Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Peperiksaan UPSR adalah salah satu peperiksaan besar di Malaysia untuk pelajar sekolah rendah atau kalau di Indonesia dinamakan sekolah Dasar yang berusia 12tahun. Untuk pelajar yang mendapat keputusan Peperiksaan UPSR yang baik selalunya akan melanjutakan pelajaran di sekolah menengah berasrama yang terkenal.
2011 tidak ada anak aku yang terlibat dengan UPSR tetapi ramai anak-anak saudara yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan berlansung pada 13/9/2011 hingga 15/9/2011. Berikut Jadual Peperiksaan UPSR 2011 :
SELASA 13 September 2011
- 08:15 pagi — 09:05 pagi – Bahasa Melayu Pemahaman
- 09:45 pagi — 11:00 pagi – Bahasa Melayu Penulisan
- 11:45 pagi — 12:25 tengah hari – Mathematics Kertas 2
RABU 14 September 2011
- 08:15 pagi — 09:15 pagi – Mathematics Kertas 1
- 09:55 pagi — 10:45 pagi – Bahasa Cina Pemahaman
- 11:45 pagi — 01:00 petang = Bahasa Cina Penulisan
KHAMIS 15 September 2011
- 08:15 pagi — 09:30 pagi – Science
- 10:15 pagi — 11:05 pagi – Bahasa Inggeris Kertas 1
- 11:45 pagi — 01:00 petang – Bahasa Inggeris Kertas 2
- 02:30 petang— 04:00 petang – Ujian Aptitud Tahun Enam
Ujian Aptitud Tahun Enam adalah satu kertas ujian objektif aneka pilihan mengandungi tiga Bahagian yang mengambil masa – 1 jam 30 minit mengandungi 3 bahagian iaitu Kemahiran Berfikir, Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Membuat Keputusan dan Minat, Kecenderungan dan Kesediaan.
Selamat menghadapi Peperiksaan UPSR 2011 semuga semua calon mendapat keputusan yang paling cemerlang. Belajar bersungguh-sungguh kerana hanya ILMU bekalan terbaik untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Pesan Tok Guru supaya ibubapa calon rajin-rajin bagun malam solat sunat Tahajjud dan mendoakan kejayaan anak serta semua calon UPSR yang lain. Insyallah sama-sama kita saling mendoakan. Jangan pula mengharapkan orang mendoakan kejayaan anak kita sedangkan kita buat tak tahu je tapi nak sangat anak berjaya. Tiada usaha manakan ada kejayaan.
Untuk calon Peperiksaan PMR 2011 @ Jadual Peperiksaan PMR 2011.
Nota : 17/11/2011 keputusan UPRS keluar. Keputusan UPRS akan diumumkan selepas jam 10 pagi. Semakan keputusan UPRS secara SMS juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas ( SMS ) mySMS 15888 mulai jam 10.00 pagi 17/11/2011 sehingga 11.59pm 23/11/2011.
Taip UPSR [ angka giliran ] dan hantar kepada 15888 contoh UPSR BC1004A100 kirim sms ke 15888
*caj penghantaran RM0.15 sen dan caj penerimaan RM0.20
63 Comments
belajar dengan tekun dan kejayaan ada di tangan anda…
Curahan rasa yangbaik @ ..Dapat surat panggilan Kursus Induksi pula
kalau dulu darjah enam tiada periksa besar yang ada penilaian sekolah rendah untuk darjah 5… darjah enam kira tahun untuk honeymoon… hehehe..
Curahan rasa yangbaik @ ..Dapat surat panggilan Kursus Induksi pula
dah am sunggu aku meninggalkan darjah enam,, hehhe.. all the best untuk adik adik yang ambil UPSR!
Curahan rasa kid @ ..Contest Duit Raya CERIA AIDILFITRI 2011 dari shakiddo.com
Berdoa, berusaha, tekun, tumpu penuh perhatian dan bertawakal adalah antara tangga kecemerlangan dan kejayaan.
Ini adalah permulaan kejayaan anda pada peringkat sekolah rendah. Ia adalah penentu kejayaan seterusnya. Ingatlah…
Jangan asyik beraya sakan…UPSR bermula minggu depan. Pelajar tahun 6 harus tumpukan pelajaran pula utk hadapi peperiksaan. Buktikan pada ibubapa bahawasanya adik-adik semua adalah pelajar yang berjasa pada keluarga.
Semoga pelajar tahun ini yang mendpt 5A lebih ramai drpd tahun lepas. Goodluck….
musim peperiksaan menjelang tiba….upsr sebagai tanda mula…
gudluck adik2!!
jujur dalam mengikuti peperiksaan
Curahan rasa munir ardi @ ..Working with others will help improve your personal life.
dah seronok beraya maka adik-adik kena seronok periksa ler plak
good luck kepada rakan2 blogger yang ada anak yang akan menduduki upsr tahun ni 😀
Curahan rasa pacifista @ ..Contest: Review Alexa @ Pacifista.my
Moga peratusan murid cemerlang tahun ni bertambah..
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
Harapan para orang tua juga seperti itu Bro.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Masih Bukan Cinta Biasa
Memang betul.. setiap ibu bapa mestilah mau melihat kejayaan anak masing.
Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with Nuffnang
tak punya anak yang ujian pun pasti berdebar melihat murid kita sendiri
Curahan rasa munir ardi @ ..Working with others will help improve your personal life.
Setuju tu Bro Munir.. dari sana kita boleh ukur samada efektif atau tak cara kita ajar anak murid kita tu kan.. Kegagalan dorang bermakna kita pun gagal dalam mengajar dorang..
Curahan rasa Steward John @ ..Merdekakah kita?
selamat berjuang adik2 ku nnt.
study, jgn asyik dok berfacebook je.
budak2 skolah rendah skg ni mmg byk lalai dgn facebook. huhu
Curahan rasa ekspresiruang @ ..Keret House: Mungkinkah Ini Rumah Paling Sempit Di Dunia?
Semoga para pelajar tahun 6 yg mengambil UPSR menjawab soalan dengan tenang dan betul agar dpt kejayaan yg cemerlang.Insya-Allah.Amin……
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Diet Legakan Usus Rengsa
salam…kepada blogger yang ada anak2 yang amik UPSR…gud luck diucapkan…
Curahan rasa Zainal @ ..Install Google Analytics
Comments are closed.