Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Satu gempa bumi bermagnitud 6.8 pada skala Richter menggegarkan Sulawesi, Indonesia pada 7.40 malam ini.
Dalam kenyataannya di sini, Jabatan Meteorologi berkata pusat gempa berada 223 km di utara Kendari, di selatan Sulawesi.
Gempa dengan kedalaman 10 km itu tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada Malaysia, demikian menurut kenyataan tersebut.
Kerajaan Indonesia hari ini, mengeluarkan amaran tsunami, sekali gus menggesa penduduk segera berpindah ke kawasan lebih tinggi, susulan gempa bumi berukuran 6.8 magnitud di kawasan pantai pulau Sulawesi.
Lebih 3,000 penduduk maut dalam kejadian gempa bumi dan tsunami di Palu, di tengah Sulawesi, tahun lalu. Gempa bumi itu menunjukkan potensi berlakunya tsunami, jadi penduduk dinasihatkan supaya segera berpindah.
Agensi ini sedang memantau keadaan ombak besar, memandangkan gempa bumi ini berpotensi mengakibatkan tsunami.
“Keadaan ombak yang pertama mungkin bukan yang terbesar,” kata jurucakap agensi geofizik, Taufan Maulana dalam satu kenyataan.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa bumi.
Amaran telah diberikan kepada penduduk di Pulau Sulawesi dan sekitarnya untuk mengambil tindakan dan mengosongkan kawasan tersebut.
3 Comments
Bencana alam semakin ketara berlaku di Indonesia. Semoga negara kita dilindungi dari kejadian gempa bumi yang tidak diingini ini.
Curahan rasa Ekin Azhari @ ..Keropok Viral Tok Ma Kekalkan Bahan Segar
Bumi asyik ‘mengamuk’ sahaja semenjak dua menjak ini. Apa maksudnya. Ini amaran Allah melalui kejadian alam, supaya manusia sedar diri!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Rahsia Menjadikan Anak Pintar Terbongkar!
semoga sulawesi aman dan selamat disana serta dilindungi rahmat tuhan smuanya..ameennn
Comments are closed.