“Kami tak akan lupakan Muhammad Adib”

Spread the love

Kami tak akan lupakan arwah Muhammad Adib Mohd Kassim walaupun sudah hampir dua tahun meninggalkan kami, namun kenangan bersamanya tetap dalam ingatan,”

Bagi Bakri Awang, 57, bilal Masjid As-Saadah Kampung Tebengau, di sini berkata, sepanjang hayat arwah, setiap kali tiba Ramadan, dia akan datang ke masjid untuk menunaikan solat Tarawih berjemaah.

Katanya, Muhammad Adib seorang anak yang baik dan menghormati orang tua dan tidak pernah lekang dengan senyuman.

Malah ramai orang luar yang singgah ke masjid ini untuk menunaikan solat tidak akan lupa untuk menziarahi pusaranya untuk mendoakan supaya rohnya dicucuri rahmat

Bukan itu saja, ramai yang tak putus-putus datang ke sini sejak hari arwah dikebumikan sehinggalah sekarang walaupun arwah bukanlah seorang yang dikenali sebelum ini,”

Bakri berkata, pihak masjid itu juga bercadang untuk menamakan kolah masjid itu sebagai nama “Kolah Muhammad Adib” sempena untuk memperingatinya.

Beliau berkata, bapa arwah, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, turut menyalurkan dana untuk membina kolah ini bagi memudahkan jemaah masjid dan sesiapa saja mengambil wuduk.

Selain kolah, mungkin kami akan membina papan tanda untuk pusara Muhamad Adib sebagai petunjuk kepada orang ramai yang tidak tahu jalan ke sini.

Namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac lalu, orang dah tak datang ke sini namun kami jemaah masjid tetap datang untuk membacakan doa buat arwah tapi mungkin lepas ni orang akan datang balik, “

Dalam pada itu, imam masjid itu, Zainuddin Hassan, 61, berkata, arwah seorang yang sangat baik dan tutur katanya sopan ketika berbual di sini.

Katanya, jika tidak bulan Ramadan pun malah arwah akan datang ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah di sini.

Baca : Perginya Muhammad Adib meninggalkan kita…

Datuk saudara Muhammad Adib, Kassim Shaari, 70, berkata, dia sebak setiap kali melihat pusara arwah Muhammad Adib kerana arwah sangat rapat dengannya.

Katanya, arwah memanggilnya “tok njang” dan pandai mengambil hati orang tua.

Walaupun kejadian dah berlaku hampir dua tahun, saya takkan lupakan arwah tambah- tambah lagi di bulan Ramadan seperti ini, macam arwah masih ada,” katanya.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Subang Jaya parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.

sumber : BH Online


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!