Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, pada 30 Julai 2013 (Selasa) team eQurban.com bersama Denaihati Network dan Darul Maghfiroh akan menganjurkan majlis berbuka puasa di Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh, Banting. Penganjuran Majlis Iftar eQurban bersama Rakan Niaga dan Media/Blogger ini adalah bagi meraikan anak-anak yatim dan warga emas di sana. Majlis ini juga akan dihadiri oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden Persatuan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) yang merupakan perjuang ekonomi Islam tersohor di Malaysia.
Team eQurban.com juga ingin menjemput 30 orang Rakan Blogger dan Rakan Sosial Media yang sudi meluangkan masa untuk bersama memeriahkan lagi majlis Iftar Ramadan ini. Kepada Rakan-rakan yang ingin turut serta sila mendaftar di website “Majlis Iftar eQurban“. Tarikh akhir untuk mendaftar adalah pada 29 Julai 2013 (Isnin).
Kepada para dermawan yang sudi memberi sumbangan duit raya untuk anak-anak yatim dan warga emas serta perbelanjaan juadah berbuka puasa, sumbangan anda amatlah dialu-alukan. Lebih banyak sumbangan diberi, lagi bagus. Semoga ianya dapat membersihkan harta kita serta mendapat balasan pahala dan rezeki yang berlipat kali ganda sempena bulan Ramadan. In shaa Allah. Kepada yang sudi untuk memberi sumbangan sila DM Saudara Anarm.
Kepada rakan-rakan yang berminat untuk bersama tapi ada masalah dari segi pengangkutan, pihak penganjur menyediakan pengangkutan percuma untuk ke Rumah Warisan Kaseh Darul Maghfiroh. Boleh berkumpul di Masjid Negeri Shah Alam pukul 4:00 pm dan akan ke sana bersama-sama rakan blogger lain dan juga rakan media.
Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri boleh follow dari belakang atau boleh terus pergi ke Rumah Warisan Kaseh. Alamatnya:
RUMAH WARISAN KASEH DARUL MAGHFIROH
Kompleks Darul Maghfiroh Jilul Marzuki
Lot 3886, Jalan Dahlia,
Kampong Sungai Kelambu Timur,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
GPS KOORDINATE : 2.79880, 101.54977
Jutaan terima kasih kepada Rakan Blogger dan Rakan Sosial Media yang telah mendaftar. Anda boleh memeriksa senarai nama dan aturcara majlis di “Iftar Ramadan eQurban“. Semuga kehadiran kita dapat meraikan dan mengembirakan anak-anak yatim dan warga tua yang kurang bernasib baik.
Kepada rakan-rakan yang tidak berkesempatan untuk bersama majlis Iftar Ramadan eQurban boleh juga memberi sumbangan lain dengan membuat tempahan Aqiqah dan Qurban di eQurban.com. Aqiqah dan Qurban di bulan Ramadan pasti akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda.
No related posts.
44 Comments
klu berkesempatan memang nak join. bestnya. tapi ada kekangan yang tak dapat dielakkan. bagus program ni.
Curahan rasa Sya Isya @ ..KOLEKSI RAYA 2013 BAJU MELAYU KANAK-KANAK LELAKI
in syaa allah saya akan terus ke sana…. =)
Curahan rasa Melastik Bintang @ ..Kejutan Di Pejabat!
Jauh sangat dari rumah. Hajat di hati teringin nak bersama meraikan warisan qaseh.
Curahan rasa hatiputera @ ..Semak Senarai Nama Calon PLKN 2014 Secara Online Dan SMS
Masih tak dapat nak sertai majlis ini pada tahun ini..
Curahan rasa daddydee @ ..Kombinasi Hebat Untuk Buat Duit Dari Rumah
Semoga murah rezeki tuan selalu bersedekah kepada anak-anak yatim.
Curahan rasa Obsolete Coin @ ..Straits Settlements King Edward Vii 1 dollar coin price
teringin nak sertai majlis iftar nie… masih takde peluang lagi..
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Kenyataan Rasmi Terbaru Syeikh Yusuf Al-Qaradawi
Pastinya dapat menggembirakan anak-anak yatim dan warga emas yang diraikan. Semoga segalanya berjalan lancar.
Curahan rasa Kak Long Mawar Merah @ ..Dilema Ibu Kasih Anak
berminat. Tapi tak tahu dapat pergi ke tidak..
Curahan rasa encik bakul @ ..Jobdirumah REVIEW dari saya.
hmm saya belum pasti dapat hadirkan diri.. takut ada masalah ke shah alam
Curahan rasa Zuan @ ..5 Sebab Kenapa Anda TAK PERLUKAN Kitab Teknik SEO Merah Jambu!
Amin.. mudah2an berjln dgn lancar..
KEMERIAHAN DAN kegembiraan bulan Ramadhan begitu Indah termasuk iftar ini
Curahan rasa munir ardi @ ..Ulang Tahun Rosalind Franklin ke-93 di logo google hari ini
wah ada iftar lagi , tapi syang nya jauh sih hehe
Alhamdulillah… semoga aktiviti ini diteruskan saban tahun. Insha Allah saya juga akan turut serta.
Curahan rasa KiD @ ..Bayar Zakat Secara Drive Thru
Kalau kawe tinggal kat Semenanjung, definately kawe datang. Tahniah bro sbb berterusan buat aktiviti2 yg berfaedah dan menyemai semangat perpaduan. well done.
Curahan rasa Ismail N @ ..What Are You Sharing On Social Medias?
program yang sangat menarik ni 🙂
Comments are closed.