Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis jemputan Ariff Shah tuan punya blog.ariff Blogger Malaysia semuga perkongsian ini akan menambah lagi ILMU Blogging kita untuk go next level dalam dunia blog. Sebelum ini sudah beberapa kali Ariff Shah menjadi penulis jemputan antaranya entri “Menjawab Persoalan Tentang H Tags“ dan “10 Elemen Rekabentuk Blog Popular Malaysia“. Jom kita baca entri terbaru yang menarik ini :
Google baru sahaja mengumumkan sepuluh daripada beratus-ratus kemaskini untuk Google Search yang telah dilakukan pada tahun ini. Antara 10 kemaskini tersebut, ada beberapa sahaja yang saya ingin ketengahkan di sini. Yang lain tu, ada yang tak berkaitan pun.
Snippets with more page content and less header/menu content
Kadang-kadang dalam Google Search akan keluar teks atau menu yang terdapat dalam navigation bar. Masalah ini berlaku mungkin disebabkan struktur kod dalam blog. Dengan kemaskini ini, lebih banyak teks akan diambil daripada content berbanding apa yang terdapat di dalam header.
What to do? Tulis entri elok-elok, gunakan bahasa yang mudah difahami dan bukan bahasa rempit. Lebih banyak teks daripada entri akan dipaparkan, jadi kalau content menepati kehendak pengguna Google search atau mereka tertarik untuk membaca keseluruhan entri, maka link anda akan diklik.
Ingat, pengguna internet adalah content hungry. Persembahkan content anda sebaik mungkin dan mudah difahami.
Better page titles in search results (de-duplicating anchors)
Dulu ada macam-macam contest yang menyuruh peserta untuk meletakkan link mereka yang menggunakan anchor text pilihan mereka. Contohnya, kalau blogger tu nak rank first page keyword hensem, dia suruh blogger linkkan blognya pada perkataan tersebut dalam blog mereka.
Sekarang, kalau benda tu dibuat berulang kali, memang kantoi dah. Page content akan dianalisa untuk memastikan anchor text sama yang digunakan berulang kali bertepatan dengan content. Kadang-kadang, takde kaitan pun.
What to do? Instead of menggunakan alamat homepage kita pada anchor text tadi, gunakan ia pada page yang paling releven dalam blog kita untuk anchor page tersebut. Juga, variasikan anchor text. Gunakan tiga hingga empat keyword sebagai anchor text dan bukan satu atau dua.
Fresher, more recent results
Sekarang semua orang boleh rank pada keyword yang telah lama dipegang oleh orang lain. Content lama akan ditolak ke bawah dalam Google Search dan digantikan dengan content baru asalkan ianya releven, lebih banyak informasi dan bagus.
What to do? Kalau kita masih ada keyword yang dah dipegang lama, update blog dengan keyword tersebut berserta maklumat baru yang lebih releven pada waktu ini. Personally, saya akan copy apa yang boleh direcycle daripada entri lama dan letakkan redirect 301 pada page lama tersebut ke page baru. You can have as many 301 redirects as possible, asalkan tak cross domain banyak-banyak.
Kesimpulan
SEO sekarang bukan lagi childs’ play. Cara yang terbaik untuk untuk berjaya adalah dengan menghasilkan content yang bagus, padat dan berinformasi.
Boleh baca entri penuh: Ten recent algorithm changes
124 Comments
maksudnya kita kena menulis untuk manusia faham. Robot google sudah semakin banyak belajar dari manusia. Lama-lama dia juga faham bahasa manusia. Sudah semestinya satu hari nanti bila robot google sudah mencapai kematangan, entry yang tidak difahami oleh manusia dan robot akan terkeluar dari senarai. Teknologi semakin canggih..manusia juga kena jadi canggih.
Curahan rasa cikgu hairul @ ..Mak… Janganlah Marah Adik
>_<
Curahan rasa Mejuez @ ..Ainun Nazieb Blogger Indonesia Kena Saman Dengan Facebook!
kalau redirect tu, kira hyperlink atau ada cara redirect 301?
Curahan rasa KiD @ ..Selamat Hari Jadi Anakku ILHAM
redirect 301.
Curahan rasa ariff @ ..Soalan Kemahiran Berfikir Untuk Anda
oh. kalau wordpress, boleh guna file htaccess letak redirect 301. Ada plugin boleh buat tu. Untuk blogger/blogspot, guna meta refresh.
Curahan rasa ariff @ ..Soalan Kemahiran Berfikir Untuk Anda
apa nama plugin tu..
