Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Abang baru kemaskini “biodata Denaihati“ sudi-sudikan membaca. Kali ini Abang nak berkongi tips untuk mengurus dan mengandakan duit, pasti ramai yang suka dengan tajuk begini.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Khutbah Jumaat baru-baru ini khatib berkongsi ilmu betapa pentingnya mengurus duit dan hutang. Ramai yang gagal dalam hidup hanya kerana gagal menguruskan duit dan hutang. Untuk belajar ilmu menguruskan duit boleh ikut berbagai seminar kewangan yang dianjurkan oleh berbagai organisasi. Ketua keluarga selain mesti belajar cara menguruskan kewangan juga perlu didik keluarga uruskan duit dan mesti berkongsikan status hutang semasa kepada keluarga.
Khatib membaca ayat 47 surah Yusof yang maksudnya :
Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.”
Belajar menguruskan duit dari Nabi Yusof
Sangat penting ilmu urus DUIT ini yang ramai dikalangan kita terlepas pandang dan akibatnya sangat teruk. Pada hal kisah mengurusan ekonomi dan kewangan sudah disebut dalam Al Quran sejak 1400 tahun dahulu. Malahan kisah Nabi Yusof menguruskan ekonomi negara sudah berlaku ribuan tahun lebih awal seperti yang disebut dalam ayat 55 Surah Yusof yang maksudnya :
Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya“.
Bagus sangat kalau kita boleh baca maksud dan fahamkan Surah Yusof berulang-ulang kali kerana dalam kisah tersebut kita diajar bagaimana untuk bekerja bersungguh-sungguh selama tujuh tahun dan membuat persediaan untuk menghadapi musim kemarau selama tujuh tahun akan datang.
Bisnis yang kita uruskan juga pasti akan melalui suasana yang sama, ada musim buah yang lumayan hasilnya dan juga pasti ada musim gugur yang kering semua daun-daunnya. Untuk bertahan lama, ketika musim buah jangan dimakan semua buahnya, perlu disimpan sebahagian untuk persediaan dimusim kering dan lebih hebat bukan setakat simpan malahan tanah bijinya untuk mengandakan hasil apabila tiba musim buah yang lain.
Kisah Kegagalan kawan-kawan mengurus duit
Beberapa hari lepas Abang bertemu sahabat yang pernah menjana pendapatan sehingga berpuluh ribu ringgit sebulan dari bisnis online tetapi kini terpaksa bekerja kuat semula untuk menaikkan balik bisnis yang sudah jatuh. Katanya kelemahan paling ketara tidak dapat menguruskan duit yang masuk banyak setiap bulan. Duit habiskan dibelanjakan pada perkara yang tidak penting kerana menyangka duit yang banyak akan sentiasa diperolehi sampai bila-bila. Bukan setakat tiada ilmu menguruskan duit, ilmu nak mengandakan duit lansung zero.
Abang sudah jumpa ramai kawan-kawan yang begini, berjaya dalam berbagai jenis bisnis sehingga bergelar jutawan tapi tak lama kemudian jatuh tersembam mencium bumi. Ada yang jadi lebih miskin daripada sebelum berbisnis dan menanggung hutang yang sangat banyak. Statistik memang menunjukkan ramai sangat anak-anak muda yang muflis setiap hari. Sebab paling utama tidak pandai menguruskan duit.
Menguruskan dan mengandakan duit
Ramai diantara kita yang buat-buat tahu ilmu urus DUIT apabila ditanya tetapi akhirnya kecundang. Ilmu urus duit memang ramai sangat yang lemah apatah lagi ilmu mengandakan duit dari keuntungan bisnis jadi dua, tiga, empat kali lipat lagilah zero.
Setakat ini majoriti usahawan muda yang Abang jumpa bukan sahaja lemah ilmu menguruskan duit juga tidak ada ilmu nak gandakan duit yang telah diperolehi daripada bisnis mereka. Bisnis bukan sekadar fikir bagaimana nak untung 30 – 40 % sahaja tetapi lebih penting bagaimana untuk jadikan keuntungan itu berganda-ganda untukk persiapan tujuh tahun musim kemarau seperti yang disebut dalam Surah Yusof.
Anda pandai mengurus duit dan mengandakan duit jadi berganda-ganda?
Dalam tulisan sebelum ini Abang ada kongsikan cara mengandakan duit berdasarkan pengalaman sendiri. Ada banyak cara berbeza mengikut pengalaman sahabat-sahabat yang lain. Semua kaedah betul yang penting hasilnya mesti tercapai.
Video menarik untuk keluar dari kesesakkan hidup
Amir Denaihati
Founder Denaihati Network
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
64 Comments
Inilah di antara ‘kesilapan kecil’ kebanyakkan peniaga online. Apabila dapat keuntungan yang banyak, mereka kurang mahir untuk lipatgandakan lagi keuntungan tersebut.. kebanyakkannya akan mula tambah liabiliti-tak-perlu yang banyak, hingga satu tahap apabila tiba-tiba bisnes jatuh, mereka tak boleh nak rolling modal pun, sebab hutang-tak-perlu pun banyak..
