Jemputan ke Majlis Iftar eQurban di Warisan Kaseh, Banting

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 30 Julai 2013 (Selasa) team eQurban.com bersama Denaihati Network dan Darul Maghfiroh akan menganjurkan majlis berbuka puasa di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting. Penganjuran Majlis Iftar eQurban bersama Rakan Niaga dan Media/Blogger ini adalah bagi meraikan anak-anak yatim dan warga emas di sana. Majlis ini juga akan dihadiri oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden Persatuan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang merupakan perjuang ekonomi Islam tersohor di Malaysia.

Team eQurban.com juga ingin menjemput 30 orang Rakan Blogger dan Rakan Sosial Media yang sudi meluangkan masa untuk bersama memeriahkan lagi majlis Iftar Ramadan ini. Kepada Rakan-rakan yang ingin turut serta sila mendaftar di website “Majlis Iftar eQurban“. Tarikh akhir untuk mendaftar adalah pada 29 Julai 2013 (Isnin).

Kepada para dermawan yang sudi memberi sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim dan warga emas serta perbelanjaan juadah berbuka puasa, sumbangan anda amatlah dialu-alukan. Lebih banyak sumbangan diberi, lagi bagus. Semoga ianya dapat membersihkan harta kita serta mendapat balasan pahala dan rezeki yang berlipat kali ganda sempena bulan Ramadan. In shaa Allah. Kepada yang sudi untuk memberi sumbangan sila DM Saudara Anarm.

Kepada rakan-rakan yang berminat untuk bersama tapi ada masalah dari segi pengangkutan, pihak penganjur menyediakan pengangkutan percuma untuk ke Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh. Boleh berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam pukul 4:00 pm dan akan ke sana bersama-sama rakan blogger lain dan juga rakan media.

Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri boleh follow dari belakang atau boleh terus pergi ke Rumah Warisan Kaseh. Alamatnya:

RUMAH WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH
Kompleks Darul Maghfiroh Jilul Marzuki
Lot 3886, Jalan Dahlia,
Kampong Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan

GPS KOORDINATE : 2.79880, 101.54977

Jutaan terima kasih kepada Rakan Blogger dan Rakan Sosial Media yang telah mendaftar. Anda boleh memeriksa senarai nama dan aturcara majlis di “Iftar Ramadan eQurban“. Semuga kehadiran kita dapat meraikan dan mengembirakan anak-anak yatim dan warga tua yang kurang bernasib baik.

Kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan untuk bersama majlis Iftar Ramadan eQurban boleh juga memberi sumbangan lain dengan membuat tempahan Aqiqah dan Qurban di eQurban.com. Aqiqah dan Qurban di bulan Ramadan pasti akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda.


Spread the love

44 Comments

    1. Kalau mahu jadi Rakan Niaga bisa lansung daftar di http://eQurban.com klik “Rakan Niaga” di sudut kanan atas. Setelah mendaftar anda akan dapat satu url affiliate yang bisa di promosi di blog, FB dan twitter.

      Kalau ingin membuat tempahan qurban atau aqiqah boleh klik link “Tempahan” di atas kanan eQurban.com.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!