Keutamaan Istighfar, memohon ampun kepada Allah SWT

Spread the love

Imam Hasan Al-Basri pernah berkata : Banyakkanlah istighfar (memohon keampunan kepada Allah) di dalam rumah kalian, diatas musibah atau bencana yang menimpa. Banyakkanlah istighfar semasa didalam perjalanan, ketika berada di pasar (shoping mall), didalam majlis-majlis perhimpunan atau di manapun kalian berada, kerana kalian tidak mengetahui bilakah turunnya Maghfirah (ampunan Allah).

Perbanyakkanlah beristighfar sama ada kita dalam keadaan berdosa mahupun ketika kita merasakan tidak ada dosa. Wajib bagi kita untuk memperbanyakkan istighfar memohon keampunan kepada Allah diatas dosa yang pernah kita buat, sama ada dosa itu sedikit mahupun banyak, sama ada yang kita sedar dan ingat, mahupun yang sudah kita lupakan.

Antara kelebihan beristighfar memohon keampunan:

Boleh mencegah dari turunnya azab seksaan Allah SWT

Firman Allah :

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنْتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Allah tidak akan menyeksa mereka, selama kamu (wahai Muhammad) ada di tengah-tengah mereka. Dan Allah tidak akan menghukum (menyeksa) mereka, sedangkan mereka memohon ampun (beristighfar) (al-Anfal: 33).

Istighfar sebagai salah satu sebab untuk mendapatkan pengampunan dosa

Firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ.

“Dan orang-orang yang apabila berbuat keji atau menganiaya diri sendiri, kemudian mereka mengingat Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka. Siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa, kecuali Allah? Kemudian mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedangkan mereka mengetahuinya”. (Ali Imran : 135).

وَمَنْ يَعْمَلْ سُوءًا أَوْ يَظْلِمْ نَفْسَهُ ثُمَّ يَسْتَغْفِرِ اللَّهَ يَجِدِ اللَّهَ غَفُورًا رَحِيمًا.

“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya (dengan melakukan dosa dan maksiat), (tetapi) kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia akan mendapati bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An-Nisa` : 110)

Istighfar penyelesai masalah dan memurahkan rezeki

Sabda Nabi SAW:

مَنْ أكْثَرَ مِنَ الاسْتِغْفَارِ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَمِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِبُ.

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (HR Ahmad dari Abdullah bin Abbas r.a.)

Istighfar adalah amalan yang paling banyak dilakukan oleh Nabi SAW

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ إِنْ كُنَّا لَنَعُدُّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَجْلِسِ الْوَاحِدِ مِائَةَ مَرَّةٍ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Daripada Ibnu Umar RA ia berkata: sungguh Kami telah menghitung ucapan Rasulullah SAW dalam satu majlis baginda “RABBIGHFIRLII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKAAN TAT TAWWAABUR RAHIIM” (Ya Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang) sebanyak seratus kali. (HR Abu Daud No: 1295 Status: hadis hasan sahih).

‎عَنْ ثَوْبَانُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

Daripada Tsauban berkata, Rasulullah SAW jika selesai solat baginda seraya mengucapkan istighfar tiga kali (HR Ibnu Majah No: 918) Status: Hadis Sahih

Belajar bahasa Al Quran dengan mudah guna teknologi AI

  1. Bahasa Melayu @ https://app.thinkquran.com/?r=VD992FKM&l=ms&act=
  2. English @ https://app.thinkquran.com/?r=VD992FKM&l=en&act=
  3. Bahasa Indonesia @ https://app.thinkquran.com/?r=VD992FKM&l=in&act=
  4. Bahasa Turkish @ https://app.thinkquran.com/?r=VD992FKM&l=tr&act=

Klik di atas, daftar dan buat latihan sehingga mahir 31 perkataan insyaAllah kita akzn rasai nikmatnya.

Think Quran

bio.link/thinkquran


Spread the love

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!