Curahan rasa faiz @ ..Ye Bang..Eh Akak..
plugin “redirection” pun boleh rasenye.
Curahan rasa Akmalnizam @ ..KAHWIN THAI NIKAH SIAM POLIGAMI KADI WALI YALA DI SEMPADAN SELATAN THAILAND
Kat mana nak guna meta refresh tu ? dan macam mana nak guna tu ?
Curahan rasa b3njy @ ..5 TIP NAK MENANG PERADUAN GADGET IMPIAN DENAIHATI
THANKS ARIFF…
Curahan rasa KiD @ ..Selamat Hari Jadi Anakku ILHAM
Informasi yang amat berguna dan perlu di ambil berat jika ingin berada di kelompok google search yg bagus…thank bro.
Curahan rasa Syarih @ ..Dilema Seorang Blogger Baru.
maknanya kena guna bahasa baku ke ariff?
Curahan rasa afiqaiman @ ..Buat Duit Dengan Blog: Fakta Atau Auta?
tak semestinya.
Curahan rasa ariff @ ..Soalan Kemahiran Berfikir Untuk Anda
Kalau baku pun okay jugak… >_<
Curahan rasa Mejuez @ ..Ainun Nazieb Blogger Indonesia Kena Saman Dengan Facebook!
content yang mantap dan tatabahasa yang betul dalam sesebuah penulisan di dalam blog. amat penting tu. kalau pakai bahasa rempit memang google tak boleh search la.
yang redirect 301 pada page lama ke page baru tu yang tak berapa nak faham. hehe
Curahan rasa paihujey @ ..Komen Di Blog Turut Menyumbang Trafik
buat page baru, copy content daripada page lama letak dalam page baru dan tambah content. Redirect semua trafik daripada page lama ke page baru.
Curahan rasa ariff @ ..Soalan Kemahiran Berfikir Untuk Anda
Ok … macam nampak sikit klunya … kena belajar lagi ni …
Curahan rasa b3njy @ ..5 TIP NAK MENANG PERADUAN GADGET IMPIAN DENAIHATI
thanks for sharing this…sgt berguna
Betul tu, apa yang penting, content kena penuh dengan informasi sebab Pengguna google adalah dari kalangan mereka yang dahagakan informasi
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Niat Solat dan Takbiratulihram
Banyak lagi hendak dipelajari kerana ada sahaja teknik baru-baru. Bagus kalau kalau anak tempatan yang mempunyai kemahiran setanding barat.
bagus… akan dipraktikkan mana yang patut dan mesti buat… tq bro
Curahan rasa yangbaik @ ..16 November : Satu tahun yang berlalu
cmne nk buat redirect 301 tu? blogspot bley x?
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Tweetphone: Taip Status Twitter Dengan Telefon Retro Papan Dail Berputar
Not sure. Blogspot boleh buat meta refresh untuk redirect. Google.
Curahan rasa ariff @ ..Soalan Kemahiran Berfikir Untuk Anda
very cool teori, sangat bagus untuk blog kecil2 lanku
Curahan rasa cotatua @ ..Cute:Selena Gomez dan Justin Bieber Sudah Dapat Enam Orang Anak (3 Photos)
terima kasih , saya memang tengah kemaskini semua content dalam blog , yg mana terlalu ringkas sy tambah , yg mana tak menarik sy tambah gambar kasi menarik , yg saya tak faham dan tertanya2 ,
kadang2 ada tajuk dan permalinks yg ditukar , tak pe kah ?
Curahan rasa puanbee @ ..Cara Buat Ketayap Gulung Hidangan Tradisional Malaysia
Guna WP kan? Kalau tukar, url lama pun kena ada redirect ke URL baru. Kalau tak nanti URL tu wujud dalam search engine tapi bila orang masuk ada 404 error. Guna plugin redirection.
Curahan rasa ariff @ ..Soalan Kemahiran Berfikir Untuk Anda
Tak per kot… sebab saya pun selalu main tukar2 permerlink..
Curahan rasa Mejuez @ ..Ainun Nazieb Blogger Indonesia Kena Saman Dengan Facebook!
terima kasih kongsi.. just tak berapa nak faham note yang kedua tu..
Curahan rasa zie fauzi @ ..Rindu Abah…
ic.. begitu yah?? Thanks brother for sharing here…
Curahan rasa nurmisnan @ ..Khasiat madu lebah asli
nice…. tapi still lagi tak berapa paham… huhu….
Curahan rasa Norfa @ ..Terbaru Shoutmix Version 3 Cantik dan Kemas…
Comments are closed.