Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, dalam kesibukan memerhati link-link penyertaan contest iPhone 5 Gadget Impian aku tertarik dengan entri menarik “Kerja Makan Gaji vs Kerja Sendiri” oleh Top Blogger Malaysia siapa lagi kalau bukan musuh ketat Abangensem. Kalau belum baca bagus baca untuk mengaktifkan minda yang dah mula terasa-rasa demam cuti sekolah.
Aku dah melalui semuanya bermula dengan kerja makan gaji dengan Kerajaan kemudian kerja makan gaji dengan swasta dan sekarang kerja sendiri. Setiap daripada kita pasti ada matlamat hidup tersendiri dengan keberanian yang berbeza-beza. Aku sejak dari awal memang telah menanam cita-cita untuk kerja sendiri.
Tujuan aku bekerja dengan Kerajaan adalah untuk meningkatkan nilai diri supaya akhirnya aku boleh bekerja dengan swasta dengan gaji yang berlipat kali ganda. Cita-cita aku tercapai setelah enam tahun bertungkus lumus di Jabatan Kerajaan akhirnya aku dapat offer bekerja dengan Syarikat Swasta dengan gaji berlipat kali ganda.
Tujuan aku bekerja dengan swasta pulak untuk mendapat pengalaman dan belajar sistem berniaga yang betul supaya aku dapat menguruskan perniagaan aku dengan baik. Alhamdulillah setelah menceduk berbagai ilmu dan pengalaman selama empat tahun akhirnya aku berhenti bekerja makan gaji dengan swasta dan menubuhkan syarikat katering bersama beberapa orang rakan niaga.
Untuk kerja sendiri kita mesti ada persediaan jangan main redah je. Tapi kalau nak tunggu persiapan 100% seperti komen-komen dalam entri “Bersara Awal Untuk Jadi Kaya” akhirnya memang tak jadi nak kerja sendiri sebab tak akan ada sesiapa yang boleh bersedia seratus peratus. Kalau nak tunggu duit beratus ribu ada dalam bank sampai bila tu? Kalau dah duit ratus ribu dalam bank buat apa pulak nak berhenti kerja baik terus je kerja makan gaji sebab gaji dah besar.
Ada macam-macam cara boleh kita buat untuk kerja sendiri bukan semestinya jadi kontraktor kelas F atau buka syarikat katering sahaja. Kita bermula dari kecil-kecilan yang penting ada hasilnya. Aku sangat tak minat nak cerita projek juta-juta malah ada yang cerita billion-billion tetapi hasilnya memang susah nak dapat tapi duit yang keluar banyak.
Bila kerja sendiri ini kena ada disiplin, rajin, jangan malu, tak boleh cepat emosi dan kreatif. Kalau nak amalkan bangun lewat jangan harap nak sukses. Kalau tak pandai jaga masa asyik lewat temu janji siapa nak percaya. Kena rajin cari idea-idea baru yang kreatif biar simple tapi mesti lain daripada yang lain. Paling penting komunikasi mesti terbaik kerana itu modal paling penting … walaupun poyo je macam Blogger Ini tapi berjaya beliau membina jenama.
Abad 21 ni lagi mudah nak kerja sendiri tak perlu banting tulang duduk rumah mengadap komputer ramai yang dah jadi kaya raya. Yang penting jangan tamak, biar sedikit lama-lama jadi bukit. Yang penting kena belajar skil bagaimana duit yang sedikit boleh kita gandakan jadi banyak dan kemudian baru kita belanjakan. Jangan pulak baru berniaga dah gatal nak pakai kereta mewah, beli rumah mewah dan dating awek mewah memang gelaplah masa depan.
Apa pun hanya mereka yang BERANI GAGAL sahaja boleh kerja sendiri yang lain akan terus kerja makan gaji .. dapat gaji setiap bulan … tak payah pening-pening kepala walaupun tak puashati dengan majikan. Kepada yang nak kerja sendiri bagus kalau ada sifu yang sentiasa jadi tempat rujuk bila ada masalah atau bertukar fikiran untuk go next level.
Cuba bagi cadangan apa Kerja Sendiri yang boleh kita buat kalau nak berhenti makan gaji?
207 Comments
salam kenal, sangat menginspirasi sekali, kebetulan saya sedang belajar usaha sendiri dengan menjual obat herbal
Bagimana pun gaji dari Kerja sendiri tentu lebih nikmat daripada kerja dengan orang lain. Makan duit yang didapat karena diperintah orang, dimarahi, dicaci maki dan hal tak menyenagkan lainnya tentu beda dengan duit dari kerja sendiri yang dilakukan dengan rasa merdeka senang hati.
Curahan rasa natural beauty @ ..Comment on The Way To Overcome Acne Without Drugs by read this
Teringin juga nak kerja sendiri. tapi still tak yakin dengan kebolehan diri + tiada pengalaman yang cukup + backup plan yang baik
Curahan rasa dennis @ ..PENANG VILLAGE ALAMANDA PUTRAJAYA
banyak persiapan perlu dilakukan untuk berkerja sendiri…
setakat ni memang kena makan gaji dulu..
nak buka perniaagaan sendiri perlu ada modal, pengalaman,pengetahuan…..
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Bro Framestone Ke Alam Baru
Bekerja sendiri memiliki keluasan waktu yang lebih banyak dan akan menciptakan kreatifitas dalam menciptakan sesuatu yang bisa menghasilkan
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..iPhone 5 Gadget Impian
setuju saya sama akang. waktu luang lebih banyak. hehehe
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..7 Daftar Buah Penambah Energi Tubuh
bener banget tuh…
sekarang ini mudal sekali untuk memulai usaha sendiri walawpun tidak memiliki modal.
dari pada kerja makan gaji mendingan kerja sendiri walawpun hasil nya tidak tentu tapi kita mendapatkan kebebasan.
keren nih Artikel untuk di baca…
makasih atas infonya.
Curahan rasa Obat dari kulit manggis @ ..Obat Herbal Miom
kalau income dijamin lebat semua orang pasti lebih utamakan kerja sendiri..
Curahan rasa Weschairs @ ..iPhone 5 gadget impian
hehehe benar juga… salam kenal ya mas 🙂
Curahan rasa Rahasia Sehat @ ..7 Daftar Buah Penambah Energi Tubuh
Boleh kalau kita mahu bertukar angin bekerja sendiri, tetapi pastikan kita ada aliran tunai tetap dalam 12 bulan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Sekarang ini pun bukan senang kan nak cari kerja.
Curahan rasa Ikhtiar Shah @ ..Kita Tidak Akan Berpisah
moga aja yah dengan begitu kita ndak makan gaji dari harta yang tak halal dan emank bagus makan gaji karena keringat sendiri
Curahan rasa Software Toko Program Kasir Terbaik @ ..Software Toko Program Kasir Terbaik
Nak buat kerja sendiri, tapi kemahiran tiada. Belum bersedia bekerja sendiri, maybe masa akan datang Insya Allah..
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
Bekerja sendiri banyak kelebihannya,
Tidak terikat pada mana2 rakan di sini,
Hasil pendapatan boleh dikira,
Keuntungan ttg mendapat rezeki.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..iphone 5 Gadget Impian
sebuah pengalaman baru bagi saya yang masih awam dengan fenomena kehidupan yang terjadi, bagaimana sebuah benda kecil dengan nama uang sangat mempengaruhi hidup kita…
trims atas sharingnya, sukses selalu
Curahan rasa alsa @ ..MSI Wind Netbook U100 Drivers Download
semua mempunyai tanggung jawab tersendiri dan kita harus bisa memilih mana yang terbaik buat kita
Comments are closed.