Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tular di sosial media dimana pelakon Indonesia terkenal Baim Wong menyamar sebagai orang gila. Baim menyamar seperti orang gila meminta makanan dan meminta simpati. Ada individu yang membantu dengan memberi makanan.
Pada individu yang membantunya , Baim menyambut baik dan menghulurkan saguhati berupa wang pada mereka .
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Video yang tular ini sudah mendapat tontonan lebih dari 4 juta dan dikatakan video penyamaran ini sempena meraikan 1 juta subscriber di YouTube miliknya.
Dalam banyak video yang dirakam ada satu video yang menyentuh perasaan. Dengan watak gila yang didukunginya, meminta sesikat pisang kepada peniaga pisang. Tanpa gusar dan ragu-ragu, peniaga itu menghulur dengan ikhlas padanya.
Dari situ, Baim tersentuh dan terus terdetik didalam hatinya untuk membantu peniaga ini. Apabila di hulur sejumlah wang, peniaga itu menangis dan terharu tidak sangka yang rupanya ini adalah penyamaran.
Ianya tidak habis begitu saja dimana Baim sekali lagi mencari peniaga pisang (si ibu) itu dan mengajaknya datang ke rumah. Beranggapan yang pendapatan penjual pisang tidak mendapat untung yang banyak membuatkan dia ingin membantu lagi
Bertanya pada si ibu apakah ada hajat yang belum dilaksanakan dan dia ingin membantu jika diberi peluang.
Si ibu memberitahu dia berhajat untuk menunaikan umrah dan seterusnya Baim memberikan seikat wang berjumlah Rp$10 juta (RM2,900) agar ibu dapat meneruskan hajatnya.
Baim 38, atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim pelakon berbangsa Cina Indonesia yang telah berkahwin dengan aktres Paula Verhoeven pada 22 November 2018.
Begitulah hebatnya kuasa memberi seperti tagline Denaihati Network, Hidupkan Untuk Memberi. Kita memberi dengan penuh ikhlas tanpa ragu-ragu, maka janji ALLAH untuk ganjaran berlipat kali ganda pasti ditunaikan.
Oh ya, jangan lupa subscribe Youtube Denaihati juga ya. Dah ramai nanti, boleh buat prank juga macam ni.
5 Comments
terima kasih sudah d share artikel nya sangat menarik . baim wong menyamar jadi orang gila, lucu juga
pernah lihat alzalna jadi gelandangan haha..mcm terasa nak bawak balik rumah..tp eksperimen sosial begini bagus untuk susuli kehidupan org gelandangan..apalagi sebagai persediaan mana tahu jadi pelakon gelandangan..
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Tips Rahsia Menjawab Soalan Temuduga Jawatan Kerajaan
Orang gelandangan itu lebih pemurah dari orang ada ada, mereka sudi kongsi makanan dengan orang lain.
Curahan rasa Ikhwan @ ..4 Tips Bina Pendapatan Konsisten Di Internet
orang yang memberi dengan ikhlas akan dibayar berlipat kali ganda..
hebat sungguh kuasa sedekah
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kesepian Seorang Lelaki
Ada macam-macam cara untuk menyumbang. Yang penting memberi dengan ikhlas. Si Ibu tu memberi sampai seikat pisang untuk ‘peminta sedekah’. Sesuatu yang tidak banyak dibuat orang. Yang memberi pun mungkin cuma sebiji atau seulas, tidak pun peminta sedekah kena halau.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Ini Cara Best Menambah Pendapatan Hingga 4 Angka Seminggu Walau Secara Part Time Dengan Berniaga Di Shopee
Comments are closed.