Hilang kawan kerana blog awards

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sekarang ni musim blog awards. Dimulakan dengan Social Media Awards 2012 yang alhamdulillah blog Denaihati dianugerahkan sebagai Best of The Best Blog of the year.

Baru selesai dan menunggu keputusan adalah Malaysia International Tourism Blog Awards. Dengan semangat setiakawan blog Denaihati telah membantu mempromosi beberapa Rakan Blogger yang menyertai. Alhamdulillah The Singing Blogger mendapat vote tertinggi untuk katogeri celebrity. Kepada yang tidak berjaya jangan kecewa, hidupkan mesti berani gagal. Tak kisah tak berjaya mendapat awards kerana dapat peluang penjenamaan itu yang lebih penting.

DiGiWWWOW blog awards masih dalam peringkat pengundian sehingga 13/5/2012. Blog Denaihati mencalonkan diri untuk Blogger of The Year suatu awards yang terlalu besar nilainya dan sepertinya belum layak untuk untuk Denaihati. Kalaulah blog Denaihati sudah mendapat banyak anugerah rasanya baru berani naik kepentas untuk mengambil anugerah sebesar ini. Blogger of The Year sangat besar dan berat tanggungjawab untuk membawa nama itu.

Menyertai blog awards ini pun ada risikonya terutama nak bersaing sesama Rakan Blogger. Baru ada kawan maklumkan beliau di keluarkan dari senarai FB dan Twitter kawan beliau hanya tidak sehaluan dengan isu Bersih 3.0. Rupanya ada juga kawan unfollow FB dan Twitter persaing yang bersaing dalam katogeri yang sama untuk blog awards. Kabarnya ada juga blogger yang mengejek blogger yang lain kerana bersaing untuk mendapat blog awards.

Dunia blog Malaysia bukanlah besar sangat kenapa perlu hilang kawan hanya kerana blog awards. Awards hanyalah awards bukanlah lebih penting daripada persahabatan. Kita boleh bersaing bersungguh-sungguh untuk mendapat awards dengan berbagai cara tetapi jangan sampai memutuskan ikatan persahabatan. Blog awards sepatutnya menjadikan kita lebih profesional bukan memecah belahkan komuniti blogger yang tak ramai mana pun.


Spread the love

420 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!