Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, setiap kali membaca berita sedih keluarga arwah Hasni Hardi pasti terasa sangat sayu dan sebak tidak dapat ditahan. Alhamdulillah dari berita yang sahih jenazah jurutera muda antara 28 jenazah mangsa tragedi MH17 yang sudah dikenal pasti dan antara yang paling lengkap anggota badan. Ibu bapa arwah, Kak Siah dan Abang Parlan sudah berada di Amsterdam untuk mengiringi jenazah untuk dibawa pulang ke Malaysia dan dikebumikan di Tanah Wakaf, Batu 8, Kampung Paya Luas, Segamat.
Klik untuk melihat gambar ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17
Raya baru ini sempatlah aku bercerita panjang dengan Mak Cik Som, atok kepada arwah Hasni dan Kak Milah, Mak Long kepada arwah. Aku tak dapat bersua muka dengan Kak Siah dan Abang Parlan yang setiasa sahaja dikunjungi tetamu dan wartawan. Dapat juga maklumat kisah sebenar bekas isteri arwah yang banyak mendapat liputan media. Tabik kepada Kak Siah dan Abang Parlan yang tak terkejar-kejar nak dapatkan wang pampasan walaupun sudah diumumkan oleh MAS. Kak Siah kata dia tidak akan ambil duit pampasan selagi semuanya belum selesai.
IKUTI LIVE MAJLIS PENGKEBUMIAN ARWAH HASNI HARDI DI SINI.
Ini kali pertama saya menaiki kapal terbang tetapi sedih kerana mengiringi jenazah anak sendiri,” kata Asiah Rajikon, 57, ibu Hasni Hardi Parlan, 31, jurutera perkapalan yang terkorban dalam tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembak jatuh di timur Ukrine – Harian Metro.
Pada 22/8/2014 Malaysia akan menerima 28 jenazah mangsa tragedi MH17 yang akan disambut di KLIA pada jam 10 am dengan upacara rasmi yang akan dihadiri oleh Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Menteri Kabinet serta ahli keluarga mangsa. Malaysia akan berkabung dengan mengibarkan jalur gemilang separuh tiang. Jenazah Hasni Hardi diiringi oleh ke dua ibu bapanya akan dibawa terbang dari KLIA dengan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Segamat sebelum dibawa ke rumahnya di Batu Anam untuk majlis pengkebumian.
Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menjelaskan, garis panduan untuk dipatuhi pada Hari Perkabungan Negara, Jumaat ini, sempena ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 dari Amsterdam, Belanda hanya melibatkan Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang. Sehubungan itu, peraturan lain dalam kenyataan jabatan itu semalam, adalah terbatal. Arahan garis panduan yang dibatalkan termasuk supaya semua radio dan televisyen menangguhkan rancangan hiburan, penangguhan semua acara hiburan dan tata cara berpakaian sepanjang tempoh berkabung itu – Utusan Online
Semuga Kak Siah dan Abang Parlan dapat menatap wajah anak kesayangannya buat kali terakhir sebelum di bawa terbang dari Amsterdam ke KLIA dengan pesawat khas pada Khamis jam 6 pm waktu Malaysia.
(Klik gambar di bawah untuk lihat gambar mangsa-mangsa tragedi Mh17 yg lain)
Nama 20 jenazah mangsa tragedi MH17 yang tiba 22/8/2014
Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 22/8/2014, untuk istiadat penghormatan.
Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)
3) Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P)
4) Nur Shazana Mohamed Salleh (P)
5) Dora Shahila Kassim (P)
6) Lee Hui Pin (P)
7) Angeline Premila Rajandaran (P)
8) Chong Yee Pheng (P)
9) Azrina Yakob (P)
Penumpang:
1) Foo Ming Lee (L)
2) Karamjit Singh Karnail Singh (L)
3) Ng Qing Zheng (L)
4) Mabel Anthony Samy (P)
5) Paul Rajasingam Sivagnanam (L)
6) Elisabeth Ng Lyeti (P)
7) Ariza Ghazalee (P)
8) Muhammad Afif Tambi (L)
9) Noor Rahimmah Mohd Nor (P)
10) Mohd Ali Md Salim (L)
11) Hasni Hardi Parlan (L)
Di sinilah pada 18/7/2014 segalanya bermula …
Dan pada 22/8/2014 di sinilah pengakhiran arwah Hasni Hardi Parlan … kita belum tentu di mana …
TINGGALKAN KATA SEMANGAT DAN DOA ANDA UNTUK KELUARGA MANGSA DI SINI
Sama-samalah kita sedekahkah Al Fatihah untuk arwah Hasni Hardi Parlan seorang anak yang sangat baik kepada keluarga dan saudara mara. Semuga tempat mu di Syurga anak ku. Al Fatihah juga untuk semua mangsa muslim yang lain. Kepada semua keluarga mangsa bersabarlah pasti ada hikmah yang tersirat disebalik kejadian. Sesungguhnya ALLAH tidak pernah zalim kepada hambanya.
88 Comments
Takziah kepada keluarga mangsa..Al-fatihah
Alfatihah dan salam takziah kepada semua keluarga mangsa..semoga urusan bwk balik dan pengkebumian dipermudahkan segalanya..Insyaallah..
Kasihan dan sedih bila ingatkan peristiwa ini. Salam Takziah dan al-Fatihah untuk keluarga mangsa.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Blogku Di Baca Oleh Israel
Alfatihah untuk mangsa… takziah…
Kasihan dan sedih bila ingatkan peristiwa ini. Salam Takziah dan al-Fatihah untuk keluarga mangsa
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Blogku Di Baca Oleh Israel
Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin
Curahan rasa Mummy Dina @ ..Petua Elak Koyak Perineum Semasa Bersalin
Al-fatihah. Salam takziah buat keluarga mangsa.
Takziah buat ahli keluarga beliau. Semoga tabah menghadapi ujian Allah ini.
Curahan rasa Ezlaila @ ..Penemuan Nota Bekas Tahanan Perang Russia Yang Membongkar Sikap Sebenar Yahudi
Turut berduka cita untuk keluarga arwah Hasni Hardi dan seluruh korban MH17. Al Fatihah.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Tips Mempersiapkan Mobil Untuk Perjalanan Jauh
kesedihan sudah tentu kepada keluarga dan seluruh dunia juga merasainya.. Salam Takziah buat keluarga mangsa,..
Curahan rasa KiD @ ..Uji Bakat Pencetus Ummah Musim Kedua
Al-fatihah. Kemalangan ni boleh jadi kat sesiapa sahaja.
Curahan rasa encikarman @ ..Tarikh penubuhan dana unit trust public mutual
Al-Fatihah buat arwah..
Takziah untuk keluarga arwah..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Mesin Air Layan Diri Tercemar
Salam Takziah dan al-Fatihah utk keluarga mangsa..semoga tabah menghadapi dugaan
Curahan rasa kie @ ..SHARE & WIN: Mi Power Bank 10400mAh every week!
Semoga Allah SWT mudahkan urusan ketibaan jenazah esok.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan AdvertorialMY
Tragedi MH370 & MH17 paling rakyat Malaysia akan ingati.
Al-Fatihah…
Curahan rasa Afiq @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
betul tu. akan terpahat dalam hati rakyat Malaysia.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Garis Panduan Hari Berkabung Malaysia 22 Ogos 2014
alfatihah untuk beliau dan takziah untuk keluarga mangsa
Curahan rasa zool @ ..Keputusan Perlawanan Piala Malaysia 20.6.2014
Comments are closed.