Budaya memandu yang belum ada di Malaysia

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita selalu memandu kenderaan di jalan raya. Jalan kecil, jalan besar, jalan di kampung, jalan di bandar, atau di mana-mana sahaja sudah pasti ada tatatertibnya.

Perkara yang paling pemandu-pemandu di Malaysia perkatakan adalah memberi signal apabila hendak masuk ke simpang. Katanya, apa guna kereta mahal tetapi signal pun susah nak bagi.

Bagaimana pula dengan memandu kenderaan di luar negara?

Jika di Phnom Penh ke Siem Reap sudah pasti sentiasa mendengar hon kenderaan. Begitu juga beberapa kawasan di Indonesia, hon tanda ingin memotong. Jika di bandar Ho Chi Minh pula, motorsikal di jalanraya sangat banyak dan pejalan kaki hanya perlu nekad melintas jalan sahaja, penunggang motorsikal akan memberikan laluan.

Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini

Lembu di Kemboja
Memberi laluan kepada lembu yang melintas

Bagaimana pula dengan memandu di South Africa? Pengalaman dua kali sewa kenderaan di South Africa. Budaya yang hebat pemandu di sìni amalkan dan kami juga ikut sebab bagus.

1. Apabila kita ke tepi beri laluan untuk pemandu di belakang memotong, setelah memotong pemandu tersebut akan bagi dua kali hazard lights tanda ucapan terima kasih. Kita akan balas dengan bagi sekali high beam tanda ucapan welcome.

2. Apabila kenderaan di hadapan ketepi memberi laluan pada kita memotong dia akan memberi sekali high beam setelah kita bagi dua kali hazard lights pada dia. Begitulah cara mengucapkan terima kasih dan sama-sama.

Budaya yang sama juga diamalkan oleh pemandu Jepun. Pemandu Malaysia yang tak suka kena hon bagus sangat kalau boleh ikut cara begini.

Di sini kamera speed trap dan kamera speed control punyalah banyak. Kawasan bandar hanya boleh memandu 60 km/j dan keluar sikit bandar 80 km/j dan selain tu 100 – 120 km/j. Kalau kena tangkap langgar speed traps atau speed control terus bawa ke mahkamah.

Majoriti pemandu patut pada sistem kalau ada yang langgar hanya segolongan kecil dan ramai antara yang langgar undang-undang adalah pelancong sebab tak perasan.

Jom tengok cara pemandu di South Africa dan Jepun ucap terima kasih.

Bezakan dengan pemandu Malaysia!

Ia berbeza dengan negara-negara lain di mana kebanyakannya membunyikan hon pendek tanda terima kasih. Atau mengangkat tangan, atau menghulurkan tangan keluar tingkap tanda terima kasih kepada pemandu di belakang.

Semuga kita boleh berubah menjadi pemandu yg lebih bertamadun bukan samseng jalan raya.

Denaihati.com
Travel Blogger
Kembara ditaja Abuain Cookies

#traveldh #kembaradh #kembaraafrikaselatandh #3bujang3


Spread the love

5 Comments

  1. Di Msia bunyi hon maknanya marah.
    D indonesia & negara2 lain, bunyi hon setakat utk memberitahu pemandu lain. Sekali jalan d indonesia pemandu kita akan tekan sekurang2nya 40x hon… Tp tenang

  2. saya kurang suka dengan bunyi hon, jadi agak jarang guna hon kecuali terdesak bila jumpa pemandu yang agak kurang beradab. utk say tq pada pemandu lain, biasanya tekan hon pelan2 supaya bunyi x kuat dan angkat tangan.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!