Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bulan Ramadan sedang kita lalui berlalu hari demi hari. Setiap hari di bulan Ramadan Al Mubarak, kita melaksanakan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa. Dan di dalam bulan Ramadan ini jugalah, seluruh umat Islam melaksanakan bayaran zakat fitrah.
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Oleh itu, seseorang muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya adalah berdosa besar. Adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menguruskan kutipan dan agihan zakat.
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)
Dari ayat-ayat di atas, amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat. Mereka yang kaya dan berada juga harus menyedari bahawa wujudnya hak orang-orang fakir dan miskin di dalam harta yang mereka miliki.
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2018 Masihi / 1439 Hijrah.
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Terengganu : RM7
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.70
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM7
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
- Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM7
- Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan : RM7
Zakat membawa berkat
Secara majoritinya, kadar zakat fitrah di Malaysia pada tahun 2018 adalah sebanyak RM7 seorang untuk semua negeri kecuali RM6.70 di Melaka dan RM6.50 di Negeri Sembilan.
Kita digalakkan membayar zakat mengikut harga beras yang dimakan kerana ianya merupakan kebajikan bagi golongan yang berkemampuan dan akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
Zakat akan diagihkan kepada beberapa asnaf iaitu:
- Asnaf Fakir – Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
- Asnaf Miskin – Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
- Asnaf Amil – Orang yang dilantik atau ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
- Asnaf Muallaf – Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
- Asnaf Riqab – Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
- Asnaf Gharimin – Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat.
- Asnaf Fisabilillah – Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.
- Asnaf Ibnu Sabil – Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya dan pengembaraan diharuskan oleh syarak.
Waktu menunaikan zakat fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada :
1. Waktu Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
2. Waktu Afdal – Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
5. Waktu Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Usah menunggu lama untuk membayar zakat fitrah hingga ke saat akhir dikhuatiri mungkin ada masalah yang tidak dapat dielakkan.
Selamat menunaikan ibadah puasa dan membayar zakat fitrah.
25 Comments
Berzakat membawa berkat mengundang rahmat, Hidup selamat dunia akhirat insyaallah.
Baik buat cepat dan elakkan lambat.
Curahan rasa Mama Hakim @ ..10 Tanda Tanda Kencing Manis [BAHAYA] Bacaan Gula Tinggi!
Kalau mampu baik bayar sebab keberkatan ni tak nampak jangka pendek. Lagipun dah masuk rukun islam bayar zakat kan
Curahan rasa Ibu Zaid @ ..Umai Cafe Putrajaya? Aduh Sedapnya! Tempat makan best di tepi tasik
Kebiasaannya suami saya akan bayar zakat pada waktu sunat. Kalau nak ambil waktu afdal tu mungkin agak sukar dengan kekangan masa. Selamat menunaikan rukun islam keempat.
Curahan rasa Normala @ ..Cara Merawat Bisul Dengan Cepat Dan Berkesan
benda wajib macam zakat ni, better bayar la.
bukan susah mana pun.
Curahan rasa titan @ ..History Maker.
Selamat menunaikan zakat. Insyaallah semua org akan mndapat manfaat dgn zakat yg kita keluarkan
Curahan rasa Tah @ ..Apakah Risiko Ubat Untuk Sakit Endometriosis?
wah…jadi tahu sistem zakat di Negeri tetangga… ini bulan puasa waktunya siap-siap untuk membayar kewajiban yaitu membayar zakat …..
semoga yang dah layak bayar zakat tu cepat cepat tunaikan. ela bayar last2 minit macam tahun2 sudah
Curahan rasa nikkhazami @ ..6 Perkara Yang Anda tidak Tahu Tentang Datuk Seri Amar Singh
Harap tahun ni akan bayar awal-awal tak nak jadi macam tahun lepas. kalut jadinya…
Kalau dapat bayar lebih bagus juga. Satu kepala genapkan RM10. Maklumlah, kadar zakat ni diikut berdasarkan beras biasa yang dimakan. Tapi kadang-kadang ada juga yang makan beras ‘super bagus’ setiap hari.
Curahan rasa ayba @ ..Mulakan Bisnes Di Ebay Yang Menguntungkan Dengan 4 Langkah Mudah
Bayar awal awal supaya tidak kelam kabut masa akhir nanti. Yang takutnya…terlupa! Ingat sudah bayar, habis Ramadan baru sedar belum bayar.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Bazar Ramadan Kampung Bharu Ramai Pengunjung Luar Berbanding Penduduk Tempatan
in shaa Allah dalam beberapa hari lagi saya akan bayar zakat fitrah ..
tetapi tak berani nak tunggu waktu afdal..
masa begitu sangat genting sekali..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Kata Kata Kejayaan Yang Dikutip Semasa Sungke
terima kasih atas perkongsian ini admin. tahun lepas saya di kedah, kali ini saya dah berhijrah ke selangor. biasanya saya akan bayar seminggu sebelum balik ke kampung.
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Cara Payout Akaun Adsense Jerman
Selamat berpuasa dan selamat menunaikan zakat fitrah untuk tahun ini
Untuk Johor RM7.00 , sempat juga bayar zakat fitrah awal kelmarin
Curahan rasa Wan Zawawi @ ..Segak dan Bergaya Di Hari Raya Dengan Kurta #KACAX
Semoga kutipan wang zakat dalam pentadbiran kerajaan baru kali ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kebajikan rakyat yang benar-benar memerlukannya.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Tips Buat Jualan RM1 Juta
semoga begitu lah hendaknya. masalah timbul pada pihak pelaksanaan. bukan pada pengutipan zakat itu sendiri. harap diperbaiki
Curahan rasa encikhafiz.com @ ..Cara Payout Akaun Adsense Jerman
Kadar bayaran Zakat Fitrah di tempat saya pada tahun ni sama seperti pada tahun lepas.. Selamat menunaikan rukun Islam ke 4..
Curahan rasa Anuar @ ..WW : Prinsip Jualan RM1 Juta Ringgit
Comments are closed.