Assalamualaikum dan salam 1Dunia, cuti persekolahan Malaysia semakin menghampiri dipenghujungnya. Pasti berbagai program telah dirancang oleh ibubapa disepanjang cuti sekolah dan tidak kurang juga ada anak-anak yang dibiarkan di rumah tanpa ada apa-apa program.
Kali ini kami tak sempat untuk berjalan ketempat istimewa seperti kembara cuti sekolah yang lepas. Cuti dimulakan dengan majlis doa selamat masuk ke rumah baru. Terima kasih kepada keluarga dari Malaysia dan Indonesia, teman-teman dari dekat dan jauh serta penduduk tempatan yang sudi memeriahkan majlis. Semuga rumah ini menjadi kediaman yang menjadi pusat kejayaan dunia dan akhirat.
Pada hari 4 kami pulang ke Sabak Bernam untuk mengantar pulang emak dan bapak mertua serta menghadiri majlis potong jambul cucu yang baru yang baru kehilangan ibunya. Memang sedih anak saudara aku meninggal bulan lepas pada usia yang muda meninggalkan 4 orang anak yang masih kecil.
Di akhir percutian sebelum hantar anak sulong balik ke madrasah insyallah kami sekeluarga akan melawat adik di Johor yang kemalangan kecil mengakibatkan kaki disimen. Tak lupa kami juga akan menziarahi anak yang ke tiga di madrasah An Nur, Muar yang sudah 20 hari tidak kami jengok.
Aku dah explain kat anak-anak cuti sekolah kali ini kita abiskan masa untuk rapatkan tali persaudaraan dan insyallah cuti sekolah akan datang kita akan bercuti di tempat yang menarik.
[ad#nuffnang336]
No related posts.
33 Comments
tahniah masuk rumah baru. beli rumah kat mana bro?
Curahan rasa nasslimdiet2 @ ..Adenovirus
malaysia banyak cuti cuti.bayangkan cuti perayaan tiap agama pun banyak,cuti idil fitri dan adil adha,cuti maulidur rasul,cuti kristmas,cuti gawai,cuti keamatan sabah,cuti deepavali,cuti hari vesak,cuti tahun baru cina,cuti wilayah persekutuan,cuti hari jadi pembesar,agung,menteri besar,dan ada lagi yang lain termasuklah cuti sekolah.kalau cuti sekolah,ibu bapa turut bercuti.so 30 hari penuh jadual cuti cuti malaysia.kalau nak ikut pergi bercuti melawat negeri negeri di malaysia, memang dah banyak kenalan.
Haha.. pernah juga dengar benda tu dekat luar.. satu daripada negara yang banyak cuti
Curahan rasa Steward John @ ..Appreciation from a blogger friend
dah lama tak menikmati kebestan cuti sekolah..tunggu ada anak nanti kot baru terasa nikmat cuti sekolah dapat pergi bejalan2
Curahan rasa aimannajmy @ ..Jalan-jalan Jeti Semeling Part 1
Haha. betul tu.. tunggu ada family dulu kan
Curahan rasa Steward John @ ..Top 40 most popular blogs in Malaysia
Semasa zaman sekolah, cuti sekolah dinantikan kerana dapat tidur dirumah sedara-mara dan rumah nenek. Salah sebab nak elak buat kerja rumah Ha…ha…
Curahan rasa akubiomed @ ..Mari bermain Light Painting @ Light Graffiti
huhu bestnya cuti sekolah
Terkini : Malaysia Bebas Kesan Radiasi
Curahan rasa suffer8zine @ ..Gambar Sebelum Dan Selepas Tsunami Di Jepun
teringat zaman sekolah dulu. Time ni la nak main puas-puas..
Curahan rasa titan @ ..Tambahkan jumlah follower Twitter dengan Twiends
Dulu main kejar2 n nyorok2 tapi sekarang main PS3 n iPad dunia dah berubah
hahahah setuju, takde dah permainan tingting ke…congkak ke. batu seremban ke. :p
eyra pun tahu juga permainan tingting tu? ingatkan permainan tu ada dekat sini jer..
Curahan rasa Steward John @ ..Appreciation from a blogger friend
Alhamdulillah, anak2 masuk madrasah.
Betul, kalau anak2 yg berjauhan (macam sekolah asrama), waktu2 macam ni lah nak eratkan balik silaturrahim tu. Ibu bapa kena main peranan, rancang sebaik mungkin. InsyaALLAH
Curahan rasa Affan @ ..Beza Air Liur dan Air Liur Basi
musim cuti ni la nk melawat saudara masa. ketika masa masih terluang…
anak2 pon boleh la mengeratkan silaturrahim sesama saudara mara.
Curahan rasa shah @ ..Guru menjadi pendidik atau pengajar
bagus lah..moga2 di permudahkan semua urusan
Curahan rasa shah @ ..Guru menjadi pendidik atau pengajar
kalau di Indonesia Cuti Sekolah barulah pada bulan Juni nanti.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Earth Hour 2011- Setelah 1 Jam- Jadikan Gaya Hidup
namanya cuti awal tahun pelajaran..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Earth Hour 2011- Setelah 1 Jam- Jadikan Gaya Hidup
Ha, waktu itu la paling sesuai yah kalau Bang Iwan mau datang berlibur di Malaysia
Curahan rasa Steward John @ ..Appreciation from a blogger friend
Boleh aja Bro… tapi yang penting harus menabung dulu.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cinta Sejati dan Kesejatian Cinta
hai DH..
sekarang musim cuti sekolah
syok p cuti dgn family..
ni nak bg sikit petua nak cepat baik
dari kaki patah..
cari minyak india harga 2.50
panaskan sedikit dan sapu tempat yg patah..
insyaAllah cepat pulih tulang yg patah..
ada di jual di kedai runcit INDIA
Curahan rasa nurmisnan @ ..Daun Parsli banyak khasiatnya
bila difikirkan produk launching saya makin hampir..huaaa, takutnyEEww..hehe
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..5 Faktor Kenapa Tak Wajar Pakai Netbook
bila masuk form 5, cuti pun tak ada rupa cuti..
Curahan rasa FD @ ..Applikasi Penetapan Gred SPM
belajar leklok ye adik..;DDD
Curahan rasa syahrilhafiz @ ..5 Faktor Kenapa Tak Wajar Pakai Netbook
bila diperhati betul-betul, sungguh bro ilham ni usianya lebih tua dari yang pendekar fikirkan.
anak saudara sendiri pun dah punya anak..
Yang meninggal tu anak kakak ipar yg kawin muda maka jadilah kami datuk n nenek saudara muda.
betol tu. jgn tunggu waktu hari raya je baru nak balik kg. nnt anak-anak pon dah tak kenal siapa sepupu-sepapat diorang.
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Korang Sanggup Tinggal Dalam Tangki Air Aku Sanggup!
Setuju.. biar sejak dari kecil lagi dorang dah rapat dengan sepupu..bila besar tak la segan nanti
Curahan rasa Steward John @ ..The Ultimate Giveaway, you could walk away RM100,000 richer
Betul… anak-anak memang haru s dikanalkan sepupunya sejak kecil supaya terbiasa nantinya.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Cinta Sejati dan Kesejatian Cinta
Comments are closed.