Kalau bukan kerana aku pasti semua ini tidak akan berlaku

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tak sedap hati dengan apa berlaku kepada Kak Yan sehingga beliau terpaksa buat entri “Jangan Laga-lagakan orang“. Blog Denaihati memang tak menyertai Malaysian Tourism Blog Awards tapi memberi sokongan kepada beberapa Rakan Blogger. Secara terbuka aku nak mohon maaf kepada Kak Yan kerana apa yang berlaku adalah kerana aku.

Blog Kak Yan masuk dua katogeri iaitu Tourism Lifestyle Blog dan Tourism Blog of the year. Aku undi Emila Yusof untuk Tourism Lifestyle Blog dan undi Kak Yan untuk Tourism Blog of the year. Aku undi Emila Yusof kerana beliau memang layak dan blog Denaihati pernah membantu sedikit sehingga beliau menang hadiah no dua contest travel yang dianjurkan Yahoo Malaysia.

Beberapa hari sebelum pegundian Malaysian Tourism Blog Awards tamat kedudukan blog Yanmieonline berada kedudukan kedua di belakang blog Emilayusof.com untuk katogeri Tourism Lifestyle Blog dengan beza undian lebih daripada 200. Aku maklumkan pada Kak Yan nak bantu promosi tingkatkan jumlah undi. Kak Yan keberatan kerana jumlah terlalu jauh tapi aku kata kenapa tak cuba setidak-tidak untuk branding. Persaingan untuk menang awards adalah salah satu cara mempromosi blog yang sangat berkesan. Alhamdulillah dalam tempoh tersebut blog Yanmieonline.com menerima lebih daripada 100 undian dan ini bermakna lebih daripada 100 orang telah mengenali blog Yanmieonline.com. Dalam tempoh tersebut kami tidak lansung mengutuk atau memperkecilkan keupayaan mana-mana blogger tetapi berusaha bersaing secara sihat.

Malang persaingan yang sihat ini telah dipandang serong oleh blogger yang tidak dikenali dan aku yakin bukan Emila Yusof. Timbul kekecohan dan komen-komen yang negatif di Facebook, Twitter dan ruangan komen sehingga ada yang menyamar menggunakan nama blogger lain. Insan tersebut juga meninggalkan komen diruang komen blog Denaihati dengaan menggunakan nama samaraan Enveeus dan beliau tak sedar bahawa Bella Enveeus pernah beberapa kali meninggalkan komen jadi bolehlah kita check perbezaan IP. Untuk Bella Enveeus jangan risau kita tahu awak tak buat.

Beza IP Enveeus Samaran dengan Bella Enveeus

Ramai Blogger yang mengirim direct message harap aku bersabar dengan apa yang berlaku. Jujur aku dah melalui kejadian yang lebih teruk daripada ini sepanjang berniaga. Prinsip aku mudah kalau nak berjaya dalam bisnis tidak boleh emosi apabila menghadapi apa juga masalah samada kecik atau besar. Sejarah telah membuktikan tiada usahawan yang boleh berjaya cemerlang kalau mudah tersentuh emosi dengan halangan bisnis. Prinsip yang sama aku gunakan untuk menjadi seorang Blogger yang berjaya.

Ada rakan yang offer untuk menjejaki IP 123.136.106.125 yang mengunakan khimat UMOBILE tapi aku cakap tak perlu dan aku tidak mahu berprasangka buruk kepada sesiapa. Apa yang berlaku pasti ada hikmah besar jika kita dapat terima dengan redha dan ikhlas dan ayat ini juga aku kongsikan pada Kak Yan. Ujian sebegini adalah asam garam untuk kita go next level. Untuk penyamar Enveeus belum tentu dia tenang setelah apa yang dia lakukan.

Ucapan tahniah kepada Emila Yusof yang menang Tourism Lifestyle Blog Awards dan The Singing Blogger untuk Celebrity Blog Awards serta tahniah juga kepada semua pemenang untuk katogeri yang lain. Kepada Rakan Blogger yang tidak berjaya anda tidak tewas kerana proses penjenamaan telah berlaku sepanjang masa pengundian yang pasti akan memberi manafaat besar kepada blog dimasa hadapan.


Spread the love

246 Comments

  1. Moga Denaihati dan juga kak yan trus komited dalam arena blogging. Dgn prinsip teguh dan kental, serta cara kita memandang sesuatu itu dengan positif, insyaAllah kita akan mampu pergi lebih jauh dalam apa jua bidang =)

    Tahniah pada yg menang
    Curahan rasa hafizmd @ ..Talian Hayat:Dia janda anak satu…My Profile

  2. memang pahit untuk menerima pelbagai tohmahan dan fitnah yang menyerang.Tetapi,seandainya kita sedar,tahu dan yakin kita dipihak yang benar,kejujuran kita akan membantu memulihkan keadaan.Lambat laun,yang pahit akan bertukar kepada yang lebih manis.

  3. owh, ada juga yg bersikap mcm ni yer..

    kakyong menyokong usaha kawan2 blog.. bersaing dgn cara sihat apa salahnya.. yg penting ade network & kwn2 yg mbantu.. yg marah2 tu & rasa diri xde org sokong.. kena tgk balik diri dia la.. kalo kita ade network dgn mbina hbgn baik sesama blogger.. tentu x jd masalah utk mdptkan sokongan bila diperlukan.. 😀
    Curahan rasa kakyong @ ..Apa yang best dengan Hub Usahawan Online Edymart (HUOE) ?My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!