Curahan rasa Arnie @ ..Amalan Meruang Tingkatkan Risiko Jangkitan Kuman Dan Sukar Untuk Hamil
menguruskan dan menggandakan duit perlu ada ilmu dan strategi yang berkesan untuk manage dengan betul. semua apa yang kita belanjakan kena catat. macam dalam transaksi akaun syarikat.. tapi kalau dalam keluarga, roughly pun ok dah.. sekarang pakai apps pun dah ada.
Curahan rasa zik @ ..Pengalaman jual burger tepi jalan, income rm5000 sebulan
zaman sekarang yang sememangnya memerlukan kemahiran utk buat agihan perbelanjaan…nak cukupkan bagi sebulan utk dapatkan gaji seterusnya kalau dah uruskan dgn betul rabak ditengah bulan hehe
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Pengalaman & Tips Menonton Perlumbaan MotoGP Di SIC Sepang Malaysia
Gagal menguruskan duit dengan betul akan mengakibatkan kita rugi selamanya.
Duit perlu diurus dengan bijak dan pandai menggunakannya di tempat yang sesuai.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Cara Betul Pasang Iklan Google Adsense Di Blog
betul..hakikatnya ramai yang tahu ilmu urus duit tapi tidak mempraktikkannya. lagi teruk ada yang buat-buat tahu.
Curahan rasa JMR @ ..Buat Ibadah Korban secara online dengan eQurban
betul, perlu tahu nak uruskan duit, kalau tidak usaha yang di buat tidak nampak hasilnya.
Curahan rasa noor aziana mohd salleh @ ..5 Sebab Wanita Memerlukan Omega-3
Betul, terima kasih atas perkongsian tuan.
Kalau duit banyak sekalipun, tapi gagal uruskan wang memang tak ada nilainya.
Sebab sekejap je boleh habis, apatah lagi nak gandakan kan. Hmm
Curahan rasa Sofea Effendi @ ..Vitamin Bantu Naikkan Bacaan HB Ibu Hamil – Elak Anemia
setuju sangat, bab urus duit kena sama hebat dengan bab cari duit. barulah kita nampak usaha kita
Curahan rasa raihanah @ ..Cara Bisnes Shaklee Sampai Berjaya
Duit tak boleh bawa mati tapi rasa nak mati kalau tak ada duit. #gurau.
Anak2 muda kena ada kesedaran pentingnya mengurus duit supaya tak menyesal kemudian hari.
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Senarai 54 Blog Menarik Untuk Blogwalking dan Dilawati
Terima kasih atas tips ilmu kehidupan ini tuan denai hati
Saya sedang amalkan mana yang tuan kongsi
Mohon halalkan ya
Ilmu bermanfaat itu kan sedekah jariah
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Omegaguard Shaklee Untuk Ibu Mengandung! 9 Manfaat minyak ikan
Ya.
Ada duit.
Tapi bab urus, ramai yang fail.
Lagi-lagi bab nak gandakan duit. Itu lagi ramai yang fail.
Jadi, sebelum terlambat, belajarlah.
Curahan rasa titan @ ..The Super Collosal Big Fat Boss Baby.
betul sekali…sejarah nabi yusuf memberikan kita pelajaran berarti, semoga kita bisa mengambil pelajaran dari kisah nabi yusuf. makasih denaihati untuk postingannya
Curahan rasa Rifa Umunisa @ ..Cara Menjadi Member Tasly di Jakarta
ya. betul tu tuan. kita kena memandang jauh kehadapan. biasanya, yanng seronok tu sekejap je. dapat banyak duit terus lupa yang 1 hari nanti mesti di landa masalah besar. kebanyakkan orang tak bersedia tentang itu, dan penulisan tuan ini mengingatkan mereka semula. alhamdulilah.
http://www.mrejoy.com/
Curahan rasa mrejoy @ ..3 Idea buat duit online 2017
Info yang sangat bermanfaat.. banyak ilmu tentang pengurusan duit yang saya kurang arif sebelum ini.
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Alhamdulillah.
Baru-baru ini saya berpeluang menganjurkan program Be $MART tajaan CIMB Foundation..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Banyak ilmu tentang pengurusan kewangan yang dapat saya pelajari dalam program selama 2 hari tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Diharapkan para peserta yang menyertai program tersebut dapat memanfaatkan segala ilmu yang mereka pelajari ke dalam kehidupan mereka yang sebenar..
Curahan rasa anuar @ ..Belajar Cara Urus Wang Dengan Betul dalam Program Be $MART CIMB Foundation di PSIS
Comments are closed.