasa Sop @ ..Jubah kanak-kanak untuk Auni lagi
Tiba-tiba pula dalam kehangatan nak sambut raya kita dihangatkan pula dengan kisah pergaduhan..
Curahan rasa yangbaik @ ..Tetamu Ramadhan bakal pergi
Kejadian ini pastinya amat menakutkan… seolah-olah keselamatan di negara sendiri sudah tiada jaminan
Curahan rasa yangbaik @ ..Tetamu Ramadhan bakal pergi
Mencari rezeki dengan cara menipu memang tidak selamat. Tetapi disebabkan mereka yang menipu itu bukan bersandarkan kepada agama hakiki… maka pada mereka tiada masalah. Kita sebagai pengguna yang perlu berhati-hati…
Curahan rasa yangbaik @ ..Tetamu Ramadhan bakal pergi
Kalau nak pergi beli memang ajak anak yang belajar IT. Ahamdulliah tak pernah lagi terkena
Belum pernah pergi tapi ramai yang kata ada barang murah. tapi no wonderlah kalao memang murah sbb kes mcm ni.
Curahan rasa attiey @ ..Rahsia Set Sendi Baik Untuk Lenguh Pinggang, Sakit Belakang & Segala Kejang Kini Terbongkar
low yat? hmmm…. dah lama tak pergi sana.. dari dulu lagi dah femes dengan penipuan… kalau nak beli barang komputer saya pergi digital mall dekat ss14, PJ jer…
Curahan rasa cheq eem @ ..Notis Penghantaran Produk Shaklee Semasa Perayaan Hari Raya
Ternyata masih ada kasus tipu-tipu disana ya, hhhmmm… Benar2 berani sekali peniaga yang melakukannya…
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Pulau Simping Singkawang, Cukup Tenar Namun Tak Terpelihara
Tak pernah nak pergi sendiri kat sini. Kalau orang yang pakar barang-barang gajet, mungkin tak terkena.
Harap masalah ini ditangani dengan segera.
Curahan rasa myliferia @ ..Jangan Pandang Ringan Kepentingan Memilih Pencuci Pinggan Mangkuk Yang Selamat
Comments are closed.